Cara buat bloglist di blogspot

Atul Hamid
7

Cara buat bloglist di blogspot | Bloglist adalah senarai link-link blog yang dikumpul dan dipamerkan dalam blog. Ada yang membuat bloglist atas persetujuaan pertukaran link antara blogger, ada yang meletakkan senarai link blog dalam bloglist mereka kerana suka ikuti dan membaca entri blog tersebut. Jadi, dengan adanya bloglist ini, mereka akan mengetahui entri terkini daripada blog kegemarannya.

Cara buat bloglist di blogspot

Kelebihan bloglist yang perlu anda tahu 

👉 Sentiasa dapat tahu jika ada entri terbaru daripada blogger dalam bloglist yang dibuat
👉 Inspirasi untuk menulis entri baharu
👉 Penanda aras untuk mengaktifkan blog
👉 Bantu tingkat trafik blog
👉 Bantu tingkatkan follower
👉 Salah satu cara untuk blogwalking dengan cepat
👉 Bantu tingkatkan pengaruh domain (kekuatan domain)
👉 Peluang menguatkan ‘networking’ antara blogger
👉 Menjimatkan masa pembaca dengan hanya klik link yang terdapat dalam bloglist

Menarikkan kelebihan yang akan kita dapat jika buat senarai bloglist ni. Kita akan dapat manfaat, senarai blog yang terdapat dalam bloglist juga akan dapat manfaatnya. Baiklah, jom kita lihat langkah-langkah cara buat bloglist di blog.

Cara buat bloglist di blogspot

1. Sign in blogger dan anda akan terus ke dashboard. Kemudian pergi ke Layout

Cara buat bloglist di blogspot

Kemudian pergi ke bahagian Add a Gadget

Cara buat bloglist di blogspot


Pilih bloglist seperti gambar di bawah

Cara buat bloglist di blogspot


Seterusnya, sila ikut langkah dibawah

Cara buat bloglist di blogspot

Title : Tajuk bloglist anda ang akan terpamer di blog nanti. Jadi anda boleh ubah ikut tajuk yang anda hendak buat. Contoh "Blog Feveret"

Sort : Susunan senarai blog dalam bloglist anda. Disini ada 2 plihan, A hingga Z dan “most recently updated”. Untuk bahagian ini, Atul lebih cadangkan anda pilih yang “most recently updated” supaya senarai blog yang sentiasa update entri terbaru akan berada di bahagian atas. Jadi, akan bertukar-tukarlah nama blog yang akan berada di atas dalam bloglist anda.

Show : Anda boleh pilih untuk pamerkan “all blog” atau 5, 10 atau 25 blog sahaja. Anda juga tick pada ruangan kotak untuk ia muncul dalam senarai bloglist anda nanti. Anda boleh cuba satu per satu.

Add a blog to your list : Ini bahagian paling penting, kerana ia untuk anda masukkanlink-link yang anda hendak bloglistkan. Terdapat 2 pilihan disini;

Cara buat bloglist di blogspot

👉 Add by URL : iaitu blog-blog pilihan yang anda hendak masukkan dalam bloglist sahaja yang akan ada dalam senarai. Untuk yang ini anda perlu masukkan link blog satu per satu.

👉 Blog I'm Following : semua blog yang anda follow akan tersenarai dalam bloglist.


Setelah masukkan link-link blog kedalam bloglist anda, jangan lupa tekan SAVE ya.

Maka, siaplah bloglist anda. Bolehlah lihat hasilnya 😊

Boleh ke buat bloglist banyak?

Mestilah boleh. Anda hanya perlu ulang dan ikuti langkah-langkah cara buat bloglist di blogspot di atas sampai habis. Pastikan setiap tajuk bloglist adalah berbeza mengikut citarasa anda.

Ini contoh bloglist yang terdapat dalam blog Atul. Buat masa ni ada 3 bloglist berbeza

Cara buat bloglist di blogspot

Eh, bloglist panjanglah. Macam mana nak buat kotak pendek yang boleh scroll macam bloglist Atul tu.

Jawapannya sila klik link cara untuk buat scroll box di bloglist ini, anda pasti akan jumpa jawapannya nanti.

Selamat mencuba. Terima kasih kerana sudi baca cara buat bloglist di blogspot yang mudah ini.

Post a Comment

7Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. MasyaAllah tq sharing Sis Atul. Sangat bermanfaat. Saya budak baru dalam grup S2uiMOB Salam ukhwah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atul..akak baru nak merangkak2 belajar...murah rezeki atul..bantu kami..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atul! sangat membantuuuuu

    ReplyDelete
  4. Setiap blog mesti ada bloglist tersendiri

    ReplyDelete
  5. kebetulan tengah cari jumpa pula post ni. Terima kasih. Penulisan awak pun kemas dan tersusun, sedap mata memandang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !