Kisah benar amalkan selawat dan 30 kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Atul Hamid
9

Kisah benar amalkan selawat dan 30 kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW | Masa kat Kazakhstan dulu, ada satu cerita yang langsung tak masuk akal, tapi perkara tu berlaku.


(Awas : cerita terlalu panjang 😂)


Waktu kami kayuh di Kazakhstan, masa tu musim salji.

Punyalah sejuk masa tu, berlapis-lapis baju kami pakai masa tu.

Dah macam angkasawan kayuh basikal. hahaha.


Masalah terbesar setiap hari untuk saya sebagai AJK penginapan adalah mana nak tidur setiap malam.


Sebab kami kayuh kat jalan yang kiri kanannya padang yang putih diselimuti salji.

Sesekali je jumpa perkampungan. Itu pun rumah tak berapa nak banyak.


Setiap kali masuk waktu asar, mata saya mula mencari lokasi untuk kami tidur.

Kami pernah ketuk pintu rumah orang untuk tumpang tidur. 

Kami pernah masuk bangunan kosong, port kaki mabuk untuk tidur.

Jika bernasib baik kami jumpa hotel, kami tidur di dalam bilik hotel.

Tapi, kami belum pernah lagi camping di atas salji.


Satu hari..

Kami sampai di satu lokasi yang hanya ada stesen minyak je. Macam R&R gitu.

Di luar stesen minyak tu ada tandas awam.


"Yang, malam ni kita camping kat sebelah stesen minyak ni nak? Ada tandas kat sini" tanya saya pada Adilah.


Adilah letakkan syarat pada saya. Kalau nak camping, pastikan dekat dengan tandas. 

Kalau saya travel solo dulu, tak kisah sangat pun pasal tandas ni. hahaha

Tapi dah travel dengan isteri ni, kena fahami juga keperluan pasangan kita tu.


Saya pergi minta izin pegawai di kaunter stesen minyak tu untuk kami camping di dalam kawasan stesen minyak.

Pegawai tu tak bagi.

Berkali-kali saya beritahu malam ni, kami tiada tempat tidur, & kami nak pacak khemah kat tempat bukan laluan orang.

Muka dia macam tengah cakap "It's not my problem" sambil layan customer lain.

Bila dia macam malas nak layan, saya tanya boleh tak kami camping dengan luar stesen & nak gunakan tandas dia.

Dia kata ok je kalau bukan dalam kawasan stesen minyak.


Lepas tu, saya keluar dari stesen minyak & jumpa Adilah.

"Macam mana bang?" tanya Adilah.

"Dia tak bagi.." jawab saya pendek.

"Habis tu, malam ni nak tidur mana?" tanya Adilah.

"Takde pilihan lain, kita camping kat luar pagar stesen minyak ni.." kata saya sambil tunjuk pagar stesen minyak.

Adilah senyap.

"Ayang ok?" tanya saya.


Saya tahu, camping atas salji adalah pilihan terakhir buat Adilah. Dia sebolehnya taknak camping atas salji sebab sebelum ni dia tak tahan & lari masuk ke dalam rumah Kak Nora masa saya test camping depan rumah Kak Nora. (Kak Nora ni orang tempatan Kyrgyzstan)


"Jom"

Saya ajak Adilah tolak basikal sampai ke tepi pagar.

Adilah ikut je tanpa berkata apa-apa.

Saya kena pasang khemah cepat-cepat sebelum matahari tenggelam.

Kami tolak basikal ke dalam salji tebal. Bawah salji tebal ada selut.

Saya bersihkan kawasan tersebut sambil diperhatikan oleh Adilah.

Saya tengok mulut dia terkumat-kamit baca sesuatu.

Selalu dia tolong saya kemas kawasan untuk camping, kalini dia senyap je tak bantu saya. Mungkin dia penat sangat masa tu.

Saya teruskan je pasang khemah.


Tiba-tiba..


Ada sebuah kenderaan datang ke arah kami.

Masa tu dah nak gelap dah.


"What are you doing here?"  Seorang lelaki menjengah kepalanya keluar dari tingkap kereta.


"We're setup our tent to sleep here tonight" kata saya.


"You sleep here?" tanya beliau lagi.


"Yes" jawab saya pendek sambil punggah semua beg masuk dalam khemah.


"Why?" tanya beliau lagi.


"Because we dont have place to stay accept here" jawab saya lagi.


"No no no, you cannot sleep here.." kata lelaki tu.


"Aduhh, kalau tak boleh tidur sini, nak tidur mana? Dah la dah gelap ni.." kata saya dalam hati.


"You can sleep inside my shop.." kata beliau sambil tunjuk stesen minyak di sebelah.


"Your shop?" tanya saya inginkan kepastian.


"Yes, that Zhanoil is my shop.."


Kisah benar amalkan selawat dan 30 kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Zhan Oil Shop

Rupanya lelaki tadi tu adalah owner kepada stesen minyak tadi!

MasyaAllah Tabarakallah.


"Yang! Dia ajak tidur dalam stesen minyak!" saya beritahu Adilah dengan excited.

Masa tu Adilah masih di atas basikalnya termenung. 

Adilah tengok saya dengan wajah tersenyum. Nampak kelegaan diwajahnya.


Saya kemas balik khemah dan masukkan balik dalam beg kami & ikut Mr. Khanat, owner stesen minyak Zhanoil pergi ke stesen minyak tersebut.


"Ayang baca apa?" tanya saya pada Adilah semasa kami menolak basikal ke arah stesen minyak.

"Baca apa?" tanya Adilah balik.

"Abang nampak mulut Ayang kumat kamit baca sesuatu tadi.." kata saya nak kepastian.

"Kenapa?" tanya Adilah balik.

"Sebab benda ni tak masuk akal langsung. Waktu betul-betul dah nak gelap, Allah hantar orang yang tepat untuk bantu kita. Bukan calang-calang orang, owner stesen minyak terus!" kata saya.

"Ohh hahahaha, rahsialah!" kata Adilah.


Begitulah Adilah. 

Jika dia tak suka sesuatu perkara tu, dia tak melenting, tapi mulut dia mula la terkumat-kamit baca sesuatu.

Masa tu, saya tahulah, dia tengah tak selesa.


Mr. Khanat tunjukkan kami bilik CCTV yang kecil untuk kami tidur di situ.

Beliau siap bagi heater untuk kami kekal panas dalam bilik.

"You can take anything you want inside the shop" kata Mr. Khanat sebelum keluar meninggalkan kami.


Saya macam tak percaya.

Bukan setakat dia bagi kami tidur dalam stesen minyak dia, dia siap offer untuk kami ambil apa saja dalam kedai dia!

MasyaAllah Tabarakallah!


"Ceritalah Yang, Ayang baca apa tadi?" tanya saya tak puas hati sambil tarik sleeping bag selepas kami solat maghrib & isyak.

"Takde baca apa pun.. Ayang selawat je.." kata Adilah yang dah bersedia nak tidur.

MasyaAllah. Dasyatnya kuasa selawat.


Tiba-tiba saya teringat hadis Nabi..


Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)



Tuan Puan..


Banyak kebaikan dalam berselawat ni, nah saya senaraikan 30 kebaikan berselawat atas Nabi SAW :


Kisah benar amalkan selawat dan 30 kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW


1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.


10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.


11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.


14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.


17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.


19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.


23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.


24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.


25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.


30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani


Jom sama-sama amalkan.


Love,

Ahmad Isa


#JiwaKembara

#HidupLuarBiasa2022


Baca juga: Amalan Zikir Anak Menghadapi Peperiksaan


Nota : Nak baca 20 muka surat pertama Buku Ustazah Basikal, klik sini >> https://ezy.la/ebooksampleustazahbasikal


Kredit: Facebook Ahmad Isa

Kisah: Coretan FB Ahmad Isa 

Post a Comment

9Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. seronok baca kisah macam ni.. allahumma solli ala muhammad

    ReplyDelete
  2. Seronok baca cerita kembara mereka, n betullah kan selawat ni sangat membantu kita lagi2 bila berdepan dgn hal yg sulit.
    Yakin dgn kuasa Allah, urusan akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. haaa dah baca kat FB ustazah basikal sebeluk nih ... mmg meremang masa baca tu

    ReplyDelete
  4. perkongsian dan pengalaman yang menarik.. harap zati dapat istiqamah untuk terus berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW setiap hari..

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar, rindunya kepada junjungan besar Rasulullah saw.

    ReplyDelete
  6. Jom berselawat... Allahumma Solli Ala Muhammad

    ReplyDelete
  7. اللهم صل على محمد وآل محمد ya allah . bagus perkongsian ni. sis bawa awal smpai habis

    ReplyDelete
  8. saya ada kitab fadilat selawat nak tak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !