Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts

Cara buat bloglist di blogspot

Cara buat bloglist di blogspot | Bloglist adalah senarai link-link blog yang dikumpul dan dipamerkan dalam blog. Ada yang membuat bloglist atas persetujuaan pertukaran link antara blogger, ada yang meletakkan senarai link blog dalam bloglist mereka kerana suka ikuti dan membaca entri blog tersebut. Jadi, dengan adanya bloglist ini, mereka akan mengetahui entri terkini daripada blog kegemarannya.

Cara buat bloglist di blogspot

Kelebihan bloglist yang perlu anda tahu 

👉 Sentiasa dapat tahu jika ada entri terbaru daripada blogger dalam bloglist yang dibuat
👉 Inspirasi untuk menulis entri baharu
👉 Penanda aras untuk mengaktifkan blog
👉 Bantu tingkat trafik blog
👉 Bantu tingkatkan follower
👉 Salah satu cara untuk blogwalking dengan cepat
👉 Bantu tingkatkan pengaruh domain (kekuatan domain)
👉 Peluang menguatkan ‘networking’ antara blogger
👉 Menjimatkan masa pembaca dengan hanya klik link yang terdapat dalam bloglist

Menarikkan kelebihan yang akan kita dapat jika buat senarai bloglist ni. Kita akan dapat manfaat, senarai blog yang terdapat dalam bloglist juga akan dapat manfaatnya. Baiklah, jom kita lihat langkah-langkah cara buat bloglist di blog.

Cara buat bloglist di blogspot

1. Sign in blogger dan anda akan terus ke dashboard. Kemudian pergi ke Layout

Cara buat bloglist di blogspot

Kemudian pergi ke bahagian Add a Gadget

Cara buat bloglist di blogspot


Pilih bloglist seperti gambar di bawah

Cara buat bloglist di blogspot


Seterusnya, sila ikut langkah dibawah

Cara buat bloglist di blogspot

Title : Tajuk bloglist anda ang akan terpamer di blog nanti. Jadi anda boleh ubah ikut tajuk yang anda hendak buat. Contoh "Blog Feveret"

Sort : Susunan senarai blog dalam bloglist anda. Disini ada 2 plihan, A hingga Z dan “most recently updated”. Untuk bahagian ini, Atul lebih cadangkan anda pilih yang “most recently updated” supaya senarai blog yang sentiasa update entri terbaru akan berada di bahagian atas. Jadi, akan bertukar-tukarlah nama blog yang akan berada di atas dalam bloglist anda.

Show : Anda boleh pilih untuk pamerkan “all blog” atau 5, 10 atau 25 blog sahaja. Anda juga tick pada ruangan kotak untuk ia muncul dalam senarai bloglist anda nanti. Anda boleh cuba satu per satu.

Add a blog to your list : Ini bahagian paling penting, kerana ia untuk anda masukkanlink-link yang anda hendak bloglistkan. Terdapat 2 pilihan disini;

Cara buat bloglist di blogspot

👉 Add by URL : iaitu blog-blog pilihan yang anda hendak masukkan dalam bloglist sahaja yang akan ada dalam senarai. Untuk yang ini anda perlu masukkan link blog satu per satu.

👉 Blog I'm Following : semua blog yang anda follow akan tersenarai dalam bloglist.


Setelah masukkan link-link blog kedalam bloglist anda, jangan lupa tekan SAVE ya.

Maka, siaplah bloglist anda. Bolehlah lihat hasilnya 😊

Boleh ke buat bloglist banyak?

Mestilah boleh. Anda hanya perlu ulang dan ikuti langkah-langkah cara buat bloglist di blogspot di atas sampai habis. Pastikan setiap tajuk bloglist adalah berbeza mengikut citarasa anda.

Ini contoh bloglist yang terdapat dalam blog Atul. Buat masa ni ada 3 bloglist berbeza

Cara buat bloglist di blogspot

Eh, bloglist panjanglah. Macam mana nak buat kotak pendek yang boleh scroll macam bloglist Atul tu.

Jawapannya sila klik link cara untuk buat scroll box di bloglist ini, anda pasti akan jumpa jawapannya nanti.

Selamat mencuba. Terima kasih kerana sudi baca cara buat bloglist di blogspot yang mudah ini.

Read More

Cara membuat kategori atau label di blogspot

Cara membuat kategori atau label di blogspot | Baru-baru ni Atul dapat pertanyaan dari seseorang, kategori atau label ni perlu ke? Apa fungsinya?

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Bagi Atul kategori atau label yang terpapar di blog kita ini PERLU. Fungsinya untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam blog kita dengan cepat sekaligus dapat menjimatkan masa mereka

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Untuk entri kali ini, Atul ingin kongsikan tutorial cara membuat kategori atau label di blogspot dengan mudah. Hanya beberapa minit sahaja untuk membuatnya. 

Okay, sebelum Atul kongsikan cara membuat kategori atau label ini, Atul hendak anda tahu dari mana datangnya kategori atau label ini. 

Sebenarnya kategori atau label ini boleh ada di blog anda apabila anda meletakkan label ketika anda menulis entri baharu. Macam mana ya? Jom tengok gambar di bawah ini.

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Dah faham kan dari mana datangnya label untuk kita buat kategori atau label yang terpapar di blog kita? Tahniah! So, jangan lupa buat label yang bersesuaian dengan entri anda.

Sekarang, jom kita lihat langkah-langkah cara membuat katergori atau label di blogspot. Semoga apa yang Atul kongsikan ini dapat membantu anda mencantikkan blog anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Untuk pengetahuan anda, senarai kategori atau label ini akan terletak di bahagian sidebar atau sidebarwidgetarea. (Bergantung pada theme blog yang anda guna ya)

Macam blog Atul ni, Atul guna theme Olsen dan theme ini mempunyai ada 2 bahagian sahaja. Jika anda pengguna blogspot tapi bukan theme Olsen pun boleh ikuti tutorial ini.

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Bahagian 1 untuk tulis entri
dan bahagian 2 untuk widget

Untuk makluman anda, di bahagian 2 ini, ada sesetengah bahagian kena edit coding di HTML, dan ada juga yang kena edit di layout. Selalunya edit di layout ini berkaitan dengan widget. Tapi kadang-kadang tengok situasi juga. hehe (Jangan pening ya) 

Untuk buat kategori atau label ni, anda perlu buka Dashboard blog > Layout > Sidewidgetarea

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Kemudian anda perlu add widget 

Cara membuat katergori atau label di blogspot

➌ Pilih Label

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti dalam gambar dibawah

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Tajuk
Tajuk anda boleh tukar, dari label buatlah nama apa yang anda rasa sesuai.

Label sorting 
Senarai label yang hendak di susun ikut A hingga Z atau Kekerapan
  • Alphabetically - Senarai label yang akan terpapar di blog akan ikut A hingga Z
  • Frequency - Senarai label yang akan terpapaer di blog akan ikut bilangan mana yang paling banyak dalam entri 
Display
Label akan terpapar secara senarai atau karangan 😂
  • List - Label akan terpapar dalam senarai atas ke bawah
  • Cloud - Label akan terpapar seperti karangan
Show number of post per label
Anda boleh pilih, samada nak ada bilangan nombor di tepi label atau tidak. Jika nak, hijaukan, jika tidak, biarkan kelabu

Display
Anda hendak paparkan label semua sekali atau yang terpilih sahaja
  • All - Semua label yang anda masukkan dalam setiap entry akan disenaraikan 
  • Selected - Hanya label yang anda pilih sahaja yang akan terpapar di senarai kategori atau label nanti. Jadi tak ada la panjang berjela senarai label anda tu nanti. Dah boleh jimat ruang 
Akhir sekali, jangan lupa save ya.

So sekarang, bolehla refresh blog anda dan lihat ada tak label yang telah anda buat tadi di bahagian sidebar anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Yeay! Tahniah! Anda dah berjaya buat kategori atau label. Mudahkan cara membuat kategori atau label ni. Sekejap je dah siap 😀

Oh ya, andai kata bila anda buat kategori atau label ini dan hasil paparannya sangat panjang, sehingga menyebabkan anda bosan nak cari label yang anda kehendaki. Sekejap, Atul ada cara untuk pendekkan senarai itu. Caranya apa kata anda buat scroll box di widget label anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Macam mana nak buat? Mudah sahaja caranya. Jom tengok cara membuat scroll box di blog di sini. 

Semoga entri ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca tutorial cara membuat katergori atau label di blogspot ini.

Read More

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Cara pasang domain di blogspot dengan mudahSejak kebelakangan ni, ramai pula kawan-kawan Atul bertanyakan cara pasang domain di blog. Mereka ingin menukarkan alamat blog mereka dari blogspot ke dot.com. Sebelum Atul kongsikan langkah-langkah cara memasang domain, Atul nak ucapkan tahniah kepada mereka dan anda yang mengambil keputusan untuk menukarkan alamat blog anda dari blogspot ke dot.com. Dengan adanya domain di alamat blog anda ini, blog anda kelihatan lebih professional.

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah


Oh ya, untuk makluman anda, langkah-langkah cara pasang domain dengan mudah yang Atul kongsikan ini adalah untuk anda yang membeli domain dengan akaun Go Daddy sahaja. Anda perlu memastikan setiap maklumat yang dikehendaki diisi dengan betul supaya tiada masalah yang akan dihadapi. Jadi, berikut adalah beberapa langkah cara memasang domain di blogspot;

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Login akaun blog anda, dari Dashboard > Setting. Kemudian cari Publishing

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah


Klik pada bahagian custom domain

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah


Kemudian, masukkan domain yang telah dibeli dengan betul. Contoh: atulhamid.com. Kemudian klik save.

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Opps! Jangan terkejut sekiranya terpapar tulisan atau notis berwarna merah seperti berikut;

"We have not been able to verify your authority to this domain……… BUY A DOMAIN”

Sebenarnya notis yang terpapar itu adalah normal untuk kali pertama memasukkan domain dan bagi blogger yang belum melengkapkan rekod-rekod DNS yang diperlukan.

Untuk makluman anda, sebenarnya dalam notis yang terpapar  tadi terdapat dua (2) maklumat penting yang anda perlukan untuk menyiapkan proses pasang domain di blogspot nanti.

Anda dikehendaki salin atau simpan 2 maklumat tersebut untuk proses seterusnya. Contoh 2 maklumat penting yang telah dikeluarkan dari notis yang dipaparkan.

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Contoh 2 maklumat yang telah Atul keluarkan dari notis di atas

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Jadi, jangan paksa untuk klik save ya, sebab memang tak boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah terus ke langkah berikutnya.

Sila login akaun Go Daddy, iaitu laman web yang anda beli domain dot com tu

Kemudian klik my product

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Kemudian, klik Manage DNS

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Sekiranya paparan berbeza, pastikan anda mencari Manage DNS sampai jumpa juga hehe

Akan terpapar DNS Management > Records seperti gambar dibawah ini

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Kemudian klik Add

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Selepas klik Ádd akan terpapar seperti gambar dibawah ini.

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah


Untuk lengkapkan rekod yang diperlukan, anda perlu masukan maklumat yang terdapat seperti di langkah 3. Terdapat 2 maklumat berbeza yang di perlu anda rekod, iaitu

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Pertama sekali, anda perlu masukkan www pada Host dan ghs.google.com pada Points To dan klik save. Jika tiada masalah terus ke langkah ke-12.

Tetapi perlu diingatkan! Sekiranya anda masukkan langkah ke-11, tetapi keluar notis seperti dalam gambar dibawah, 

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Ini bermaksud, ada 2 rekod yang sama. Jangan panik ya. Ikut langkah yang Atul berikan ini.

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Jangan lupa save ya.

Kedua, masukkan maklumat kedua yang tertera di langkah ke-10 dan pastikan save ya!

Setelah siap kedua-dua maklumat ini dimasukkan, TAHNIAH anda telah berjaya memasukkan rekod DNS yang diperlukan untuk pendaftaran domain.

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah


Tapi ada beberapa perkara yang perlu anda buat lagi sebenarnya.

Anda perlu masukkan ke akaun blogger anda, iaitu  Dashboard > Settings > Publishing > Custom Domain. Kemudian masukkan domain anda, iaitu www.(nama-domain-anda).com dan klik Save.

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Kemudian pastikan anda tick pada butang Redirect domain

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Okay, dah siap. Sekarang anda boleh refresh untuk lihat alamat blog anda bertukar dari blogspot ke dot.com. 

Yeay! Dah berjaya!

Oh ya, sekiranya selepas refresh blog tetiba terpapar di screen THIS SITE CAN'T BE REACHED jangan panik ya!

Anda cuma perlu login akaun Go Daddy sekali lagi. Kemudian pergi ke My Product

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah

Kemudian, klik Manage DNS

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah


dan scroll ke bawah sampai jumpa FORWARDING seperti gambar dibawah

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah


Kemudian, klik edit (gambar pensil) dan masukkan domain anda secara penuh iaitu www.domain-anda.com contoh; www.atulhamid.com

Cara pasang domain di blogspot dengan mudah
Dan ikut sahaja setting seperti dalam gambar diatas, kemudian jangan lupa tekan save.

Sekarang anda boleh refresh blog anda dan lihat hasilnya.


Yeay! Tahniah Atul ucapkan kerana anda telah berjaya pasang domain di blog anda dengan jayanya.

Selamat berblog Atul ucapkan 😊

#atulhamid

Read More