Showing posts with label Adsense. Show all posts
Showing posts with label Adsense. Show all posts

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah


11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah
| Mudah ke nak mohon iklan dari Google Adsense ni? Tanya seseorang pada Atul. Sebenarnya nak kata mudah tu tidak, nak kata susah pun tidak. Hehe Tapi bergantung pada kalayakan blog itu sendiri dan juga keputusan daripada pihak Google Adsense.

Ada yang mohon sekali dah lulus, ada yang berkali-kali masih tidak lulus untuk ada iklan di blog. Macam Atul sendiri, beberapa kali permohonan baru pihak Google Adsense luluskan. Ini antara contoh sebab-sebab kenapa permohonan Google Adsense anda di tolak

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah

11 Tips Lulus Permohonan Google Adsense dengan mudah


Dari pengalaman Atul sendiri, ada beberapa perkara yang perlu para blogger kenalpasti sebelum memohon Google Adsense di blog supaya permohonan mudah diluluskan. Disini Atul kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda lulus pemohonan iklan Google Adsense.


Tips lulus permohonan Google Adsense dengan mudah


1. Mempunyai akaun blog yang aktif

Untuk makluman semua, pihak Google Adsense sangat menyukai blog yang aktif. Blog yang aktif sangat meyakinkan pihak Google Adsense untuk meluluskan permohonan iklan di blog anda


2. Rajin update entri secara berkala

Anda perlulah rajin update entri selalu, sekurang-kurangnya 2x seminggu. Blog yang paling bagus adalah yang update entri setiap hari. Entri yang di update secara berkala menunjukkan blog anda aktif. Tetapi harus di ingat, entry yang diupdate selalu hendaklah yang berkualiti dan menarik minat pembaca.


3. Mempunyai entri yang berkualiti

Setiap blogger yang ingin memohon iklan di Google Adsense, pastikan blog anda mempunyai entri yang berkualiti, berinfomasi dan memberi kesan kepada para pembaca. Yang paling penting, setiap entri anda hendaklah mempunyai lebih 300 patah perkataan.

Ketika Atul buat permohonan Google Adsense untuk sebelum diluluskan, segala entri berkaitan giveaway, yang banyak gambar tetapi kurang patah perkataan, Atul unpublishedkan sementara waktu sehingga permohonan Google Adsense di luluskan, baru Atul publishkan kembali. Ada juga yang Atul padamkan terus, sebab entri tu tak penting. hehe

Memang agak leceh, tetapi itulah pengorbanan yang perlu kita lakukan. Kata nak jana income pasif. Kenalah usaha sikit. Hehe


4. Entri yang lengkap

Entrti yang lengkap bermaksud, entri yang anda hasilkan mempunyai ayat dan perenggan. Setiap entri pasti ada tajuk, dimulakan dengan pengenalan, isi dan diakhiri dengan penutup, serta mempunyai gambar atau video sekurang-kurangnya satu. Sekiranya anda hanya mempunyai entri yang ada gambar tanpa ayat atau ayat yang ringkas seperti giveaway, lebih baik anda unpublishedkan buat sementara waktu


5. Blog yang lengkap

Ini bermaksud, blog anda sudah berada dalam keadaan betul-betul siap sedia dari segi layout, theme, dan paparan samada dari versi desktop ataupun versi mobile. Anda tidak digalakkan untuk membuat sebarang kemaskini blog ketika proses permohonan Google Adsense dilakukan.

Selain itu, pastikan blog anda mempunyai About Me, Contact, Disclaimer, Privacy Policy dan Sitemap. Ini untuk menyakinkan pihak google bahawa blog anda boleh di yakini dan dipercayai.


6. Menggunakan template blog yang responsive

Kenapa perlukan template blog responsive? Template biasa tak boleh ke? Bukan tak boleh, tapi sangat digalakkan untuk bertukar kepada template blog yang lebih responsive. Ini kerana rekaan template blog responsive adalah up to date. Salah satunya adalah paparan blog yang dihasilkan oleh template responsive ini adalah fleksibel mengikut saiz gajet yang berbeza seperti desktop, tablet atau mobile tanpa mengurangkan 1 gajet pun. Jadi, ia akan menarik perhatian pembaca untuk berada lebih lama menghadap blog tersebut.


7.  Tiada masalah untuk letak coding iklan

Ketika proses permohonan Google Adsense dilakukan, pihak Google Adsense akan meminta anda untuk meletakkan kod iklan ke dalam template html blog untuk tujuan pemantauan dan pengesanan blog. Tetapi jika anda ada masalah untuk letakkan kod iklan (Dah letak, tapi pihak Google Adsense tak jumpa blog anda), salah satu sebabnya adalah template blog yang tidak sesuai. Anda disarankan untuk tukar template blog yang lebih responsive. Walaupun kriteria untuk lulus permohonan Adsense yang lain anda telah lengkap, tetapi disebabkan template blog yang tidak sesuai,maka ia boleh menyebabkan permohonan Google Adsense anda ditolak.


8. Mempunyai navigasi blog yang jelas

Salah satu ciri-ciri blog yang bagus adalah mempunyai navigasi yang jelas. Jelas bermaksud pembaca mudah mendapatkan maklumat yang dicari dalam blog anda. Pastikan paparan navigasi desktop selari dengan dengan paparan mobile. Navigasi yang baik melibatkan pautan ke halaman utama (home), dan pautan penting yang lain seperti maklumat pemilik blog, sitemap, dan maklumat-maklumat lain yang ada dalam blog anda. Paling utama pastikan tiada broken link dalam blog anda. Seeloknya tambahkan gadget label atau tag untuk memudahkan pembaca.

💔 Klik sini untuk kesan broken link dalam blog anda


9. Tiada entri copy paste

Pastikan tiada entri yang anda copy paste bulat-bulat dari blog atau website orang lain. Sekiranya ada, sila unplublished atau edit kembali dengan menggunakan olahan ayat sendiri sepenuhnya. Perkara ini untuk mengelakkan blog anda dikesan sebagai plagiarism dan hilang kepercayaan dari pihak Google Adsense


10. Tiada iklan lain dalam blog

Atul pernah terbaca, seeloknya sebelum memohon Google Adsense, pastikan tiada iklan lain dalam blog anda. Jadi, pastikan ketika proses permohonan, blog anda bersih dari sebarang iklan yang mungkin boleh menggagalkan permohonan Google Adsense anda


11. Blog berusia 6 bulan dan mempunyai trafik yang bagus setiap hari

Sekiranya blog anda masih baru, tunggulah sehingga cukup usia. Hehe Seeloknya pastikan blog anda sudah berusia 6 bulan ke atas. Pastikan juga mempunya trafik yang bagus setiap hari dan semakin meningkat. Apabila trafik blog anda bagus, ini menunjukkan blog anda sentiasa ada pengunjung. Barulah berbaloi untuk letak iklan di blog anda.

Okay, itu je antara tips untuk lulus permohonan Google Adsense dengan mudah. Semoga tips yang Atul kongsikan di atas ni membantu anda membuat persediaan untuk memohon Google Adsense. Tetapi perlulah diingatkan, Atul tidak memberi jaminan 100% bahawa permohonan Google Adsense anda akan lulus dengan sekali permohonan sahaja kerana tips yang Atul kongsikan ini hanyalah berdasarkan pengalaman yang Atul lalui dan juga pembacaan yang Atul lakukan. Atul juga bukan pakar Google Adsense ya. Atul cuma kongsikan apa yang Atul baca sahaja.

Semoga permohonan Google Adsense anda mudah untuk lulus dan selamat menjana pendapatan pasif.

Baca: Cara mudah memohon Google Adsense

Atul Hamid (1077444)
Shaklee Business Leader
Continue Reading

Cara memohon Google Adsense di blog

Cara memohon Google Adsense di blog


Cara memohon Google Adsense di blog | Atul nak tanya, seronok tak kalau kita boleh dapat pasif income tiba-tiba je? Mestilah seronokkan? Ada ke yang tak seronok nak dapat duit? Hurm..pelik tu kalau ada yang tak seronok nak dapat duit.

Sebenarnya bulan ni pasif income Atul telah mencecah 100usd. Tunggu awal bulan hadapan, dapatlah tahu berapa total income yang boleh Atul dapat. Alhamdulillah, seronok sangat rasanya, walaupun tak banyak tapi ini lah pasif income pertama yang Atul dapat dan sejujurnya Atul sendiri pun tak sangka yang Atul boleh buat pasif income. Bak kata kawan Atul, income geli-geli. Haha comelkan

Kenapa nak tunggu bulan depan ya? Sebab income yang ni, hanya boleh di keluarkan setelah melepasi 100usd dan selepas habis 30hb atau 31hb setiap bulan. Ini kerana, setiap awal bulan, nilai income tu akan bermula dari kosong kembali, dan akan dikumpul sehingga mencecah 100usd dan lebih.

Macam mana nak dapat pasif income ni? Apa perlu dibuat?

Sebenarnya pasif income yang Atul maksudkan ini adalah hanya melalui penulisan blog. Ya dengan hanya berblog kita boleh jana income setiap bulan. Lagi aktif trafik blog kita, lagi banyak income yang boleh kita dapat setiap bulan. Kiranya, 100usd yang Atul share tadi tu hanyalah income minimum yang boleh kita dapat dengan berblog. Minimum tau! Ada yang boleh dapat lebih 500usd sebulan.

Melalui blog ada beberapa pilihan yang boleh kita lakukan untuk jana pasif income. Salah satunya melalui Google Adsense. Untuk makluman semua, Google Adsense membayar pendapatan kita dalam unit dollar (usd).

Jadi, alang-alang ada beberapa orang kawan Atul tanya bagaimana cara nak jana pasif income melalui blog, disini Atul terpanggil untuk share pada semua, bagaimana cara nak mohon Google Adsense untuk membolehkan kita jana pasif income di blog.

Sebelum memohon Google Adsense, pastikan anda memiliki ciri-ciri dibawah ini

Ciri-ciri memohon Google Adsense

  1. Mempunyai akaun blog yang aktif
  2. Rajin Update Entri Secara Berkala.
  3. Mempunyai entri yang berkualiti.
  4. Entri Yang Lengkap
  5. Blog Yang Lengkap.
  6. Menggunakan template blog yang responsive
  7. Tiada Masalah Untuk Letak Kod Iklan
  8. Mempunyai Navigasi Blog Jelas
  9. Tiada Entri Copy Paste
  10. Tiada Iklan Lain Dalam Blog
  11.  Blog Berusia 6 bulan dan mempunyai trafik yang baik setiap hari.

Mesti baca: Penerengan ciri-ciri lulus adsense dengan mudah

Tujuan ciri-ciri memohon Google Adsense dinyatakan di atas adalah untuk menyakinkan pihak Google bahawa blog anda boleh dipercayai dan layak untuk mendapatkan kelulusan permohonan adsense tersebut. Namun, apapun keputusan tetap bergantung kepada pihak Google Adsense juga.

Jadi, bagi yang nak cuba menjana pendapatan pasif dengan Google Adsense, disini Atul serta cara memohon Google Adsense di blog

Cara memohon Google Adsense di blog

1. Klik bahagian "Earning" di dashboard blog


Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

 2. Klik mulakan / get started untuk mendaftar

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

3. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran Google Adsense

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


 4. Copy code Adsense di template html blog

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Berikut Atul sertakan cara copy paste coding Adsense di template template html blog

Theme >>  customize >>  edit html >>  paste coding antara  <head> </head> >> save

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

selepas paste, jangan lupa klik Save.

Ini contoh lebih jelas untuk paste coding Adsense

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Akhir sekali, kembali ke dashboard Adsense dan tick "I've pasted the code into my site" dan klik done

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

5. Sekiranya pihak Google Adsense berjaya temui coding Adsense yang anda paste tadi, maka akan terpapar dialog box dibawah ini.

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Akhir sekali, akan terpapar dialog box yang menyatakan blog anda sedang dinilai oleh Google Adsense sama ada blog anda lulus atau tidak permohonan pendaftaran Adsense. 

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Pastikan anda sentiasa update dengan email untuk mengetahui jawapan daripada Google Adsense.

Okay, itulah cara untuk anda memohon Google Adsense di blog anda. Semoga tutorial memohon Google Adsens di blog ini membantu anda untuk memohon iklan adsense di blog sekali gus melayakkan anda menjana pendapatan pasif dengan hanya menulis di blog.

Bersambung dengan next entry selepas permohonan Adsense diterima.

Semoga bermanfaat ☺

Atul Hamid
Pengedar Shaklee Aktif

Continue Reading