Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam

Atul Hamid
5

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam | Siapa suka makan cendawan? Kalau di utara, mereka panggil kulat. Atul pun xtau kenapa mereka panggil kulat hehe

Atul suka cendawan, kalau pergi makan kedai, ada menu yang ada cendawan, memang atul akan pilih menu tu n kutip cendawan bebanyak 😂

Jadi, kali ini Atul nak kongsikan resipi cendawan tumis lada hitam. Sebenarnya Atul hentam je masak resipi ni. Ikut tekak sendiri. Kalau korang nak cuba masak ikut resipi Atul, boleh je, apa salahnya. Atul lagi suka.

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam


Tapi kalau tak sedap, korang ejasla bagi sedap. Sekarangkan dah mudah. Secukup rasa ada. Macam² jenama lagi 🤭 Tapi resipi Atul ni, memang tanpa perasa instant tu. Totally original resipi

Teringat masa makan cendawan tumis lada hitam dengan nasi hangat ni semalam, sudahlah tumbuk lada hitam kasar-kasar, kunyah lada hitam je kerjanya.🤣

Mak ai, pedas betul rasanya. Sampai berdengap kepala dibuatnya 💆 Tapi habis juga. Licin juga pinggan 😅

Okaylah, dibawah ni Atul kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak cendawan tulis lada hitam. Selamat mencuba 😊


Bahan² Cendawan Tumis Lada Hitam

👉🏻 Cendawan (Atul guna cendawan yang putih tu)

👉🏻 1 sudu Lada hitam** (Kalau nak pedas, boleh tambah)

👉🏻 Lobak merah ( Potong macam fries)

👉🏻 Putik Jagung (Potong macam fries)

👉🏻 Sedikit ayam (Potong dadu)

👉🏻 3 ulas bawang putih (Potong dadu)

👉🏻 Sebiji bawang merah kecil (Potong dadu)

** Tumbuk kasar jangan lumat. Siap tumbuk, masukkan sedikit air ke dalam lesung, untuk menumis.


Cara memasak Cendawan Tumis Lada Hitam

1. Tumis bawang putih bawang merah sampai naik bau atau kekuningan. jangan sampai hangit, nanti pahit 

2. Kemudian masukkan ayam. tumis sampai ayam separuh masak

3. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali 

4. Kemudian biarkan seketika sampai ayam masak

5. Masukkan lobak merah. kacau seketika

6. Masukkan putik jagung

Akhir sekali baru masukkan cendawan

Tutup dengan tudung periuk seketika. Jangan lama, nanti lembik

Jangan lupa masukan garam secukup rasa. Jangan lebih nanti masin pulak hehe

Kalau rasa cendawan tu dah masak, dah siap la tu. 

.

Cendawan tumis lada hitam ni masaknya tak lama, sekejap je. Kalau boleh, bila kita kunyah lobak merah & jagung tu, ada rasa kerangupan sayur² tu. Tak lembik.

Kalau ayam tu tukar dengan daging, udang atau sotong boleh tak? Boleh je, apa salahnya. Untuk daging kena potong nipis, nanti liat. Cara memasak sama macam gunakan ayam.

Tapi kalau guna sotong atau udang, letak kemudian selepas letak cendawan, sebab taknak udang atau sotong terlebih masak, nanti tak sedap pulak.

Okaylah, itu je cara memasak cendawan tumis lada hitam ni. Mudah dan sekejap je penyediaannya. 


Baca juga: Tempat menarik Ipoh


Selamat menjamu selera 😊

Post a Comment

5Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. sedap..akak pun panggil kulat benda alah tu.hihi

    ReplyDelete
  2. saya pon suka makan cendawan ni..hai salam singgah jenjalan n done follow btw,jom join giveaway saya https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2020/12/giveaway-by-rasyidahsheresimpleblog.html

    ReplyDelete
  3. sedap ni.
    semlm masak tomyam.
    wajib letak cendawan tiram ni.
    baru best!

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa..sis panggil cendawan je..x pandai nak panggil lain

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !