Vaksin Influenza: Harga dan Siapa Yang Memerlukannya

Atul Hamid
12
Akhir tahun 2019, negara kita dikejutkan dengan penularan wabak Influenza tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa penularan wabak Influenza di Malaysia sehingga kini masih terkawal. Namun begitu, sebagai ibu bapa perkara ini tetap membimbangkan kerana dikhuatiri virus ini akan menjangkiti anak-anak mereka.

Keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa mula mendapatkan pelalian atau vaksin influenza untuk anak-anak mereka sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti virus Influenza ini.


Vaksin Influenza: Harga dan Siapa Yang Memerlukannya

Adakah klinik kesihatan kerajaan menyediakan suntikan vaksin Influenza untuk orang awam

Mengikut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,

Vaksin Influenza tidak disediakan kepada orang awam. Orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Influenza boleh mendapatkan suntikan tersebut di klinik atau hospital swasta.


Vaksin Influenza: Harga dan Siapa Yang Memerlukannya

Ini kerana vaksin Influenza di klinik kesihatan kerajaan hanya diberikan kepada pesakit berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan termasuk kematian dan pemberiannya berdasarkan kepada penilaian klinikal daripada pakar yang merawat pesakit terbabit.

Selain itu,  vaksin ini turut diberikan kepada anggota barisan hadapan KKM (kakitangan kesihatan) yang terdedah kepada jangkitan semasa mengendalikan pesakit”.

Berapakah anggaran harga vaksin Influenza di klinik atau hospital swasta?

Harga untuk suntikan vaksin Influenza di klinik dan hospital swasta sekitar RM50 hingga ke RM100. Harga vaksin bergantung kepada jenis vaksin tersebut.

Siapakah yang perlu mendapatkan vaksin Influenza ini?


Vaksin Influenza: Harga dan Siapa Yang Memerlukannya

Pelalian / vaksin Influenza digalakkan kepada golongan berikut;
✿ Ibu hamil
✿ Warga Emas (elderly persons)
✿ Kanak-kanak dari usia 6  bulan
✿ Individu yang menghidapi penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, salur pernafasan, ginjal, kurang daya tahan (immunodeficiencies)
✿ Penghuni institusi penjagaan warga emas atau kurang upaya
✿ Kakitangan kesihatan termasuk yang bertugas di institusi penjagaan warga emas atau kurang upaya
✿ Individu yang obes
✿ Jemaah haji dan umrah
✿ Mereka yang hendak keluar negara terutama ke negara bersuhu dingin (temperate)
✿ Orang awam

Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan?

Vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana
✿ Struktur virus Influenza berubah setiap masa (antigenic drif)
✿ Formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setiap tahun
✿ Bagi memastikan kandungan vaksin sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim.

Selain vaksin Influenza, adakah ubat lain untuk merawat jangkitan Influenza ini?

Selain vaksin influenza, ubat Oseltamivir juga boleh digunakan untuk merawat jangkitan Influenza. Ubat Oseltamivir adalah ubat antiviral yang digunakan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus Influenza. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama Oseltamivir yang berdaftar antaranya Tamiflu, Fluhalt, Osmivir dan Starflu. Pemberian ubat antiviral dapat mengurangkan simptom serta komplikasi penyakit.

Walaubagaimanapun, penggunaan antiviral perlu digunakan secara rasional bagi mengelakkan kerintangan antimikrobial (antimicrobial resistance) yang menyebabkan rawatan tidak berkesan. Pesakit diminta untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. Doktor akan memberi rawatan yang bersesuaian selepas menentukan tahap keadaan semasa pesakit.

Kesimpulan yang dapat Atul katakan, vaksin adalah pencegahan terbaik sebagai langkah awal untuk elakkan diri dijangkiti virus Influenza tetapi tidak semua memerlukan vaksin. Hanya golongan tertentu sahaja yang perlu diberi keutamaan.

Oleh itu, digalakkan supaya orang ramai sentiasa melakukan langkah-langkah pencegahan seperti;
✿ Amalkan gaya hidup sihat
✿ Hindari daripada berada ditempat awam sekiranya tidak memerlukan
✿ Sentiasa menjaga kebersihan diri seperti amalkan etika batuk, bersin dan cuci tangan dengan betul
✿ Mengambil makanan tambahan untuk menguatkan daya tahan tubuh seperti vitamin C 
✿ Menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) dengan cara yang betul 

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya prihatin dengan tanda-tanda influenza antaranya seperti demam suhu yang tinggi, badan lesu melampau, batuk, sakit tekak dan otot, serta sakit perut, sakit dada dan cirit-birit. Segera dapatkan rawatan pakar dari klinik dan hospital berdekatan jika mempunyai tanda-tanda influenza.

Baca juga: Apa itu Influenza A

Semoga kita semua terhindar daripada jangkitan wabak influenza ini. Semoga bermanfaat


-----------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Post a Comment

12Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Bukan semua yang boleh ambil vaksin.

    ReplyDelete
  2. mekaseh atas semua perkongsian, ibu bapa kena amik port pasal vaksin ni, penting tau!

    ReplyDelete
  3. cucu wak pon baru kene influenza ni baru kuar spital.. huhuuu

    ReplyDelete
  4. Kak Feni pun panik juga pasal virus ni sampai survey klinik nak vaksinkan anak-anak. Sekarang ni ambil langkah bagi vitamin C je untuk anak2 untuk tujuan kuatkan imun. Harapnya dijauhkan dari segala perkara buruk.

    ReplyDelete
  5. bila da viral tentang influenza ni baru lah tahu pengambilan vaksin tiap tahun ni wajib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh wajib lak..perlu...haha

      Delete
    2. atul pun memula ingat sekali je, rupanya tiap2 tahun

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !