Waktu Azan Maghrib, cara lafaz, jawab dan doa selepas azan

Atul Hamid
0

Apabila langit telah sudah kelihatan kekuningan dan jingga, ini menunjukkan bahawa hari sudah senja. Secara automatik kita sebagai umat Islam tahu pada bila-bila masa sahaja bilal akan melaungkan azan Maghrib. Keadaan ini menunjukkan hari sudah malam dan perlu bersiap sedia untuk menunaikan solat Fardhu Maghrib.



Apakah maksud Azan

Azan dan Iqamah merupakan salah satu daripada syiar Islam. Azan bermaksud suatu panggilan atau seruan yang diumumkan oleh muazzin dari masjid atau surau bertujuan untuk menyeru dan memberi tahu kepada seluruh umat Islam bahawa telah masuk waktu solat serta bersiap sedia untuk menunaikan solat. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin al-Huwairith R.A sabda Nabi SAW:

 

فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ

 

Maksudnya: Apabila telah masuk waktu solat, maka hendaklah salah seorang dari kalian melaungkan azan


Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Hanya muazzin atau bilal (orang yang meneriakkan azan) lelaki yang boleh melakukan laungan azan. Perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan.


Bilakah waktu sesuai untuk Azan Maghrib

Waktu yang sesuai untuk azan Maghrib adalah ketika matahari terbenam dan cahayanya telah hilang sepenuhnya dari langit. Ini biasanya berlaku beberapa minit selepas matahari terbenam. Azan Maghrib akan dipanggil oleh muazzin dari masjid atau surau setempat untuk memberitahu masyarakat Muslim tentang waktu berbuka puasa dan telah masuknya waktu solat Maghrib


Lafaz azan Maghrib



Maksud azan

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.


Hukum menjawab seruan azan

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.


Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ


Maksudnya: “Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. [Riwayat al-Bukhari (576)]


Cara menjawab azan dengan betul

Menjawab seruan azan adalah satu amalan sunnah yang dianjurkan dalam Islam. Apabila mendengar seruan azan, umat Islam digalakkan untuk menjawab seruan azan yang dilaungkan oleh bilal. Umat Islam hendaklah menjawab dengan melafazkan secara perlahan-lahan dengan mengulangi kalimah-kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal kecuali pada kalimah berikut :



Doa Selepas Azan

Bacaan doa selepas azan adalah sunnah. Namun begitu, umat Islam yang mendengar laungan azan sampai habis digalakkan untuk membaca doa selepas azan. Berikut adalah teks bacaan doa selepas Azan:


Doa selepas azan dalam rumi:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.


Hikmah menghormati azan

Menghormati azan merupakan tindakan yang membawa beberapa hikmah yang penting dalam agama Islam. Berikut adalah lima hikmah menghormati azan:

1. Menunjukkan Ketaatan kepada Allah:

Menghormati azan adalah cara untuk menunjukkan ketaatan dan penghormatan kepada perintah Allah. Ia mengingatkan kita tentang kebesaran dan keagungan Allah serta peranan kita sebagai hamba yang patuh kepada-Nya.

2. Mengingatkan Waktu Ibadah:

Azan memanggil umat Muslim untuk melakukan ibadah seperti solat. Dengan menghormati azan, kita diingatkan tentang pentingnya menjalankan ibadah pada waktu yang ditetapkan dan tidak terlewatkan.

3. Pengingat Kematian:

Seruan "Hayya 'ala-l Falaah" dalam azan mengingatkan kita tentang tujuan sebenar hidup ini, iaitu untuk mencapai kebahagiaan abadi di akhirat. Ia mengingatkan kita untuk melakukan amal soleh sebelum kematian menjemput.

4. Kesatuan Umat:

Azan dipanggil secara serentak di seluruh dunia, mengingatkan umat Muslim tentang persaudaraan mereka dalam agama Islam. Menghormati azan mengukuhkan rasa kesatuan di kalangan umat Islam.

5. Mempengingati kepada Rasulullah:

Azan adalah sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Menghormati azan adalah cara untuk mengenang ajaran dan perbuatan Rasulullah, serta mengikuti jejak langkah baginda dalam beribadah.


Dengan menghormati azan, kita dapat merasai manfaat ini dan membina hubungan yang lebih mendalam dengan Allah serta komuniti Muslim secara keseluruhannya.


Seusai sahaja azan, boleh la melakukan solat sunat dua rakaat sebelum melaksanakan solat Maghrib tiga rakaat. Solat sunat sebelum Maghrib adalah sunat Muakkad, yang mana ianya tidak wajib untuk dilakukan dan 
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA beliau berkata:

Kami mengerjakan solat dua rakaat selepas terbenam matahari sebelum menunaikan Solat Maghrib pada zaman nabi SAW. Lantas, aku (Mukhtar bin Fulful) bertanya kepadanya: Apakah Rasulullah SAW pernah melakukan solat dua rakaat itu? Maka anak menjawab: Baginda melihat kami melakukan solat dua rakaat itu tetapi Baginda tidak menyuruh kami dan tidak melarang kami.

— Hadis riwayat Muslim

 

Portal e-solat untuk semak waktu solat

Untuk makluman semua, di Malaysia ada satu laman web yang dibina untuk bantu kita menyemak waktu solat. Tak kira dimana kita berada, asalkan ada talian internet, kita boleh akses laman web ini tanpa limit. Memang sangat membantu semua umat Islam untuk menunaikan waktu solat di waktu yang tepat walaupun sedang bermusafir ke kawasan yang jarang dipergi. Namun begitu portal e-solat ini hanya boleh digunakan untuk kawasan dalam negara Malaysia sahaja.


Selain untuk mengetahui tentang waktu solat Maghrib, Isyak, Subuh, Zohor dan Asar, Portal e-solat juga ada menyediakan kalendar Hijriah, koleksi artikel berkaitan ilmu solat, tarikh-tarikh penting dalam Islam dan pautan-pautan lain yang berkaitan, yang mana ia boleh menjadi panduan buat seluruh umat Islam yang melihatnya.

Akhir kata, usahalah kita untuk solat diawal waktu. Di dalam sebuah hadis: Baginda Rasulullah pernah ditanya: Apakah amalan-amalan yang lebih utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada awal waktunya. - [HR Abu Daud 362].




Berdasarkan hadis di atas, solat pada awal waktu merupakan satu amalan yang sangat dicintai Allah dan Rasulnya. Ini bertujuan agar seseorang itu memperolehi kelebihan yang banyak ketika solat di awal waktu disamping mengelakkan daripada berlakunya kelalaian sehingga luput waktu solat.


Rujukan:

Muftiwp.gov.my - AL-KAFI #1755
Muftiwp.gov.my - Irsyad Al-hadith siri ke-116

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !