Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Assalamualaikum,

Hai, ada yang suka laksa tak? atau hantu laksa? Kalau YA, kita geng. Yeay!

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Memandangkan hari ini suami Atul bawa Atul dan anak-anak pergi makan Laksa Kuala Perlis, jadi, hari ini Atul nak berkongsi lokasi kedai laksa sedap di Kuala Perlis  yang selalu Atul pergi dan menjadi pilihan Atul kalau nak makan laksa.

Manalah tahu, kot-kot nanti awak datang ke Perlis, bolehlah cuba laksa di kedai yang Atul selalu pergi ni. Atul bagi 5 bintang tau untuk laksa di kedai ni.

Okay, kedai laksa yang Atul maksudkan adalah D'Adna Laksa House namanya. Lokasinya terletak di Jalan Sarawak, Kuala Perlis, Perlis.

Di kedai ni, awak boleh pilih samada nak makan laksa disitu atau nak bungkus bawa balik. Selalu Atul pergi sana, pasti akan makan di situ. Sedap makan laksa panas-panas ni. Masa Atul pergi baru-baru ni, Atul pilih makan disitu dan bungkus kuah laksa bawa balik. Atul beli kuah laksa je, sebanyak 1/2kg. hehe. 1/2kg ni Atul boleh makan 2x je untuk seorang. Jadi, kalau awak rasa nak makan laksa banyak, bolehlah beli banyak kilo kuah laksa tu.

Eh, bukan kuah laksa je boleh beli bungkus, laksa pun boleh beli bungkus tau. Harga kena tanya orang kedai.

Kalau awak nak tahu, setiap kali Atul ke kedai ni, Atul pasti akan order laksa special hehe. Okay, ini perbezaan antara Laksa Biasa & Laksa Special. Mangkuk pun berbeza saiz tau

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Perbezaan Laksa Special (Telur sebiji, laksa lebih), Laksa biasa telur separuh.

Laksanya sedap, tak pedas. Tapi kalau awak sejenis makan pedas, jangan risau. Ada hirisan cili padi yang akan diberi pada awak. So, awak boleh makan ikut tahap pedas yang awak nak.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Cili Padi

Kalau rasa nak lagi umpphh... boleh letak otak udang juga. Kalau Atul, okay dah. Tapi kalau suami Atul memang dia akan letak. Tak tahulah berapa sudu letaknya, tapi setiap kali makan, memang dia akan letak. Lagi sedap katanya kalau letak.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Pes Otak Udang

Kalau ada bawak anak, tapi anak awak tak nak kuah, atau tak makan pedas, awak boleh je minta laksa kosong untuk budak. Nak letak sayur boleh, taknak sayur nak telur saja pun boleh. Awak boleh minta pada orang kedai tu.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Laksa kosong, Telur sebiji, letak kicap. hehe

1 lagi yang specialnya di kedai ni, mereka disini ada yang makan laksa dengan pulut panggang. Pulut udang panggang ni, 0.50sen 1 kalau tak silap Atul. Nak beli bawa balik makan dalam kereta pun boleh. Suami Atul selalulah makan 'cucoq' ni kalau datang sini. Pernah sekali datang sini dulu, habis pulut panggangnya. Memang laku betul.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Pulut Udang Panggang
Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Cara mereka makan, tapi kami makan asing. (Gambar Google)

Inilah kuah laksa yang Atul bagitahu Atul bungkus tadi tu.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Kuah Laksa Bungkus 1/2 kg

Hasil selepas makan laksa. Licin baq ang!

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Dah habis hehe Licin kan?
Tengok tu, kusyuk tak? hehe Sebenarnya ini gambar curi, taktahu bila masa suami Atul snap gambar-gambar ni. haha nampak sangat fokus makan laksa kan? Itu pun selepas selesai suap anak Atul yang nombor 2 makan.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Adik dah kenyang, ibu makanlah laksa tu puas-puas. 

Jadi, kalau awak semua nak rasa makan laksa di Kedai Laksa D'Adna ini, awak boleh datang ke kedai ini, ikut alamat di bawah ini.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Okay, ini Lokasi D' Adna Laksa House yang awak boleh ikut, kalau awak tak dapat nak cari dengan cara manual.



So, dengan adanya Maps ini, bolehlah awak semua pergi cuba makan laksa D'Adna jika ada yang belum pernah merasainya. Pasti korang tak menyesal & akan repeat datang makan lagi di kedai ini.

Okaylah, Selamat menjamu selera buat semua penggemar laksa.


2 comments:

  1. Adik ipar akak org perlis..tiap kali pi sana sana memang suka makan laksa perlis..sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan orang Perlis kak, tapi sejak duduk di Perlis, laksa Perlis dah jadi feveret dah.. hihi

      Delete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)