Set Kurus Shaklee Premium yang paling berkesan

Atul Hamid
8

Set kurus Shaklee premium yang paling berkesan | Kini pelbagai jenis diet boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan antaranya seperti detoks, diet keto, diet atkin, intermittent fasting, dan suku-suku separuh. Namun usaha untuk menurunkan berat badan terutamanya di negara kita yang kaya dengan pelbagai jenis menu makanan yang lazat dan menyelerakan

Set kurus Shaklee premium yang paling berkesan


Memang tidak dinafikan Malaysia adalah syurga makanan tetapi cabaran ini masih boleh diatasi sekiranya usaha turunkan berat badan ini disokong dengan pengambilan makanan tambahan yang berkesan untuk pengurusan berat badan seperti set kurus Shaklee Premium. Kenapa?

Proses penurunan berat badan yang disokong dengan pengambilan set kurus Shaklee dapat memenuhi kekurangan nutrisi dan vitamin yang lompong dalam tubuh. Jika nutrisi badan yang diperlukan dapat dipenuhi sepanjang proses turunkan berat badan, sudah pasti pelbagai jenis cabaran yang mendatang mampu dihadapi dengan mudah dan akhirnya berjaya mencapai berat badan ideal dengan lancar, cepat dan berkesan.

 

Kenapa Set Kurus Shaklee Premium?

 

Atul mencadangkan pengambilan set kurus Shaklee Premium sebagai makanan tambahan untuk menyokong proses penurunan berat badan kerana set kurus Shaklee Premium menggalakkan pengurusan berat badan yang berkesan dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan bukan hanya kesan yang sementara tetapi pilihan terbaik untuk mengekalkan berat ideal sampai bila-bila. Atul sendiri pengguna set kurus Shaklee Premium yang mampu mengekalkan berat badan ideal hingga hari ini.

 

Set kurus Shaklee Premium diyakini selamat untuk diamalkan kerana:

  • Tidak mengandungi pemanis tiruan
  • Tidak disertai dengan pewarna tiruan
  • Tanpa bahan pengawet tiruan
  • Sumber asli yang tidak diubahsuai genetiknya (Bukan-GMO)
  • Rendah indeks Glisemik
  • Bebas gluten

 

Sekiranya mengambil set kurus Shaklee dan mengamalkannya dengan konsisten. Set kurus Shaklee Premium yang Atul cadangkan ini akan membantu:

  • Menguruskan dan mengekalkan berat badan dengan cara yang lebih sihat
  • Membentuk tubuh badan yang menawan, dan langsing
  • Menambahbaik sistem pencernaan
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan tubuh badan
  • Mengembalikan keyakinan dengan lebih fokus
  • Lebih focus dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran

 

Apakah set kurus Shaklee Premium? Dan bagaimana set kurus Shaklee Premium ini berfungsi?


Set kurus Shaklee Premium mengandungi lima jenis supplemen pilihan yang terbaik untuk membantu proses pengurusan berat badan. Berikut merupakan jenis dan fungsi bagaimana ia membantu menurunkan berat badan.

 

Cinch Shake Shaklee (Chocolate)

 

Set Kurus Shaklee Premium

Cinch Chocolate Shake Shaklee adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan (meal replacement) sepanjang proses menurunkan berat badan. Pengambilan cinch akan memberikan lebih kepuasan dan mengenyangkan!

Menariknya Cinch Shake Shaklee kerana mengandungi Leusina (Leucine). Leusina sangat bagus untuk membantu pengurusan berat badan secara efektif. Leusina berfungsi membakar lemak tanpa kesan yo-yo. Leusina juga membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak serta memastikan otot badan tidak jatuh dan menggeleber. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori dengan lebih berkesan sekaligus membantu mendapatkan badan yang sihat, langsing dan menawan. Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan leucine, jadi, ia mesti diperoleh dari sumber makanan yang lain.

Selain itu, Cinch Coklat bantu mengurangkan rasa lapar kerana mengandungi indeks glisemik yang rendah. Cinch Shake juga mengandungi 20 jenis vitamin mineral penting yang diperlukan oleh badan. Pengambilan Cinch Shake membantu mengurangkan selera makan bagi yang sukar untuk kawal selera makan


Omega Guard

 

Set kurus Shaklee premium

Omega Guard  membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega-3 tulen. Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat untuk memastikan kepekatan dan ketulenan omega terjaga. Untuk pengetahuan semua, minyak ikan Omega 3 terbukti dapat membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya mengamalkan intermittent fasting, detox atau sebarang diet, pengambilan Omega Guard sangat bagus diambil kerana membantu mengurangkan sakit kepala akibat kesan detoks kerana ia bersifat anti radang.


Asid lemak omega-3 membantu

  • Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak
  • Membantu pembakaran lemak termendap, lemak yang telah lama dan degil dalam tubuh seperti yang berada di bawah kulit, dalam salur darah, lemak yang menyelaputi organ.
  • Membantu meningkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Hormon Leptin juga meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepat. Makin rendah tahap Leptin, makin cepat kita rasa lapar.
  • Lagi berkesan apabila pengambilan minyak ikan omega 3 disertakan lebih banyak senaman kerana ia akan menyebabkan pembakaran lemak lebih pantas dan berkesan. Omega 3 yang di ambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Sekaligus menyebabkan kadar metabolisma meningkat, kesannya lebih banyak kalori terbakar. Hasilnya berat badan pun berkurangan.

Lecithin

Set kurus Shaklee premium


Lecithin merupakan pengemulsi lemak daripada sumber semulajadi kacang soya yang luar biasa (ayat mudahnya berfungsi untuk memecahkan lemak) kepada saiz yang lebih kecil supaya ia mudah disingkirkan.


Fungsi Lecithin

  • Memainkan peranan penting dalam proses memecahkan lemak degil dalam tubuh dengan lebih efisen.
  • Membantu memecahkan lemak dan mengurangkan mengurangkan saiz zarah lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah sehingga membuatkan lemak terapung dan tidak melekat pada salur darah.
  • Membantu mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati dan menyingkirkan toksin daripada hati.
  • Lecithin Shaklee mampu memecah lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.

 

Herblax

Set kurus Shaklee Premium


HerbLax mengandungi campuran tumbuhan semulajadi termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. HerbLax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan.


Fungsi Herblax dalam set kurus Shaklee

  • Membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat dengan merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh serta mempercepatkan proses pembersihan secara lembut secara menyeluruh
  • Membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lender yang melekat di dinding usus dan sangat diperlukan untuk proses detox
  • Membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar.
  • Membantu mengempiskan perut

 

Vivix

Set kurus Shaklee Premium

Istimewanya set kurus Shaklee premium ini kerana mengandungi Vivix. Kenapa Vivix Shaklee? Ini kerana Vivix Shaklee bersifat anti radang, anti diabetic, antioksidan dan anti angiogenesis kerana kandungan polifenol yang terdapat dalam Vivix.

Salah satu ramuan Vivix adalah anggur muscadine. Anggur muscadine mengandungi polifenol seperti Asid elagik dan ellagitannin. Sebenarnya asid elagik merupakan salah satu jenis polifenol terbaik untuk individu yang obes. Kajian menunjukkan pengambilan asid elagik bukan sahaja boleh mengurangkan keradangan dan melawan kanser, tetapi juga mengurangkan obesiti dan memperbaiki komplikasi yang berkaitan dengan obesiti, termasuk aterosklerosis, penyakit hati berlemak bukan alkohol, rintangan insulin dan diabetes jenis 2.

Pengambilan satu sudu teh Vivix sehari dapat mengurangkan rasa craving pada makanan manis. Selain itu, ia juga membantu mengelakkan protein AGE terbentuk. Jadi, sebab itulah Vivix termasuk sekali dalam set kurus Shaklee Premium kerana Vivix bagus diamalkan untuk mendapatkan berat yang ideal dan tubuh yang langsing.


Kesimpulan

Bagaimana? Teruja tak dengan set kurus Shaklee premium ni. Kalau teruja, jomlah kurus dengan set kurus Premium Shaklee ini. Selain dapat berat yang ideal, kesihatan tubuh badan juga akan bertambah baik dan berkualiti, kesihatan kulit pun terjamin dan semakin cantik jadinya. Sebelum kehabisan stock disebabkan fungsi dan keberkesanannya yang bagus, jom dapatkan set kurus premium Shaklee ini sekarang. Klik gambar dibawah untuk dapatkan set kurus Shaklee premium segera.

Set kurus shaklee premium


Baca juga mudahnya kurus dengan set kurus Shaklee pasti akan teruja ingin memilikinya



#atulhamid
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee

Post a Comment

8Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Saya setuju. Penting dan perlunya kita ambil makanan tambahan untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh ketika proses mengurangkan berat badan ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  2. Nak kurus, tapi x mampu nak beli full set .. apapun, yg nak kurus , sila pastikan ambil pemakanan yg sihat Dan bersenam. Ada duit lebih, boleh beli set kurus Shaklee, lagi sihat badan.

    ReplyDelete
  3. I'm sure this set will be helpful to those wishing to lose weight healthily. Thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Vivix tu kan,amazingly memang buat rasa kenyang ..dia more kepada tak rasa lapar..hehhe ..cinch latte pilihan yong!

    ReplyDelete
  5. Set kurus premium ni memang best. Lengkap semua utk badan kita

    ReplyDelete
  6. okay noted... nanti nak cuba set kurus refer sini terima kasih sharing

    ReplyDelete
  7. saya dah amalkan set kurus premium ni. alhamdulillah serasi dengan saya dan ternyata berkesan untuk maintainkan berat badan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !