Selepas dibelek dan dilihat dengan lebih rapi, rupa-rupanya pokok bungaku diserang oleh spesis comel
Semua gara-gara ulat daun 🐛 ni. Ulat inilah yang menyebabkan habis pokok bungaku botak 😢 bukan seekor dua 🐛 yang ada tapi banyak ekor pulak tu 😣
"Taula musim panas ni hangpa lapaq, tinggalkan la bunga hat sedang mekaq mewangi tu, ni habis hangpa pulun na" 🙄 Mengomelku sendirian setelah habis 2 pokok bungaku jadi togel
Jadi, habislah ku kutip ulat-ulat yang kelaparan tu. Ulat-ulat tu ku jadikan makanan buat si ikan Puyu.
Ku ingatkan setelah habis kutip ulat-ulat semalam, harini tiada lagi cerita tentang ulat 🐛 ni, tetapi ku silap kerana hari ini 🐛 ulat-ulat ni serang pokok bunga Kemboja Cina yang lain pula 😰
Cuba tengok gambar-gambar dibawah ni.
Gambar diatas ni, cuba perhatikan dalam bulatan tu, semalam masih ada bunga lagi
Masih perhatikan dalam bulatan merah, hari ni bukan setakat hunga, daun pun dah tiada 😅
Gambar ini tunjuk lagi jelas, yang pokok bunga kemboja Cina Atul tinggal batang je 😭
Diatas ni gambar 3 hari sebelum dari hari ini. Pokok ni salah satu pokok yang rajin berbunga. Cantikkan bunganya? Warna & bunganya yang boleh menenangkan mata
Hasilnya tertangkap 2 ekor 🐛 ulat daun yang gebu 😃 Memang 🐛 ulat-ulat ni sangat gebu, cantik pula tu warnanya. Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Subhanallah 😍
Atul simpan sini sebagai kenangan pertama kali pokok bunga Atul diserang makhluk Allah yang comel ni.
Walaupun pokok bunga Kemboja Cina Atul habis dimakan ulat daun 🐛 ni hari ini, tapi Atul pasti esok lusa pokok-pokok bunga ini pasti berbunga kembali mengindahkan laman mini rumah Atul ni 😊
#atulhamid #ulatdaunyangComel
Macam manalah ulat tu serang pokok bunga lain? Datang dari tanah ke?
ReplyDeletetak pasti datang dari mana. yang pasti serang pokok bunga kemboja je, pokok bunga rayatak diserang pula
DeleteTudia besaqqqqqqq nya 😥
ReplyDeleteMemang besaq, tapi gebu hehe
Deleteyeee...rumah kita dia rajin makan kemunting cina...tapi kita biasanya biarkan aje..sebab nanti dia da kenyang da habis makan, dia pergi...pokok kita berbunga balik dengan suburnya...
ReplyDeleteoh begitu, okayla lepas ni lepas tengok macam mana. ini pertama kali kena macam ni
Deleteulat mcam ni serang pokok bunga kami. rasanya baru 2 hari tinggal, togel pokok. mungkin kami tak perasan kot mmg ulat tu dah ada kot. tengok2 togel pokok.sedih benor.
ReplyDelete