10 tips bercuti bersama anak kecil | Nak pergi melancong tapi sejak ada anak kecil macam-macam
bermain di fikiran, perasaan risau tu kuat betul. Selalu terbantut plan untuk bercuti
dan melancong. Sedihkan? Dahla sekarang rentas negeri telah dibenarkan, rasa
rugi sangat kalau tak dapat pergi melancong kemana-mana.
Siapa kata tak boleh pergi melancong kalau ada anak
kecil? Boleh sebenarnya, Atul sendiri ada anak kecil yang kini umurnya baru 4
tahun dan 6 tahun. Seronok sangat melancong dengan mereka, hati sentiasa
terhibur dengan gelagat mereka.
Apabila kerajaan umum je boleh rentas negeri, apa lagi,
berkemas lah Atul sekeluarga pulang ke kampung sekaligus pergi bercuti setelah
lama terkurung. Ada anak kecil bukan satu isu untuk kita tidak boleh bercuti
atau melancong, salah tu. Andai tahu tips bercuti bersama anak kecil, pasti
percutian anda akan jadi sangat seronok, kerana waktu inilah anda dapat merakam
memori indah bersama anak kecil anda.
Jadi jangan risau, kalau dah plan untuk pergi bercuti,
pergi sahaja. Ikuti tips bercuti bersama anak kecil ini, pasti anda akan berasa
sangat-sangat selesa dan seronok bercuti walaupun mempunyai anak kecil.
10 tips bercuti bersama anak kecil
1. Wajib rancang percutian anda
Wajib rancang percutian sebelum pergi bercuti. Pastikan anda tahu hendak pergi
ke mana, berapa hari, menaiki kenderaan apa? Kenderaan sendiri atau public
transport? Keadaan pengangkutan anda? Bercuti dengan siapa? Pergi bercuti
berapa ramai? Keadaan cuaca pada ketika itu, musim panas atau hujan? Berapa
banyak pakaian yang perlu dibawa? Apa peralatan lain yang perlu di bawa? dan Berapa
bajet perbelanjaan termasuk kegunaan waktu kecemasan? Perkara-perkara ini
sangat penting untuk anda tahu sebelum pergi bercuti. Sebaiknya buat
perancangan percutian lebih awal untuk langkah persediaan.
2. Buat senarai keperluan (To-do-list)
Sumber: Google |
- Keperluan Anda
- Keperluan suami / Isteri
- Keperluan anak
- Perubatan
- Makanan
- Lain-lain peralatan jika perlu
3. Senaraikan apa yang bakal berlaku?
Kita tak minta perkara buruk berlaku, tetapi kita sentiasa berharap agar
percutian kita sentiasa berjalan dengar lancer. Tapi amatlah digalakkan sebelum
pergi bercuti, senaraikan semua kemungkinan yang akan berlaku dan cara-cara
mengatasinya. Mengenalpasti situasi sebelum ia berlaku boleh membuat anda lebih
bersedia dari segi fizikal, emosi dan mental.
Selain itu, pastikan anda sediakan kotak kecemasan
bersama. Peralatan inilah yang selalu terlepas pandang ketika bercuti dengan
anak kecil. Hendaklah beringat, perkara yang tidak dijangka mungkin akan
terjadi pada bila-bila masa sahaja.
4. Buat persiapan awal
Tadi anda telah senaraikan apa keperluan yang perlu
dibawa, selepas itu anda digalakkan untuk membuat persiapan awal. Tujuannya
melakukan persiapan awal supaya anda tidak tergesa-gesa dan tidak ada barang
yang tertinggal. Dengan melakukan persiapan awal, anda masih mempunyai masa
untuk menyemak bagi memastikan barang keperluan anda cukup atau tidak, perlu
atau tidak.
Sebagai contoh, anda boleh menganggarkan bilangan pakaian
yang hendak dibawa dan memasukkan pakaian beserta barangan keperluan mengikut
hari ke dalam beg plastik vakum untuk mendapatkan lebih banyak ruang di dalam
beg bagasi. Pastikan anda meletakkan Label supaya lebih mudah untuk
dikenalpasti.
5. Pastikan tidak berlebihan
Ingat, ada beberapa barang yang anda boleh beli ditempat anda bercuti. Jadi,
untuk memudahkan pergerakkan anda, tidak perlu bawa barang-barang yang anda
boleh dapatkan dengan mudah. Mungkin bukan jenama yang sama, tetapi anda masih
boleh dapatkannya. Sebagai contoh seperti lampin pakai buang, tisu basah, dan
banyak lagi. Anda boleh membuat senarai terlebih dahulu dan menganggarkan
bajet perbelanjaan.
6. Rancang perjalanan anda
Cuba rancang perjalanan anda supaya lebih lancar dan
dipermudahkan. Cuba sebaik yang mungkin untuk menjadikan perjalanan sebagai sebahagian
daripada percutian. Tujuannya untuk memastikan sepanjang perjalanan ke
destinasi yang dituju lancar, anak kecil tidak meragam dan mengganggu suasana
sepanjang dalam perjalanan, boleh elak dari kesesakan lalu lintas, tahu berapa
lama tempoh perjalanan, di mana tempat untuk berhenti rehat seketika sebelum
menyambung perjalanan dan lain-lain lagi.
7. Pilih Penginapan Yang Sesuai
Memandang anda bercuti bersama anak kecil, jadi anda mesti memilih penginapan
yang sesuai. Pastikan penginapan anda mengamalkan SOP dengan ketat. Tidak
menjadi tumpuan orang ramai. Mempunyai ruang yang selesa, mesra
kanak-kanak, kebersihan diutamakan, mempunyai kemudahan sebagai contoh;
Jika hotel hendaklah mempunyai lift, tempat letak kereta
berdekatan, perkhidmatan bilik, pengawal keselamatan dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan, serta kafe. Untuk kafe anda kena tahu, adakah mereka menyediakan
makanan untuk anak kecil atau tidak? Jika tidak, anda perlu bawa makanan
sendiri terutamanya jika anak anda masih bayi dan mempunyai diet khas.
Ini adalah pilihan peribadi, tetapi berbaloi untuk
dipertimbangkan demi anak kecil anda.
8. Namakan dan Jejak Mereka!
Sumber: Google |
Sekiranya anda bimbang anak anda tersesat, anda boleh
menamakannya dengan menuliskan nama dan nombor telefon anda di lengan mereka
atau letakkan kertas atau kad anda di dalam kocek mereka. Dengan cara itu, jika
mereka dijumpai, anda boleh dihubungi dengan mudah. Anda juga boleh melabur
untuk alat penjejakan GPS. Pasang ke pergelangan tangan atau beg anak anda, dan
ikuti melalui aplikasi.
9. Kereta Tolak atau Sling, perlukah?
Ini adalah dilema biasa ketika melancong bersama anak
kecil dan tiada jalan yang mudah. Ia bergantung pada tempat yang anda lawati.
Adakah jalan rata dan berturap atau akan ada jalan berlubang? Adakah ia akan
sangat lembap atau sejuk? Adakah anak anda sudah biasa? Adakah Kawasan berbukit
atau rata?
Pilihan yang terbaik adalah kereta tolak yang ringan.
Ianya mudah dan boleh dibawa sampai ke pintu pagar: ia boleh dijadikan tempat
tidur sementara; ringan dan juga boleh dilindungi dengan selimut dan penutup
hujan; dan ia sangat bagus untk semua keadaan.
Tetapi jika anak kecil anda telah boleh berjalan, dan
anda yakin anak anda okay sepanjang bercuti, tidak perlu bawa. Hal ini
sekaligus boleh menjimatkan ruang anda.
10. Daftar MySejahtera, patuh SOP
Memandangkan negara kita masih dalam tempoh pendemik, perkara paling penting adalah sebelum pergi bercuti pastikan anda telah lengkap divaksin, kerana hanya anda yang mampu melindungi anak kecil anda.
Selain itu, daftarkan juga nama anak-anak kecil anda
didalam MySejahtera. Ini kerana kita dapat lebih berwaspada dengan keadaan yang
tidak menentu pada masa sekarang ini. Akhir sekali, pastikan anda patuh SOP
yang ditetapkan seperti pemakaian sanitizer dan pelitup hidung dan muka (Mask).
Walaupun anak anda masih kecil, pastikan mereka juga memakai mask. Ini sebagai
Langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko anak kecil anda dari jangkitan
Covid-19.
Mudahkan pergi bercuti bersama anak kecil bila kita dah tahu tips menarik ni? Tiada apa yang
perlu digusarkan. Walaupun anak anda masih kecil tetapi ini bukanlah alasan
untuk anda tidak pergi bercuti bersama keluarga tersayang. Kini bermacam kemudahan
percutian disediakan termasuk untuk anak kecil juga.
Atul pasti, mesti ramai yang tak sabar nak pergi bercutikan?
Terutamanya nak pergi bercuti staycation
dengan keluarga dan membawa anak kecil anda setelah berbulan-bulan terperap di
rumah. Atul pun rasa nak pergi bercuti lagi. Bercuti di hotel memang best bawa
anak-anak bermandi manda di kolam. Mungkin boleh cari hotel dengan private pool
seperti Lexis Hibiscus Port
Dickson supaya lebih selamat dalam era Covid-19 yang masih berleluasa
ni. Ish tak sabarnya rasa.
Jadi, apa tunggu lagi, rancang percutian anda sekarang
juga. Ikuti 10 tips bercuti bersama anak kecil diatas untuk melancarkan
percutian anda. Jangan risau jika anak anda masih kecil, tetapi yakinlah
percutian anda akan jadi lebih seronok bersama mereka.
Terbaik
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih share tips.
ReplyDeleteBab travel checklist tu, menarik ✅
Terima kasih atul for sharing :)
ReplyDeletenice tips untuk yang ada anak kecil =)). Salam perkenalan. Jom jemput ke blog saya - www.dorsettpink.com
ReplyDeletepoint no 8 tu best jugak ye..
ReplyDeleteBaguslah semua tips yang digunakan, walau tak ada anak kecik tapi saya gunapakai juga tips nih tq..
ReplyDeleteTerkenang-kenang pulak bercuti-cuti dengan anak kecik nih.. tapi walau anak-anak dah besar masih boleh juga ikut tipsnya.. yang penting biarlah dapat percutian tenang..
ReplyDeleteThank you for the tips. Beberapa minggu lepas, bercuti tanpa di rancang. seronok tapi banyak barang tinggal. haha
ReplyDeletebila baca ni kan.. eh betul la semua tu kita buat bila ada anak-anak.. bukan anak kecik je.. yang besar pun sama ragamnya haha..
ReplyDeleteBiasanya sy kalau bawa adik2 jalan awal2 lgi dah bgtau nak ke mana, semasa jalan2 tu dorg kena behave,, kena dengar cakap haha.. Alhamdulillah adik2 sy semuanya dgar cakap.. seronok sbenarnya bawa kanak2 nie jalan
ReplyDeletethanks for the tips..memang kena rancang betul-betul plus kena buat checklist nanti takde la kalut sangat
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tips.
ReplyDeleteKalau kak pip bawa anak bercuti, paling penting ialah bilih tidur kena selesa n luas.
Dan juga kena lah rancang nak pergi mana , so anak anak senang nak ikut plan Kita.