Mengapa pilih vitamin Shaklee

Atul Hamid
0

Vitamin adalah nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk menjalankan pelbagai fungsi penting. Dalam dunia yang serba sibuk dan penuh tekanan ini, manusia terdedah dengan bermacam-macam risiko seperti pencemaran udara, kewujudan makanan segera dan makanan hipster yang perlbagai, pengawet makanan, sinaran cahaya (Matahari, skrin telefon pintar, kaca televisyen), gaya hidup dan banyak lagi yang boleh memberi impak negatif kepada manusia.


Oleh itu, menjaga kesihatan adalah salah satu perkara terpenting yang perlu kita lakukan untuk melindungi diri dari ancaman yang tidak disangka-sangka. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis vitamin dan suplemen yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat, tetapi mengapa Atul pilih vitamin Shaklee?


Mengapa pilih vitamin Shaklee


Dalam artikel ini,
Atul akan kongsikan kenapa vitamin Shaklee menjadi pilihan Atul. Apakah keistimewaannya sampai Atul bertahan dan setia hingga tahun ke 10 pada tahun ini dengan  hanya mengamalkan vitamin Shaklee sahaja.  Jom kita terokai.

 

Mengapa pilih vitamin Shaklee sebagai suplemen harian?

 

① Kenalan lama

 

Sebenar Atul tahu tentang kewujudan Shaklee dah lama, masa Atul kecil lagi. Seingat Atul pada masa itu mak ambil set resdung untuk Atul, iaitu Garlic dan vitamin C. Tapi pada ketika Atul hanya ikut je apa yang mak berikan hehe. Tapi bila dah habis sebotol tu, Atul tak sambung dah. Sebab tak tahu nak ambil dengan siapa dan kat mana. Maklumlah, pada zaman tu bukan macam zaman sekarang, semua dihujung jari.

 

Yang boleh terjebak kembali dengan Shaklee sehingga jatuh cinta sampai sekarang adalah pada tahun 2013. Yang mana, pada ketika itu, Atul tercari-cari suplemen di Google untuk stabilkan hormon. Hasil daripada pencarian Atul memihak kepada vitamin Shaklee. Pada ketika itu, kawan-kawan juga aktif berkongsi info mengenai bisnes Shaklee. Yang paling penting, setelah Atul buat bacaan tentang produk Shaklee  dan akhirnya Atul memilih untuk membeli. Kesan daripada pengambilan produk Shaklee memang terbaik dan sangat efektif, dan sebab itulah Atul hanya mengamalkan produk Shaklee hingga ke hari ini.


 

② Keselamatan terjamin, kajian penyelidikan dan kajian penanda aras

 

Kalau nak ambil suplemen atau vitamin, Atul suka baca dengan lebih teliti dulu samada dari segi kandungan, proses, keselamatan, pengambilan dan apa-apa yang berkaitan. Ini kerana, badan nak pakai lama, jadi memang perlu pilih yang betul-betul terbaik demi kesihatan tubuh badan. Setelah membaca secara teliti, vitamin Shaklee adalah pilihan terbaik bagi Atul. Kenapa? Ini kerana;


Vitamin Shaklee disokong oleh kajian saintifik yang mendalam. Setiap produk mereka melalui ujian klinikal dan penyelidikan saintifik sebelum ia dibawa ke pasaran.Setiap vitaminnya melalui proses penyelidikan yang  mengambil masa bertahun-tahun sebelum dikeluarkan. Selain itu, sebelum vitamin Shaklee dihasilkan ia juga perlu melalui proses kawalan penilaian industeri yang amat ketat. Malah piawaian ini melebihi piawaian yang ditetapkan oleh United State Pharmacopeia (USP). Ini memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa produk Shaklee adalah selamat untuk diamalkan.


Mengapa pilih vitamin Shaklee

Selain kajian saintifik, Shaklee juga menjalani kajian penanda aras (Landmark Study) yang mana kajian ini telah dilakukan oleh penyelidik pemakanan terkenal iaitu Dr. Gladys Block bersama University of California, Barkeley. Ianya merupkan sebuah kajian terhadap Individu yang telah lama mengamalkan vitamin dari pelbagai jenama, hanya mengamalkan produk Shaklee serta yang tidak mengamalkan vitamin. Hasil kajian ini mendapati individu yang mengamalkan produk Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif berbanding pengguna yang tidak mengambil suplemen atau mengamalkan suplemen dari jenama lain.


 

③ Produk semulajadi dan bebas bahan tiruan dan kimia berbahaya

 

Zaman sekarang nak cari suplemen dari bahan semulajadi dan bebas daripada bahan tiruan dan kimia berbahaya adalah sukar. Ada tetapi mempunyai harga yang tinggi. Tetapi tidak bagi vitamin Shaklee. Bagi Atul harga bagi setiap vitamin Shaklee memang sesuai dengan keberkesanan produknya malah sangat jimat.

 

Mengapa pilih vitamin Shaklee

Sedangkan setiap vitamin yang dihasilkan oleh Shaklee adalah dari bahan semulajadi asli dan perlu melalui proses saringan dengan teliti untuk mendapatkan bahan yang betul-betul sesuai untuk menghasilkan vitamin. Paling bagus apabila Shaklee sangat komited memberi jaminan bahawa produk keluar mereka bebas dari bahan tiruran dan bahan kimia berbahaya. Selain itu, bebas daripada gluten juga. Pihak Shaklee memberi jaminan bahawa produk mereka selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang dan mesra alam. Menarikkan? Sebab itulah Atul pilih vitamin Shaklee dan boleh amalkan vitamin dengan penuh keyakinan.


 

④ Ada sijil halal dan daftar KKM

 

Semua orang tahu, bahawa vitamin Shaklee bukan dari Malaysia tetapi dari Amerika Syarikat. Namun begitu, setiap vitamin Shaklee yang masuk ke Malaysia dijamin Halal dan berdaftar dengan KKM serta perlu megikut piawaian yang telah ditetapkan. Dengan adanya sijil halal dan pendaftaran KKM, lagi bertambah yakinlah untuk Atul mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ini.


 

⑤ Keberkesanan produk

 

Atul telah mengamalkan produk Shaklee dari tahun 2013 lagi. Alhamdulillah hingga ke hari ini Atul masih setia mengamalkan produk Shaklee. Ini kerana Atul sendiri telah merasai keberkesanan produk Shaklee selepas mengamalkannya. Keberkesanan produk Shaklee ini membuatkan Atul jatuh cinta dan terus mengamalkan produk Shaklee tanpa ragu.

 

Selain diri Atul, suami dan anak-anak Atul juga turut mengamalkan produk Shaklee. Ini adalah bukti yang cukup menunjukkan bahawa produk Shaklee sangat bagus untuk diamalkan dan berfungsi dengan baik.


Baca juga: Persatuan Suri Rumah Malaysia


 

Kesimpulan

 

Mengapa Atul pilih vitamin Shaklee? Jawapannya adalah Shaklee menawarkan kualiti terbaik, bahan semula jadi, sokongan saintifik, harga yang berpatutan, dan komitmen kepada kelestarian alam sekitar. Yang paling menarik setelah mengamalkan produk Shaklee, Shaklee efek yang dirasi oleh Atul sendiri telah membuatkan Atul semakin setia mengamalkan produk Shaklee. Diharapkan dengan perkongsian diatas, dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak untuk memilih makanan tambahan terbaik untuk kesihatan diri dan keluarga anda. Jangan kompromi kesihatan anda, jom pilih Shaklee hari ini juga.


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !