Pernah tak tertanya-tanya kenapa ada sesetengah orang mudah dan selalu jatuh sakit? Baru sahaja sihat, sakit kembali. Adakah diri anda juga sering jadi begitu?
Berikut merupakan 6 sebab kenapa seseorang itu mudah jatuh sakit
1. Kerap tidur lewat
Adakah anda kerap tidur lewat di malam hari? Jika ya, anda telah menempatkan diri anda berisiko untuk sering jatuh sakit
Sebenarnya kekurangan tidur diwaktu malam boleh menjejaskan sistem imun. Hal ini akan menyebabkan badan kurang menghasilkan sitokin iaitu sejenis protein untuk melawan jangkitan kuman yang dihasilkan dan dibebaskan semasa tidur.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang kurang tidur lebih mudah jatuh sakit apabila tertedah kepada virus dan mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Sering bekerja syif malam?
Bekerja pada waktu malam adalah salah satu punca kenapa seseprang itu mudah jatuh sakit. Menurut penyelidikan di Institusi Kesihatan Mental Douglas University dan McGill University, bekerja pada waktu malam akan menjejaskan keupayaan jam biologi badan untuk mengawal tindakbalas imun.
Apabila berlakunya gangguan pada jam biologi badan secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang.
3. Gemar makanan manis
Makanan dan minuman yang manis memang lazat untuk dijamah. Tetapi pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu fungsi sel-sel imun melawan bakteria.
Paras gula darah yang tinggi daripada biasa akan memberi tekanan kepada badan dan boleh menyebabkan sel-sel imun berada dalam keadaan ‘koma’. Kesan ini akan berlaku selama beberapa jam selepas menikmati beberapa jenis minuman dan makan yang manis.
4. Kerap Mengembara / Melancong
Apabila kerap mengembara dan melancong, sistem imun akan terganggu kerana lebih terdedah dengan kuman dari jarak yang dekat terutamanya apabila berada di dalam persekitaran yang tertutup, dan bernafas dalam udara yang sama.
Ditambah lagi dengan kesan 'jet lag' dan rasa keletihan dalam perjalanan pergi dan balik dari mengembara. Keadaan ini akan menghentikan 'gen' yang berkait dengan sistem imun tubuh.
Jadi, jika anda seorang yang sering mengembara dan melancong, anda digalakan untuk mempersiapkan diri dengan kuatkan sistem imun tubuh agar dapat melindungi diri daripada jatuh sakit ketika mengembara dan melancong
5. Sering terjadi Ulser mulut
Ulser mulut memang menyakitkan. Jika selalu dijangkiti ulser mulut, ini merupakan salah satu tanda tubuh anda kekurangan nutrisi dan sekaligus melemahkan sistem imun badan anda. Oleh sebab itu
6. Individu berjiwa muda
Apabila umur semakin meningkat, sel-sel imun akan menjadi lemah dan kurang aktif. Tindak balas terhadap serangan bakteria juga jadi lebih lambat daripada biasa. Mereka juga lebih
berisiko untuk terkena jangkitan dan penyakit, serta akan mengambil masa yang
lebih lama untuk sembuh
Oleh itu, untuk pastikan tubuh sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit, hendaklah sentiasa memastikan aktiviti harian lebih teratur, tidur dengan cukup dan mengamalkan pemakanan yang sihat agar sistem imun sentiasa kuat dan kualiti kesihatan terjamin.
Setuju gini.
ReplyDeleteTerutama tido lambat & pemakanan.
2 ni kalau jaga bebetul, memang terbaik lah.