Resipi ayam bakar mudah dan sedap

Atul Hamid
22

Resipi ayam bakar mudah dan sedap | Tadi ternampak anak saudara kongsi di facebook, dia masak menu ayam bakar atas permintaan suaminya. Suaminya nak jemput kawan-kawan datang ke rumah. Jadi, untuk meraikan kawan-kawan, di hidangkan menu istimewa iaitu ayam bakar.

Resipi ayam bakar mudah dan sedap

Ayam bakar tu nampak sedap, ala-ala kenny rogers, sampai ramai yang minta resipi dari dia. Alang-alang dia ada share, Atul pun minta izin dia untuk kongsikan resipi ayam bakar di blog Atul ni. 

Memang sedap ayam bakar ni. Resipi pun mudah je. Jom tengok bahan-bahan dan cara membuat ayam bakar mudah dan sedap ini

Bahan-bahan untuk perap ayam

1 ekor ayam (boleh buat untuk 2 ekor)**

2 biji bawang besar**

4 biji bawang putih**

1 inci halia**

2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (letak lebih lagi sedap)**

2 sudu besar madu**

1 kiub ayam Knorr (untuk 2 ekor letak 2 kiub)**

2 sudu besar gula pasir**

2 sudu besar halba campuran**

2-3 sudu teh garam halus **

Sedikit mentega**

Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.

**Kisar

Madu + sos tiram (sapu atas ayam)

Cara memasak ayam bakar

Perap ayam dengan semua bahan yang telah dikisar selama satu hingga ke 2 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.

Resipi ayam bakar mudah & sedap
Resipi ayam bakar mudah & sedap

Sebelum bakar ayam, panaskan oven selama 10 minit.

Kemudian letak tray di tempat kedua dari atas. Mula-mula masak selama 40 minit, api atas 150, api bawah 170. 

Bakar kali kedua, api atas 190, api bawah 210 dan bakar selama 30 minit.

Tapi perlu diingatkan, ia tetap bergantung pada jenis oven juga. Jadi, nak selamat, sentiasa pantau ayam ketika dibakar, takut nanti terlebih bakar, hangit pula jadinya hehe

Oh ya sebelum terlupa, bila ayam dah separuh masak, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dan sapukan madu dan sos tiram ke atas ayam.

Resipi ayam bakar mudah & sedap
Resipi ayam bakar mudah & sedap

Itulah saja resipi ayam bakar dan cara memasaknya. Mudah kan? Sangat sedap dimakan ketika masih hangat-hangat.

Selamat mencuba 😍

Kredit: Kayywawa Kerol

إرسال تعليق

22تعليقات

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. cantik kejadian ayam bakar tu. boleh try resipi ni pulak

    ردحذف
  2. sedapnyaaa.. mcm kenny rogers hehe

    ردحذف
  3. Wah nampak sedap betul tuh ayam bakarnya..boleh cuba nanti

    ردحذف
  4. bahan perap tu nampak menarik, atul.
    sure sedap rasanya.

    ردحذف
  5. sedap betul ayam tu, buat sendiri lagi puas hati

    ردحذف
  6. ayam bakar memang favorite..
    Saya follow sini

    ردحذف
  7. Sedapnya... Lapar pula jadinya... Ayam bakar madu ni

    ردحذف
  8. boleh cuba resepi ni. mesti sedap.

    ردحذف
  9. Macam best je tapi gee ayam bakar ni kurang sikit makan hihi

    ردحذف
  10. Boleh buat ni.. tp biasa lau org buat cantik ..lau akk buat ntah ape ruper agaknyer nanti 😄

    ردحذف
  11. Nampak sedap.. Sy suka ayam bakar madu.. Nanti dah ada oven sendiri bru bakar puas2 haha

    ردحذف
  12. Ni yg suka ayam bakar, memang kena cuba lah ni.
    Dan kena rajin lah juga buat perapan tu, kalau malas mmg tak merasalah korang ayam bakar yg sedap, tak gitu?

    ردحذف
  13. nampak sedap sangat ayam bakar tu.. rumah ada oven tapi takut tak sedap pulak 😅

    ردحذف
  14. Nampak sedap ye, dah macam ayam ala ala kenny rogers

    ردحذف
  15. memang tengah cari resepi ayam bakar ni, sebab anak-anak suka sangat makan

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !