Lagipun nasi dan lauk untuk makan tengahari dah siap masak, bolehla bawa makanan tu je untuk berkelah. Alang-alang tak makan tengahari lagi walaupun dah hampir jam 2 petang. hehe
Walaupun pada mulanya langit kelihatan mendung dan kelabu, Atul pergi je. Kata Atul pada suami "Kita pergi je dulu, kadang-kadang sini mendung, tapi sana cerah. Kalau hujan nanti, kita pergi tempat lain pulak, kalau hujan juga, kita baliklah, bukan jauh pun" Suami Atul pun setuju.
Jadi, teruslah kami menuju ke Empangan Timah Tasoh.
Untuk makluman semua, Empangan Timah Tasoh terletak 17 km dari bandar Kangar. Untuk ke Empangan Timah Tasoh, perlu melalui Jalan Kangar ke Padang Besar.
Sesampai je di jalan masuk ke empangan, MasyaAllah panjangnya kereta beratur. Mereka nak pergi ke Tasoh Lake Resort by Tasoh Tasikku.
Tapi Atul pula nak pergi ke bahagian hujung, iaitu kawasan untuk lepak-lepak, ada yang bermandi manda, menenangkan fikiran, memancing, dan bergambar.
Anak-anak macam biasalah, nampak air "Ibu boleh mandi tak?"
"Ayah, boleh mandi tak?"
Plan dari rumah, nak lepak makan-makan je. Jadi, kami pun makanlah dulu. Almaklumlah, perut dah berlagu dangdut haha
Budak ni dari makan dalam khemah, pergi keluar khemah kacau ibu |
Inilah chairman nya. Lauk ni pun, bigboss yang masak |
Alhamdulillah kenyang hehe
Kalau rajin boleh buat menu Kerang Masak Kam Heong bawa pergi berkelah
Selesai je makan, jalan-jalan ke air tengok pemandangan Empangan Timah Tasoh. Subhanallah, cantik sangat pemandangan disini
Anak-anak duk main air, sampai basahlah seluar. Jadi, bagi la can pada mereka untuk mandi.
Cantikkan pemandangan di Empangan Timah Tasoh ni. Tak rugi datang sini espcially korang yang suka selfie, snap gambar, dan seangkatan dengannya.
Sebenarnya, air Empangan Timah Tasoh ni bersih, sebab tu berani lepaskan anak-anak bermain air dan mandi. Cuma, tona warna dan pencahayaan dalam gambar-gambar atul share ni menyebabkan nampak air tu bermacam-macam warna haha
Kesian anak-anak, tengah seronok-seronok mandi, tetiba rintik. hehe Jadi, setakat tu jelah mandinya, naik darat, terus bersiap untuk balik.
Tapi kami tak terus balik, kami ke tempat lain pula, kebetulan kawasan tu tak hujan. Dimana? Tunggu di next entry okay. hee
Okayla, next time atul cerita tentang Tasik Cermin di Empangan Timah Tasoh pula. Dengar khabar pemandangan tasik cermin ni MasyaAllah, cantik sangat-sangat.
Teaser Tasik Cermin Timah Tasoh; kredit Perlis Permai |
Jom pi Perghlih :)
Atul Hamid
Suka tengok keindahan alam ciptaan Allah swt
Suka tengok keindahan alam ciptaan Allah swt
Gorgeous Scenaries tempat empangan ni.
ReplyDeleteTak pernah lagi berkelah dekat kawasan empangan di Malaysia ni.
Thank you for sharing kalau ada kesempatan ke Perlis teringin nak pergi.
cantiknya pemandangan tasik tu... best boleh mkn tpi tasik... ada lak pokok rendang tu memang layan lah makan kat situ, mau boleh tertidur
ReplyDeleterindu la nak aktiviti mcm ni. selagi PKPB ni belum habis, hakak boleh berangan je la dulu :-)
ReplyDeleteSonok tengok anak2 happy main air..
Cantik betul gambarnya Atul.
ReplyDeleteBestnya lepak². Makan². Sambil tengok pemandangan macam ni.
Rindu lah nk keluar bawak anak². Selagi tak habis pkpb. Ya Allah.
--
Rajin Yop masak ☺️
Atul tak gemuk pun. Ok je tu
Teringin akak nak pi sini sebab dekat ngan rumah Adik Ipar, sebelum ni pergi x pernah lepak kat situ..lalu je..masa adik akak kahwin diorang buat photoshoot kat situ...cantik2 gambarnya
ReplyDeleteCantiknya scenery kat sini atul.
ReplyDeleteRasa nak g jejalan jugak pas tengok gambar atul n anak-anak berkelah :)
Pandai bigboss tangkap gambar. Cantik-cantik pemandangannya. Anak-anak kecil mesti seronok dapat main air.
ReplyDeleteWah cantiknya. LH suka bercuti simple-simple yang macam ni.
ReplyDeleteWahh, cantik view dia.
ReplyDeleteCantiknya..Atul. Kalau xde org mesti lagi cantik untuk amik gambar 🤩
ReplyDeleteTmpt ni boleh camping overnight tak?
ReplyDeleteAda je yang buat. Cuma di sini takda facility macam toilet tu 😅
DeleteNanti nak datang sini jugalah, kembara berbasikal pastu berkhemah sekitar situ. Terima kasih ya puan sebab mengilhamkan saya. Tunggu larangan rentas negeri ditarik balik, pastu saya pun apalagi. Cargasssss ...
ReplyDelete