23 TEMPAT LARANGAN MEROKOK

Atul Hamid
0

23 TEMPAT LARANGAN MEROKOK

“Aduh, sesak nafas dibuatnya, siapalah yang merokok kat taman ni? Orang datang taman sebab nak bertenang dan hirup udara segar, tapi dapat asap rokok pulak. Bertambah tertekan dibuatnya. Geramnya!!!”

Selalunya beginilah yang berlaku apabila berada ditempat awam, keselesaan untuk beriadah bersama keluarga, menghirup udara segar terganggu oleh mereka yang mementingkan diri sendiri yang mana ramai individu terpaksa menghidu asap rokok yang sangat membahayakan itu. Maka mereka inilah yang dipanggil sebagai perokok pasif.

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

Sebagai contoh kanak-kanak menjadi mangsa sebagai perokok pasif yang mana mereka terdedah pada asap rokok ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.

23 TEMPAT LARANGAN MEROKOK

Jangan lakukan ini pada mereka dan jauhilah perbuatan merokok daripada mereka atau sesiapa sahaja kerana asap rokok itu ibarat meracuni mereka kerana dalam asap rokok mengandungi 4200 jenis bahan kimia beracun antaranya seperti

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK
SUMBER BAHAN KIMIA
Metanol
Bahan Api
Nitrobenzena
Gasolin
Karbon Monoksida
Asap kereta
Butana
Cecair pemetik api
Raksa
Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida
Bahan utama plastik
Toulena
Pelarut industri
Ammonia
Pencuci lantai
Arsenik
Racun tikus
Kadmium
Bahan utama bateri alkali
Stearik
Bahan utama dalam lilin
Sianida
Racun berbiasa

RISIKO MEROKOK

Merokok mengundang pelbagai risiko merbahaya seperti
  • Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Merokok Mengakibatkan Strok
  • Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
  • Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
  • Nafas berbau busuk

LARANGAN KAWASAN MEROKOK


TEMPAT LARANGAN MEROKOK

Menurut akhbar tempatan, bermula bulan Disember nanti semua restoran terbuka akan diisytihar sebagai tempat larangan merokok.

Cadangan mengisytiharkan restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok mendapat pelbagai reaksi baik positif daripada netizen. Yang mana selepas tujuh jam undian dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Facebooknya menunjukkan ramai netizen bersetuju dengan cadangan tersebut. Lebih 138,000 pengguna telah mengundi, 92 peratus bersetuju dengan cadangan tersebut dan undian berkenaan telah dikongsi lebih 5,000 kali.

Selain daripada restoran terbuka, terdapat 22 tempat lagi yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Berikut merupakan senarai Kawasan Larangan Merokok Di Bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017. Yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

23 TEMPAT LARANGAN MEROKOK

23 TEMPAT LARANGAN MEROKOK

23 TEMPAT LARANGAN MEROKOK

23 TEMPAT LARANGAN MEROKOK

Sumber Gambar: Sinar Harian

TINDAKAN JIKA MEROKOK DIKAWASAN LARANGAN MEROKOK

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) mana-mana individu yang didapati merokok di kawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyokong dan membebaskan diri kita daripada asap rokok yang bahaya ini demi kesihatan dan keharmonian sejagat. Secara tak langsung, alam kita bebas dari pencemaran udara. Kualiti udara kita bersih dan selamat untuk kehidupan semua.



supplemen cegas nafas berbau



Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !