Raikan hari raya dengan Shaklee rahsia kekal kurus walaupun makan pelbagai juadah

Atul Hamid
0

Raikan hari raya dengan Shaklee rahsia kekal kurus walaupun makan pelbagai juadah | Hari raya memang tidak dinafikan, kita akan dijamu dengan pelbagai juadah yang menarik, enak, lazat dan rugi rasanya jika tidak dimakan. Namun, perasaan rasa bersalah nak makan semua juadah tetap hadir kerana takut berat naik, setelah turun ketika berpuasa. Namun dengan Shaklee kita tidak perlu risau berat naik sebab rahsia kita boleh kekal kurus walaupun makan pelbagai juadah adalah menyambut hari raya dengan Shaklee. Macam mana tu?


5 Rahsia kekal kurus jika raikan hari raya dengan Shaklee


1. Sentiasa bawa dan ambil suplemen kurus Shaklee


Dari sebelum puasa, sepanjang berpuasa, berhari raya dan selepas raya jangan tinggalkan suplemen kurus Shaklee. Sentiasa makan vitamin-vitamin dalam set kurus Shaklee mengikut aturan dan cadangan yang ditetapkan untuk kekal kurus walaupun makan pelbagai juadah di hari raya.


2. Air kosong wajib minum


Walaupun di hari raya kita dihidang dengan air yang bermacam warna, ada oren, sirap, cocktail dan bermacam lagi, namun air kosong jangan di lupakan. Inilah rahsia utama untuk kekal kurus walaupun makan macam-macam di hari raya. 


Kalau korang nak minum air manis, boleh. Tapi minum segelas sahaja atau buat rasa-rasa je. Selebihnya minumlah air kosong. Bawalah air kosong walau pergi beraya kemana sekalipun. Berhari raya bukan bonus untuk kita minum air manis sesuka hati kalau berazam untuk kekal kurus dan turunkan berat.


3. Makan juadah tanpa rasa bersalah


Seronoknya melihat pelbagai juadah terhidang di pagi raya dan bila pergi beraya rumah saudara mara. Rasa nak makan je semua yang terhidang di meja. Tapi bila nak makan semua tu, muncul rasa bersalah pada badan, kalau tak makan nanti kempunan pulak. Macam mana nak buat? 


Betul tak korang ada rasa macam tu? Kalau ada, meh Atul bantu korang macam mana nak atasi perasaan serba salah tu dan makan dengan tenang juadah yang terhidang di hari raya.


Tips makan tanpa rasa bersalah.


✓ Pertama sekali, korang tengok dulu segala menu yang terhidang. Diantara semua menu yang ada, pilih betul-betul menu mana yang korang nak makan sangat-sangat.


✓ Kedua, bila dah jumpa menu yang nak makan sangat-sangat tu, ambil sekali je. Jangan tambah untuk kali kedua. Walaupun ambil sekali, ambil dengan portion yang kecil. Kenapa kecil? Kalau ambil portion besar, korang akan kenyang cepat, bila kenyang, korang tak boleh makan juadah lain, jadi, ambil portion yang kecil sahaja.


✓ Ketiga, boleh nak makan semua hidangan, tapi ambil makanan yang belum di makan je. Sebabnya setiap rumah mesti ada menu atau jenis kuih raya yang sama. Jadi, yang mana sama tu, kalau di rumah sebelum ni dah makan, rumah seterusnya makanlah menu yang belum di makan. Kalau takde pilihan baru makan menu yang sama. Itupun makan dengan portion yang kecil. Untuk kuih raya, ambil sebiji dua sudah memadai, dan bukannya berulang sampai habis sebalang hehe


4. Minum protein Shake sebelum pergi beraya


Kalau betul korang nak kekalkan berat badan yang ideal, nak kekal kurus & elakkan berat naik di musim perayaan ni, korang jangan tinggalkan pengambilan protein Shake. Terutamanya setiap pagi, korang kena wajibkan diri minum protein Shake di waktu sarapan. Jika boleh, sebelum pergi beraya, minum protein Shake juga supaya bila beraya nanti tidaklah berasa lapar sangat dan barulah korang boleh kawal rasa nak makan semua juadah yang terhidang.


5. Elakkan makan berat di malam hari


Atul pasti, bila dah berkumpul ramai-ramai ni, waktu makan pasti akan tersasar. Selalunya makan malam selewat-lewatnya jam 8 malam, tapi bila dah berkumpul ramai-ramai, jam 10 malam tak berhenti makan lagi. Betul tak? Kalau keadaan macam ni, korang kena pandai atur strategi untuk elakkan makan berat di malam hari. Caranya, jika terpaksa makan selepas jam 8 malam, awak perlu pilih makanan yang sesuai sepeti buah, sayuran, salad. Wajib elakkan karbo, bergula dan yang berat-berat seperti bergoreng, berminyak, pedas dan makanan segera. 


Andaikata tidak boleh elak, pastikan korang minum air kosong sebelum makan. Minum segelas dua air kosong terlebih dahulu, kemudian ambil makanan dengan portion lebih kecil, perbanyakan sayuran dan buah-buahan. Seterusnya berhenti makan sebelum kenyang. Paling penting, pastikan tidur selepas 3 jam dari waktu makan supaya perut tidak perlu bekerja ketika waktu tidur. Herblax sebelum tidur jangan lupa, supaya perut lebih selesa keesokan harinya


Bestkan raikan hari raya dengan Shaklee, walaupun nak kurus dan nak kekalkan berat badan yang ideal, dengan Shaklee tetap boleh makan pelbagai juadah di hari raya. Cuma pastikan ikut 5 tips rahsia kekal kurus yang Atul kongsikan, barulah boleh makan tanpa rasa bersalah di hari raya. Ingat tau, Jika diri sendiri betul-betul nak kurus, nak kekalkan berat badan yang ideal, korang sendiri kena pandai kawal rasa nak makan walaupun di hidang dengan pelbagai juadah di hari raya. Pilihan terbaik di tangan kita sendiri. Moga bermanfaat


#atulhamid#

NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !