Tips dan Tindakan Semasa Musim Jerebu



Apabila negara dilanda jerebu, ini menunjukkan tahap kualiti udara di kawasan itu telah tercemar. Justeru, setiap individu dinasihati supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka.

Tips dan Tindakan Semasa Musim Jerebu


23  tips dan tindakan yang boleh dilakukan semasa musim jerebu adalah:

1. Peka dengan laporan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU)

2. Dilarang melakukan pembakaran terbuka

3. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah atau bangunan

4. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang bersesuaian


Tips dan Tindakan Semasa Musim Jerebu


5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan seperti merokok

6. Sentiasa pastikan persekitaran di dalam rumah atau bangunan bersih agar kualiti udara juga bersih

7. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

8. Apabila memandu, tutup tingkap rapat dan gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman

9. Sekiranya menunggang motosikal dan basikal, penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan

10. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan

11. Banyak minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)


Tips dan Tindakan Semasa Musim Jerebu


12. Basuh tangan, muka dan bahagian kulit yang tededah kepada jerebu dengan sabun dan air bersih

13. Jika mampu pasanglah alat penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier) bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar

14. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

15. Dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka juga hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan


Tips dan Tindakan Semasa Musim Jerebu


16. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut

17. Elakkan minum air berkafein, bergas dan beralkohol bagi mengelak kehilangan cecair dan nutrien keluar dari badan

18. Cuci baju yang terdedah kepada jerebu dan sebaiknya tak menyidai baju di luar rumah
.
19. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C, vitamin E dan Omega 3 serta nutrisi-nutrisi lain bagi membantu melawan penyakit dengan menguatkan sistem imun badan. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi air yang boleh membantu mengurangkan pengambilan air.

20. Berhenti merokok kerana asap rokok boleh menyumbang kepada pencemaran udara dan membahayakan kesihatan

21. Masak makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang tertutup dan berada di dalam bangunan.

22. Kurangkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi

23. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan untuk tingkatkan sistem imun tubuh agar dapat melawan bakteria kesan daripada jerebu yang melanda.

Baca juga: Jerebu: Punca, Golongan Berisko, Tanda dan Gelaja serta Makanan Tambahan Cadangan Shaklee yang sesuai diambil pada Musim Jerebu


Atul doakan semoga tips dan tindakan semasa musim jerebu ini memberi manfaat kepada anda semua.


---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di atulhamid@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

2 comments:

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)