Hai, ada tak yang tertanya-tanya, bilakah tarikh
permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2020 ni?
Selalunya kalau info-info begini mesti dah viral dah. Ini senyap je, ke Atul
yang terlepas pandang? hehe
Okaylah, berikut merupakan maklumat lengkap tentang
tarikh permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020.
☆ Tempoh
Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka
mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
☆ Pemohon tidak perlu membuat
Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan Penjagaan OKU
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
- Bantuan Orang Tua
☆ Pemohon perlu membuat
Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
☆ BSH
2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah
seperti berikut:
- Permohonan melalui dalam talian
- Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
- Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
- Panduan Pengguna Pengisian Borang
- Soalan Lazim (FAQ)
Pembayaran Fasa
Pertama BSH 2020
☆ Pemohon
BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus
BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan
daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik
bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
☆ Tarikh
dan kaedah pembayaran
☆ Tarikh
bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
☆ Pembayaran
Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
- Pengkreditan terus ke akaun; atau
- Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020
Tuntutan Skim
Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
☆ Untuk
makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1
Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan
Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.
Untuk rujukan
lebih lanjut, boleh lihat disini Laman
Web BSH LHDN Malaysia
Sekian, terima
kasih
Thanks for info.
ReplyDeletemoga bermanfaat pada yang menerima nya
ReplyDeleteThanks for info. Nak try kemas kini untuk FIL MIL
ReplyDeletetq 4 info :)
ReplyDeletesy x layak dpt kot hehehe
ReplyDeleteRuby tak layak 🤣
ReplyDeleteRuby ada tag Atul dalam segmen beeha
Okay Ruby. TQ
DeleteBuleh Ka ako Mohon bantuwan Sarah hidup untuk mah mantuwah
ReplyDeleteNurul binti usman BSN
ReplyDelete