Novel Coronavirus 2019 (COVID-19) merupakan wabak terbaru yang pesat menular ke seluruh dunia.
Apakah coronavirus?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh
menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus
seperti
🔎 Severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS)
🔎 Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV)
🔎 Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV)
Coronavirus terbaru yang ditemui di Wuhan, China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)
Apa itu Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)?
Novel Coronavirus 2019 (Covid-19) adalah strain baru
Coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan maklumat
terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan
pernafasan atau sentuhan. Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala
daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Bagaimana Virus Covid-19 boleh berjangkit?
Covid-19 boleh berjangkit melalui:
🔎 Batuk dan bersin oleh individu bergejala
🔎 Sentuhan dengan individu bergejala
🔎 Menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan virus
Bagaimana individu yang dijangkiti boleh mengelak daripada menjangkiti orang lain?
🔎 Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan
bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan
dengan sabun dan air atau hand sanitizer
🔎 Sentiasa menjaga kebersihan diri
Adakah vasin untuk rawatan?
Berdasarkan maklumat terkini, masih tiada vaksin untuk
merawat COVID-19. Rawatan diberi berdasarkan gejala yang dihadapi individu.
Cara mencegah daripada dijangkiti COVID-19
🔎 Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu (1) meter dari
individu bergejala seperti demam, batuk dan bersin
🔎 Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan
pencuci tangan (hand sanitizer)
🔎 Elak sentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap
🔎 Elak melawat ke negara berwabak
🔎 Duduk dirumah sendiri
🔎 Masak daging dan telur dengan sempurna
🔎 Amalkan pengambilan vitamin atau makanan tambahan (supplement) untuk kuatkan sistem pertahanan badan (sistem imun) seperti Vitamin C. Saranan daripada pihak pakar.
Tapi kadang orang tiada gejala pun boleh bawa Covid-19 ni.
ReplyDeleteSemoga Kita semua dijauhkan dari wabak Ni
ReplyDeleteMoga kita terhindar dari covid19 ni
ReplyDelete