Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021

Atul Hamid
15

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021 | Tahun 2020 semakin ke penghujunugnya Ini bermakna, tahu 2021 akan menghadirkan diri. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2020 banyak mengajar kita semua erti bersyukur. Jadi, untuk harungi tahun 2021 yang akan datang, perancangan yang sangat teliti amatlah diperlukan

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021


Adakah anda semua sudah bersedia untuk berhadapan dengan tahun 2021?

Memandangkan Surat Pekeliling Akauntan Negara berkaitan dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulan tahun 2021 telah dikeluarkan, jadi untuk memudahkan segala urusan anda pada tahun 2021, hari ini Atul ingin kongsikan tentang Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021

Berdasarkan kepada Jadual Gaji 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, terdapat 6 kali kakitangan awam akan menerima gaji awal iaitu bulan Februari, bulan Mac, bulan Mei, bulan Jun, bulan Julai, dan bulan Ogos

Oleh itu, dengan adanya jadual ini, bolehlah anda membuat ringkasan pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik agar semuanya berjalan dengan lebih lancar pada tahun 2021 nanti.

Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2021:

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021
Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021

Disertakan juga bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya:

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021
Bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya

Menerima gaji awal seperti di bulan Februari (Tahun Baru Cina), & bulan Mei (Hari Raya Puasa dan Hari Keamatan), bulan Jun (Hari Gawai), bulan Julai (Hari Raya Haji)  dan bulan Ogos menyebabkan anda akan mengalami tempoh yang sangat kritikal kerana perlu menunggu waktu yang agak lama untuk bulan berikutnya. Oleh itu, plan & strategi kewangan hendaklah dirancang sebaik mungkin agar anda tidak mengalami masalah kewangan pada bulan tersebut.

Disini Atul sertakan juga, link E-penyata gaji untuk memudahkan anda membuat semakan penyata gaji secara dalam talian.

Semoga jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan untuk kakitangan awam 2021 ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih tersusun padan tahun 2021 nanti.

Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti tahun 2020 dan selamat menempuh tahun 2021 dengan jayanya!

إرسال تعليق

15تعليقات

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. ok yang kerja gomen dah boleh save sesiap entri ni untuk rujukan

    ردحذف
  2. Dah boleh rancang siap2 dah utk geng2 gov ni

    ردحذف
  3. Awal betul yang bulan dua tu. Kena berhati-hati nanti..

    ردحذف
  4. dah boleh rancang awal2 nak savings macam mana ...

    ردحذف
  5. Yea... sya pun nak update ni dekat blog, selalu mmg saya kongsikan... senang nak tengok balik nanti

    ردحذف
  6. Kalau kje kerajaan mmg ada tarikh2 mcm nie.. kita yg swasta sama je setiap tahun dan bulan..

    ردحذف
  7. Tarikh dapat gaji awal tu kena beringat lah..

    ردحذف
  8. bulan 2 dengan bulan 5 tu alahai seramnya... bila awal sangat gaji memang bahaya hahahha

    ردحذف
  9. abam kie dah siap set dlm apps..mudah nak tgok bila waktu gajinya. thanks for sharing...

    ردحذف
  10. Macam tahu tahu je Syu tengah cari ni

    ردحذف
  11. Hehhe baguih ni untuk org plan buat bisnes online

    ردحذف
  12. seram betul bila gaji masuk awal! :) ha ha ha ha

    ردحذف
  13. Perancangan kewangan tu sangatlah penting

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !