Sotong Tumis Petai |
Ada yang suka makan Sotong Tumis Petai ke? Kalau ada, kita geng. Yeay! Rancangan awal nak buat Udang Tumis Petai, tapi di Perlis sekarang bukan musim udang, kalau ada pun harga sedikit mahal, jadi kenalah tukar menu dari udang ke sotong. Maka terhasillah masakan ini.
Oh ya, bercerita tentang petai, sebenarnya masa cuti sempena pertabalan DYMM baru-baru ni, Atul dan anak-anak ikut keluarga abang Atul pergi ke Padang Besar. Masa di Padang Besar, kakak ipar Atul beli 2 ikat petai. Yang mana setiap ikat ada 6 papan dan harga untuk seikat RM5. Murahkan? Mata petai pun bulat-bulat je. Puas tengoknya. Katanya kalau di Ipoh tak dapat harga murah macam tu.
Keesokan malamnya pula, kawan suami bagi petai berpapan-papan. Alhamdulillah, syukur kami dapat petai percuma. Suami Atul beritahu, belakang rumah kawannya itu banyak pokok petai, kadang-kadang sampai terbuang je petai sebab terlampau banyak.
Petai Segar dari Pokok. Yang Hitam tu sebab dah terlampau masak. |
Banyakkan kami dapat? Yang makannya Atul dengan suami je. haha Jenuh makan petai hari-hari. Makan petai ni, bukan 'shishi' je berbau, mulut pun berbau jugak, tambah-tambah petai mentah. Awak suka makan petai ke?
- Minum kopi tanpa gula
- Minum Teh tanpa gula
- Kumur Air Garam
- Mengunyah beras
Kakak Atul pun ada pesan, kalau nak bagi hilang bau petai dalam mulut tu, boleh makan terung selepas makan petai. Tak kiralah terung masak apa pun, janji terung.
Tapi apa-apa pun, lepas makan petai wajib gosok gigi, barulah selesa rasanya, bau petai dalam mulut tu berkurangan. Lepas tu jangan lupa minum air masak banyak. Okay.
Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai.
Jom tengok apa khasiat petai dibawah ini;
Petai dan khasiatnya |
Banyak juga khasiat petai ni kan? Jadi, tak hairanlah kenapa ramai yang suka makan petai ni.
Disebabkan terlalu banyak, suami Atul kata, daripada biarkan petai ni mengering & kecut, lebih baik buat jeruk dan kopek siap-siap simpan dalam peti ais. Kalau dah mengecut nanti, tak sedap rasanya. Maka terhasillah jeruk petai.
Jeruk petai |
Okay, berbalik dengan tajuk entri di atas, sebenarnya ini kali pertama Atul masak Sotong Tumis Petai, sebelum-sebelum ni Atul tumis petai dengan udang atau ikan ikan bilis je, jadi lepas makan tadi, wah, sedap juga. Boleh buat lagi ni. Mudah je nak masaknya dan cepat pula tu penyediaannya, bahan-bahan pun apa yang ada kat dapur je.
Jadi, disini Atul nak kongsikan resepi sotong tumis petai simple yang Atul masak tadi.
Bahan bahan:
Sepiring sotong saiz kecil -
hiris kecil
Sepiring di pasar malam RM10. |
Petai yang telah dibuang kulit dan dibelah
Petai yang telah dibuang kulit & dibelah |
5 ulas bawang merah**
1/2 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
Cili secukupnya - ikut nak pedas level mana***
1 asam keping
3 ulas bawang putih**
Cili secukupnya - ikut nak pedas level mana***
1 asam keping
1 batang serai yang diketuk
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
** & *** kisar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
** & *** kisar
(Bawang dan cili dikisar asing)
Cara memasaknya:
Cara memasaknya:
- Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
- Setelah naik bau, masukkan cili kisar, dan tumis sehingga benar benar garing, tapi jangan sampai hangit. Nanti pahit.
- Masukkan serai - *option*
- Masukkan petai dan gula. Kacau seketika
- Masukkan sotong.
- Akhir sekali masukkan asam dan garam.
- Sesuaikan rasa dan kepekatan yang anda kehendaki.
- Siap!
Satu lagi, mengikut resepi asal, Puan Azie tidak masukkan air kerana sotong
mengeluarkan air yang banyak, tapi disebabkan masa tumis tadi air sotong sedikit je yang keluar, dan suami Atul pula nak kuah lebih, jadi Atul tambahkan air.
Jadi, untuk dapatkan rasa yang sedap dan lazat sampai makan pun tak sedar bertambah nasi, adjustlah masakan tu sampai rasanya sesuai dengan selera anda.
Oh ya, kalau boleh janganlah lama sangat api tu menyala selepas sotong dimasukkan, nanti sotong kecut tak sedap pula kan? hehe
Selamat mencuba resepi ini & selamat menjamu selera :)
Eh, baru teringat nak tanya, ada ke yang tak tahan makan petai? Macam Atul, sebelum-sebelum ni tak tahan makan petai, kalau makan mesti kepala berangin. Jadi, pilihan Atul kalau nak makan petai, mesti ada Ginger Pappermint & Alfalfa Complex. Selepas makan petai, mesti ambil untuk pastikan angin dalam badan tu keluar, baru lah tak sakit kepala.
Tengok budak ni cuba makan petai, lepas makan minta lagi hahaha |
Eh, baru teringat nak tanya, ada ke yang tak tahan makan petai? Macam Atul, sebelum-sebelum ni tak tahan makan petai, kalau makan mesti kepala berangin. Jadi, pilihan Atul kalau nak makan petai, mesti ada Ginger Pappermint & Alfalfa Complex. Selepas makan petai, mesti ambil untuk pastikan angin dalam badan tu keluar, baru lah tak sakit kepala.
Jadi, kalau ada sesiapa yang teringin nak makan petai, tapi tak tahan, boleh ikhtiar dengan dua suplemen ini. InsyaAllah sangat membantu.
Boleh hubungi Atul untuk dapatkan suplemen ini di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul Hamid
atau email di atulhamid88@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Sotong dan petai..pergh fav..xbole dipisahkan
ReplyDeletesemalam rasa, dah jadi fav jugak. hehe
DeleteSedapnya menu Atul. Ni petai jeruk ruby suka sangat 😂
ReplyDeleteOh baru tahu ruby suka petai. Atul jeruk ni kurang sikit.
DeleteOittt. Dia buat petai macam gula gula sudaaaa. Hahahah. Adoi anak
ReplyDeleteha'a, ingat dia x suka, tapi kelagi-lagi minta nak petai 😅 meratah pulak tu
Deletesedap sotong tu..tp kita x amakn petai..huhu
ReplyDelete