Resipi sambal tempoyak ikan bilis

Atul Hamid
5

Resipi sambal tempoyak ikan bilis | Semalam encik suami request nak makan sambal tempoyak. Kebetulan haritu balik kampung dapat sebalang tinggi tempoyak.


Disebabkan di rumah tiada cili merah dan cili padi merah, yang ada cuma cili hijau je, maka terhasillah sambal tempoyak hijau 😂 Lagipun buat sambal tempoyak bilis ni mudah je. Atul guna bahan-bahan yang ada di dapur je.

Resipi sambal tempoyak ikan bilis


Alamak, lupa nak ambil gambar tanpa sudu atau dari sudut lain. Sedar-sedar dah habis sambal tempoyak nya. haha. Bolehla kan gambar camni dari takde?


Sebenarnya resipi sambal tempoyak ikan bilis ni simple je Atul buat. Yang penting mesti ada;


Bahan-bahan sambal tempoyak ikan bilis:


✅ ** Cili Padi (terpulang nak letak berapa banyak, nak pedas letak banyak, taknak pedas letak sedikit, boleh guna cili merah, cili hijau, cabai burung, cabai melaka, cili kering pun boleh) 

Resipi sambal tempoyak ikan bilis
Cili / Cabai - Sumber gambar: Google


✅ ** Bawang merah kecil 2 biji. (Kalau banyak, letak lah lebih, tapi jangan banyak sangat, nanti manis sambal tempyak awak tu)


✅ ** Ikan bilis (Yang ni pun pilihan, nak letak boleh, tak letak pun boleh) Macam Atul untuk sambal tempoyak kali ini Atul letak sedikit je sebab stock ikan bilis di rumah ada sedikit je. Tak sempat nak memborong lagi. hehe


✅ Garam dan gula (sikit je, hujung sudu je atau secubit atau sesedap rasa)


✅ Tempoyak (Ikutlah nak banyak mana, selalu ikut jumlah sambal yang ditumbuk). Opss kalau tak tahu nak buat tempoyak macam mana. Ini Atul kongsi cara buat tempoyak.


Resipi sambal tempoyak ikan bilis
Tempoyak


Cara buat sambal tempoyak ikan bilis;

✅ Tumbuk semua bahan bertanda ** sampai dah puas hati dengan hasil tumbukan cabai bawang bilis tu 😂 (Terpulang nak kasar ke nak halus ke, ikut selera awak)


✅ Kemudian letak secubit garam dan gula. Gaul hingga sebati. (Ni pun agak-agak je tau. Biar sesedap rasa)


✅ Akhir sekali, letak cili ditumbuk ke atas piring bersebelahan dengan tempoyak. (Macam gambar mula-mula)


Kalau nak makan, baru gaulkan antara cili tumbuk dan tempoyak.


Siap! 😄

Sebenarnya ini resipi sambal tempoyak ikan bilis paling mudah tau. Tak perlu di masak, hanya makan begitu sahaja

Tapi kalau dapat cicah dengan kacang botol, kacang panjang, petai dan jering. Lepas tu makan pula dengan nasi hangat-hangat, memang tak toleh belakang dah. Silap-silap nasi pun bertambah tau. hehe


Okaylah, selamat menjamu selera.


Baca juga: Pasar Payang Terengganu


Info Pelbagai Resepi join Channel https://t.me/ResepiKampungku
Info Parenting : Join group telegram ini : https://t.me/ibuhamilmalaysia

Post a Comment

5Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. nasib dah makan .. kalau tak meleleh ayaq lioq tengok resepi ni..ekekke

    ReplyDelete
  2. Kak pip x pandai makan tempoyak.
    Tapi adik saya seorang tu pandai makan. Tengok dia makan dulu, mmg berselera sangat.
    Dia bgtau sedap makan sambal tempoyak. Kak pip tumpang tengok sajalah.

    ReplyDelete
  3. sedapnya. makan ngan nasi panas perghhh

    ReplyDelete
  4. sedapnya atul oi!! meleleh sungguh ayaq liur lagu ni! ish.. x leh jadi

    ReplyDelete
  5. Alahai terliur dengan resepi nih! makan macam nih memang sedap paduuu ooo ada pula nasi panas dengan ulaman dan ikan goreng

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !