Cara memohon Google Adsense di blog

Atul Hamid
13

Cara memohon Google Adsense di blog


Cara memohon Google Adsense di blog | Atul nak tanya, seronok tak kalau kita boleh dapat pasif income tiba-tiba je? Mestilah seronokkan? Ada ke yang tak seronok nak dapat duit? Hurm..pelik tu kalau ada yang tak seronok nak dapat duit.

Sebenarnya bulan ni pasif income Atul telah mencecah 100usd. Tunggu awal bulan hadapan, dapatlah tahu berapa total income yang boleh Atul dapat. Alhamdulillah, seronok sangat rasanya, walaupun tak banyak tapi ini lah pasif income pertama yang Atul dapat dan sejujurnya Atul sendiri pun tak sangka yang Atul boleh buat pasif income. Bak kata kawan Atul, income geli-geli. Haha comelkan

Kenapa nak tunggu bulan depan ya? Sebab income yang ni, hanya boleh di keluarkan setelah melepasi 100usd dan selepas habis 30hb atau 31hb setiap bulan. Ini kerana, setiap awal bulan, nilai income tu akan bermula dari kosong kembali, dan akan dikumpul sehingga mencecah 100usd dan lebih.

Macam mana nak dapat pasif income ni? Apa perlu dibuat?

Sebenarnya pasif income yang Atul maksudkan ini adalah hanya melalui penulisan blog. Ya dengan hanya berblog kita boleh jana income setiap bulan. Lagi aktif trafik blog kita, lagi banyak income yang boleh kita dapat setiap bulan. Kiranya, 100usd yang Atul share tadi tu hanyalah income minimum yang boleh kita dapat dengan berblog. Minimum tau! Ada yang boleh dapat lebih 500usd sebulan.

Melalui blog ada beberapa pilihan yang boleh kita lakukan untuk jana pasif income. Salah satunya melalui Google Adsense. Untuk makluman semua, Google Adsense membayar pendapatan kita dalam unit dollar (usd).

Jadi, alang-alang ada beberapa orang kawan Atul tanya bagaimana cara nak jana pasif income melalui blog, disini Atul terpanggil untuk share pada semua, bagaimana cara nak mohon Google Adsense untuk membolehkan kita jana pasif income di blog.

Sebelum memohon Google Adsense, pastikan anda memiliki ciri-ciri dibawah ini

Ciri-ciri memohon Google Adsense

  1. Mempunyai akaun blog yang aktif
  2. Rajin Update Entri Secara Berkala.
  3. Mempunyai entri yang berkualiti.
  4. Entri Yang Lengkap
  5. Blog Yang Lengkap.
  6. Menggunakan template blog yang responsive
  7. Tiada Masalah Untuk Letak Kod Iklan
  8. Mempunyai Navigasi Blog Jelas
  9. Tiada Entri Copy Paste
  10. Tiada Iklan Lain Dalam Blog
  11.  Blog Berusia 6 bulan dan mempunyai trafik yang baik setiap hari.

Mesti baca: Penerengan ciri-ciri lulus adsense dengan mudah

Tujuan ciri-ciri memohon Google Adsense dinyatakan di atas adalah untuk menyakinkan pihak Google bahawa blog anda boleh dipercayai dan layak untuk mendapatkan kelulusan permohonan adsense tersebut. Namun, apapun keputusan tetap bergantung kepada pihak Google Adsense juga.

Jadi, bagi yang nak cuba menjana pendapatan pasif dengan Google Adsense, disini Atul serta cara memohon Google Adsense di blog

Cara memohon Google Adsense di blog

1. Klik bahagian "Earning" di dashboard blog


Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

 2. Klik mulakan / get started untuk mendaftar

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

3. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran Google Adsense

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


 4. Copy code Adsense di template html blog

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Berikut Atul sertakan cara copy paste coding Adsense di template template html blog

Theme >>  customize >>  edit html >>  paste coding antara  <head> </head> >> save

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

selepas paste, jangan lupa klik Save.

Ini contoh lebih jelas untuk paste coding Adsense

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Akhir sekali, kembali ke dashboard Adsense dan tick "I've pasted the code into my site" dan klik done

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

5. Sekiranya pihak Google Adsense berjaya temui coding Adsense yang anda paste tadi, maka akan terpapar dialog box dibawah ini.

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Akhir sekali, akan terpapar dialog box yang menyatakan blog anda sedang dinilai oleh Google Adsense sama ada blog anda lulus atau tidak permohonan pendaftaran Adsense. 

Cara memohon Google Adsense di blog
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Pastikan anda sentiasa update dengan email untuk mengetahui jawapan daripada Google Adsense.

Okay, itulah cara untuk anda memohon Google Adsense di blog anda. Semoga tutorial memohon Google Adsens di blog ini membantu anda untuk memohon iklan adsense di blog sekali gus melayakkan anda menjana pendapatan pasif dengan hanya menulis di blog.

Bersambung dengan next entry selepas permohonan Adsense diterima.

Semoga bermanfaat ☺

Atul Hamid
Pengedar Shaklee Aktif

Post a Comment

13Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. income geli geli pun masyukkk.
    Hehehe.

    Tq beb. Lengkap semula tutorial 1 1 mu buat. Bolehlah blogger lain jadikan panduan untuk apply jugak adsense ni.

    ReplyDelete
  2. Mungkin satu hari tergerak untuk mohon.

    ReplyDelete
  3. Tq Atul. Boleh la try buat untuk blog akak :)

    ReplyDelete
  4. waa..da ada tutorial nk buat adsense dah..entry mantap ni atul :-)

    ReplyDelete
  5. Bagus ni siap ada tutorial. Seronok tu kalau sehari boleh dapat 50 USD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahagianya kalau dapat 50 usd sehari haha

      Delete
  6. mmg wajib kena usia blog 6 bulan ke kak ? posting minima berapa ?

    ReplyDelete
  7. Semoga lepas ni ramai yg ikut atul bertambah rezeki atul share ilmu

    ReplyDelete
  8. wah tq atas tips. hehe nak share tips ni lah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !