Ramai ibu bapa keliru untuk membezakan antara Influenza
dengan demam selesema biasa. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tanda dan gejala
yang hampir sama walaupun terdapat perbezaan yang amat jelas.
Adakah sebarang vaksinasi (pelalian) untuk
mengelak selesema biasa seperti vaksin Influenza?
Adakah Influenza sama dengan demam selesema?
Tidak. Ini kerana virus influenza mempunyai tanda-tanda yang
lebih teruk serta boleh menyebabkan nyawa terancam jika dibiarkan.
Apa itu Influenza?
Influenza adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza mudah berjangkit dan boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berlarutan
Baca juga: Info tentang Influenza A, tanda & langkah mencegah
Apa itu selesema?
Apa itu Influenza?
Influenza adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza mudah berjangkit dan boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berlarutan
Baca juga: Info tentang Influenza A, tanda & langkah mencegah
Apa itu selesema?
Selesema adalah satu jangkitan pada
hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus. Ia adalah satu penyakit yang
sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia sehingga 2 tahun. Hampir
semua kanak-kanak mendapat banyak kali selesema dalam setahun dan kadar ini
akan lebih lagi berlaku kepada mereka yang tinggal di rumah asuhan kanak-kanak,
rumah kebajikan dan sekolah.
Perbezaan antara Influenza dan Selesema
Tiada vaksinasi bagi
mengelak selesema biasa kerana virus selesema yang berbagai dan ianya
tidak spesifik seperti virus influenza.
Baca juga: Info berkaitan Vaksin Influenza
Baca juga: Info berkaitan Vaksin Influenza
Perbezaan komplikasi antara Influenza dan demam selesema
Komplikasi jika terkena jangkitan virus Influenza, jika dibiarkan akan menyebabkan;
✰ Pneumonia(jangkitan
paru-paru)
✰ Penyakit kronik sedia ada bertambah teruk
✰ Kematian
Komplikasi jika terkena demam selesema;
Mungkin akan
menyebabkan berlaku jangkitan kepada bahagian telinga tengah atau menyebabkan
cecair terkumpul di bahagian ini.
Kesimpulannya, Influenza dan selesema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus. Tetapi ia melibatkan virus yang berbeza.
Namun, perkara paling penting untuk menghindari tubuh dari dijjangkiti virus adalah dengan menitikberatkan langkah-langkah antaranya seperti
✰ Amalkan gaya hidup sihat
✰ Amalkan etika kebersihan sepeti batuk, bersin, dan cuci tangan dengan cara yang betul
✰ Hindari dari tempat awam sekiranya tidak perlu
Semoga bermanfaat.
-----------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
atau sms (wa) +6019-5733761
Influenza lagi bahaya daripada demam selesema.
ReplyDeleteSemoga kita sekeluarga dilindungi dari penyakit ni..aamiin
ReplyDelete