Showing posts with label Covid19. Show all posts
Showing posts with label Covid19. Show all posts

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)



Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut | Kini terdapat bermacam-macam jenis wabak dan pencemaran yang melanda seperti Influenza, H1N1, SARS dan yang terbaru adalah COVID-19.

Penularan wabak COVID-19 berlaku sangat pantas sehingga ia diklasifikasikan sebagai pendemik. Ini kerana ia telah menular ke seluruh dunia.


Susulan daripada fenomena ini, orang ramai diminta untuk menjaga kebersihan diri, dan mengutamakan keselamatan diri. Antara langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan adalah dengan memakai topeng muka atau penutup hidung dan mulut.

Pemakaian topeng muka atau penutup hidung dan mulut ini lebih diutamakan kepada individu yang mempunyai gelaja jangkitan wabak. Namun begitu, kepada individu yang tidak mempunyai gejala jangkitan wabak, mereka juga boleh menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut ini terutama sekali jika berada di tempat awam, tempat yang padat dengan orang ramai, atau bersama-sama dengan individu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan wabak.

Untuk entri kali ini, Atul ingin kongsikan beberapa jenis topeng muka atau penutup mulut yang sesuai digunakan ketika penularan wabak dan berlakunya pencemaran udara.

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)


Jenis Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut yang sesuai digunakan ketika wabak dan pencemaran

Topeng N95

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penggunaan topeng muka atau penutup hidung dan mulut jenis N95 adalah yang paling berkesan ketika musim wabak atau berlakunya pencemaran seperti Jerebu kerana ia dapat menapis partikel sehalus 0.1-0.3 mikron.

Surgical mask

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)

Surgical mask (topeng muka pembedahan) pula, boleh membantu mengurangkan penyebaran virus. Topeng muka ini boleh membantu melindungi pengguna walaupun dalam ‘limited protection’ (efisiensi yang lebih rendah).

Topeng muka pembedahan ini membantu menghalang titisan partikel dan melindungi daripada terus masuk ke dalam mulut dan hidung si pengguna. Topeng muka ini hanya dapat menapis 12 peratus partikel besar halus yang berukuran sekecil 2-3 mikron yang terampai di udara berbanding N95
Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)
Perbezaan antara Topeng Muka Pembedahan dan Topeng N95

Topeng kain

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)

Tahukah anda, pemakaian topeng muka atau penutup hidung dan mulut jenis kain ini, sebenarnya tidak membantu malah boleh memberikan kesan buruk kepada si pemakai. Hal ini kerana bakteria yang melekat pada permukaan kain tidak ditapis dan kemungkinan besar zarah yang lebih halus boleh sampai ke bahagian organ dalaman seperti paru-paru sehingga boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu, topeng muka jenis kain ini juga akan cepat basah sehingga boleh menyebabkan ketidakselesaan berlaku pada si pemakai.

Pemilihan topeng muka jenis kain ini selalunya disebabkan beberapa faktor seperti kecomelan topeng tersebut. Ini kerana mereka boleh memilih jenis corak kain yang disukai. Faktor seterusnya mungkin disebabkan topeng muka seperti N95 dan Surgical mask telah kehabisan stok. Selain itu, topeng jenis kain ini mudah diperoleh dan juga mudah untuk dibuat sendiri. 

Faktor-faktor diatas telah menyebabkan orang ramai mengambil alternatif untuk memakai topeng kain sebagai langkah pencegahan daripada terkena wabak dan pencemaran yang sedang berlaku.

Jadi, apakah pilihan topeng muka atau penutup hidung pilihan anda?

Berikut, Atul sertakan juga panduan dan cara menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut dengan cara yang betul.

Cara Menggunakan topeng Muka atau penutup hidung dan mulut dengan betul

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)

Perlu diingatkan, sebelum menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut ini, anda dikehendaki untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan topeng terdedah dengan kotoran yang terdapat ditangan anda.

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)

Jangan lupa, selepas menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut, pastikan anda melupuskannya dengan cara yang betul.

Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut (Jenis dan cara pakai)

Akhir kata, sebenarnya pemakaian topeng muka bukanlah jaminan perlindungan 100% bebas jangkitan, Tetapi ia mampu bertindak untuk mengurangkan penyebaran dan jangkitan wabak.  Namun, dengan pemakaian topeng muka yang betul, berserta penjagaan kebersihan tangan, diri dan persekitaran, serta melakukan langkah pencegahan diberi, jangkitan wabak dapat dielakkan dengan lebih berkesan.

Semoga bermanfaat!

Continue Reading

Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)

Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)

Novel Coronavirus 2019 (COVID-19) merupakan wabak terbaru yang pesat menular ke seluruh dunia.


Apakah coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti
🔎 Severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS)
🔎 Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV)

Coronavirus terbaru yang ditemui di Wuhan, China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)

Apa itu Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)?

Novel Coronavirus 2019 (Covid-19) adalah strain baru Coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan. Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Gejala atau tanda-tanda Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)

Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)

Bagaimana Virus Covid-19 boleh berjangkit?

Covid-19 boleh berjangkit melalui:
🔎 Batuk dan bersin oleh individu bergejala
🔎 Sentuhan dengan individu bergejala
🔎 Menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan virus

Bagaimana individu yang dijangkiti boleh mengelak daripada menjangkiti orang lain?

🔎 Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer
🔎 Sentiasa menjaga kebersihan diri

Adakah vasin untuk rawatan?

Berdasarkan maklumat terkini, masih tiada vaksin untuk merawat COVID-19. Rawatan diberi berdasarkan gejala yang dihadapi individu.


Cara mencegah daripada dijangkiti COVID-19

🔎 Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu (1) meter dari individu bergejala seperti demam, batuk dan bersin
🔎 Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
🔎 Elak sentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap
🔎 Elak melawat ke negara berwabak
🔎 Duduk dirumah sendiri
🔎 Masak daging dan telur dengan sempurna
🔎 Amalkan pengambilan vitamin atau makanan tambahan (supplement) untuk kuatkan sistem pertahanan badan (sistem imun) seperti Vitamin C. Saranan daripada pihak pakar.

Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)

Continue Reading