Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang
bertaqwa"
Dikesempatan ini Atul ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan ketaqwaan.
Di sini Atul sertakan sekali bacaan Niat berpuasa dan Doa berbuka puasa untuk memudahkan mereka yang mungkin tercari-cari untuk dibuat rujukan
Atul doakan semoga Ramadhan kali ini, memberi kegembiraan buat anda semua. Serta dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna dan agar amal ibadat kita diterima olehNYA di bulan yang mulia ini.
Selamat Berpuasa buat semua ummat Islam di dunia ini.
Jom dapatkan SET BERPUASA SHAKLEE? Klik pada gambar di bawah
Hari ini, sempena Hari Bomba Sedunia, 4hb Mei pada setiap tahun, dengan ini Atul ambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI BOMBA" kepada semua anggota bomba di dunia ini.
Lagi beberapa hari seluruh umat islam di dunia ini bakal
menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sudah bersediakah kita untuk menyambut dan
meraikannya?
Disebabkan bulan puasa bakal menjelma, Atul ada dapat
beberapa pertanyaan tentang pengambilan air putih. Ramai yang nak tahu tips macam
mana nak minum air putih sampai 8 gelas sehari dalam puasa ini?
Kita sendiri sedia maklum, apabila berpuasa kita tidak akan
minum atau makan dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Perkara biasa
yang sering kita dengari adalah haus, dan tidak cukup air dalam tubuh asbab seharian
berpuasa. Ada juga yang hanya mengambil sekadar secawan air putih sahaja ketika
bersahur dan kadang-kadang ada yang tidak minum langsung kerana terlepas waktu
sahur.
Tahukah anda, walaupun di bulan Ramadhan kita diwajibkan
berpuasa, tetapi kita juga digalakkan untuk mengambil atau minum air putih
sebanyak 8 gelas sehari. Tidak termasuk air manis ya. Jadi di sini Atul
kongsikan tips minum 8 gelas air putih di bulan puasa. Tips ini dikongsikan
oleh Kementerian kesihatan Malaysia.
Tips Minum 8 Gelas Air Putih Di Bulan Puasa
1 gelas > Selepas bangun tidur untuk bersahur
1 gelas > Selepas sahur
1 gelas > Selepas azan Maghrib
1 gelas > Selepas solat Maghrib
1 gelas > Selepas Makan
1 gelas > Selepas solat Isyak
1 gelas > Selepas solat Terawih
1 gelas > Sebelum Tidur
Cuba anda kira, cukupkan 8 gelas air sehari? Jika anda berjaya
mengamalkan tips ini, bermakna anda telah berjaya cukupkan pengambilan air
putih walaupun anda perlu berpuasa disiang hari.
Tahukah anda, tips ini bukan sahaja boleh diamalkan ketika
berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi boleh juga diamalkan sekiranya anda berpuasa
sunat atau berpuasa ganti.
Disini Atul juga kongsikan panduan pengambilan air ketika
bersahur yang dicadangkan oleh Kevin Zahari.
Atul doakan semoga tips ini dapat membantu anda mengamalkan pengambilan air putih sebanyak 8 gelas sehari di bulan puasa agar anda sentiasa cukup air dalam tubuh dan kurang rasa haus ketika berpuasa nanti.
Tips Tambahan: Untuk kekalkan rasa kesegaran tubuh dan kekal
terhidrat sepanjang hari dibulan puasa, anda boleh ambil mengamalkan
Performance Drink yang kaya dengan OPTI-LYTE™, iaitu campuran elektrolit
ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan
berterusan disamping menyokong penghidratan optimum. Minuman ini boleh diambil ketika
bersahur dan berbuka.