Resipi ayam bakar mudah dan sedap | Tadi ternampak anak saudara kongsi di facebook, dia masak menu ayam bakar atas permintaan suaminya. Suaminya nak jemput kawan-kawan datang ke rumah. Jadi, untuk meraikan kawan-kawan, di hidangkan menu istimewa iaitu ayam bakar.
Ayam bakar tu nampak sedap, ramai yang minta resipi dari dia. Alang-alang dia ada share, Atul pun minta izin dia untuk kongsikan resipi ayam bakar di blog Atul ni.
Bahan-bahan untuk perap ayam
1 ekor ayam (boleh buat untuk 2 ekor)**
2 biji bawang besar**
4 biji bawang putih**
1 inci halia**
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (letak lebih lagi sedap)**
2 sudu besar madu**
1 kiub ayam Knorr (untuk 2 ekor letak 2 kiub)**
2 sudu besar gula pasir**
2 sudu besar halba campuran**
2-3 sudu teh garam halus **
Sedikit mentega**
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
**Kisar
Madu + sos tiram (sapu atas ayam)
Cara memasak ayam bakar
Perap ayam dengan semua bahan yang telah dikisar selama satu hingga ke 2 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
![]() |
Resipi ayam bakar mudah & sedap |
Sebelum bakar ayam, panaskan oven selama 10 minit.
Kemudian letak tray di tempat kedua dari atas. Mula-mula masak selama 40 minit, api atas 150, api bawah 170.
Bakar kali kedua, api atas 190, api bawah 210 dan bakar selama 30 minit.
Tapi perlu diingatkan, ia tetap bergantung pada jenis oven juga. Jadi, nak selamat, sentiasa pantau ayam ketika dibakar, takut nanti terlebih bakar, hangit pula jadinya hehe
Oh ya sebelum terlupa, bila ayam dah separuh masak, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dan sapukan madu dan sos tiram ke atas ayam.
![]() |
Resipi ayam bakar mudah & sedap |
Itulah saja resipi ayam bakar dan cara memasaknya. Mudah kan? Sangat sedap dimakan ketika masih hangat-hangat.
Selamat mencuba 😍
Kredit: Kayywawa Kerol
Nampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteMerbeles! Merbeles! Merbeles!
ReplyDeletecantik kejadian ayam bakar tu. boleh try resipi ni pulak
ReplyDeletesedapnyaaa.. mcm kenny rogers hehe
ReplyDeleteWah nampak sedap betul tuh ayam bakarnya..boleh cuba nanti
ReplyDeletebahan perap tu nampak menarik, atul.
ReplyDeletesure sedap rasanya.
sedap la nampak ayamnye tu :-)
ReplyDeletesedap betul ayam tu, buat sendiri lagi puas hati
ReplyDeleteayam bakar memang favorite..
ReplyDeleteSaya follow sini