Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia | Obesiti merupakan sejenis keadaan yang agak rumit di
mana terdapatnya pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan
seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan.
Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan,
masalah obesiti adalah satu penyakit yang memberi kesan buruk terhadap
kesihatan dan menyumbang kepada penyakit kronik yang boleh membawa
kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup
pesakit pada individu yang mengalami obesiti terutamanya penyakit jantung,
penyakit hepatobiliary, diabetes dan lain-lain lagi penyakit merbahaya.
Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatandan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah
menjadi sebuah negara obes, dan berada pada tahap yang membimbangkan. Tinjauan
NHMS yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu
daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.
Pada tahun 2019, menurut tinjauan
NHMS mendapati 50.1% daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan
berat badan atau obes di mana 30.4% adalah berlebihan berat badan manakala
19.7% adalah obes.
Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah
negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat
badan sebanyak 34% dan obesiti sebanyak 19.7%. Keadaan ini bukan sahaja dialami
oleh orang dewasa, malah dikalangan kanak-kanak juga peratusannya sangat
membimbangkan.
Jadi, apakah punca obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia yang semakin menggerunkan?
Punca Obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia
Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak
Punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan
pengambilan dan penggunaan tenaga harian. Ini terjadi apabila seseorang individu
mengambil makanan yang berlebihan tetapi tidak melakukan aktiviti fizikal dan
senaman yang mencukupi. Sekiranya keadaan ini berterusan, berat badan akan
meningkat. Keadaan ini berlaku kerana jumlah tenaga yang diperolehi daripada
makanan yang dimakan tidak digunakan sepenuhnya oleh badan dan bertukar menjadi
lemak.
Gaya Pemakanan yang tidak sihat
Tetapi ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi.
Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan genetik keluarga punca obesiti berlaku
Faktor Kesihatan
- Hypothyroidism iaitu keadaan di mana kelenjar
tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.
- Sindrom Cushing merupakan sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon
steroid yang melampau.
Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi obesiti.
Ubat-ubatan seperti ubat anti kemurungan dan pil perancang boleh menyebabkan
kegemukan. Ini mungkin berpunca daripada kesan tindak balas daripada
pengambilan ubat-ubatan tersebut.
Stress
Kesimpulannya, masalah obesiti yang di alami oleh rakyat Malaysia, adalah berpunca dari individu itu sendiri. Kesedaran diri untuk memastikan berat berada pada paras normal adalah penting. Mereka sepatutnya mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul, membudayakan amalan hidup yang sihat dan aktif untuk memastikan kesihatan diri berkualiti demi kehidupan yang lebih baik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah obesiti daripada melarat dan individu itu berhak mendapatkan apa yang terbaik untuk kesihatan dirinya.
Baca juga: 5 Tips kurangkan lemak dalam badan dengan cepat dan berkesan
Pengedar Shakle Anda
Berpengalaman sejak 2013
waduh-waduhhhh malaysia memang syurga makanan
ReplyDeleteaah. kanak² pun sama tinggi
DeleteRasanya bab makan la, penyumbang terbesar obesiti ni, sebab susah nak jaga, hehe
ReplyDeleteye kak, makanan kita macam² jenis skrg ni, goreng, cheese, masin, manis. macam²
Deletebetul. obesiti berpunca dari diri sendiri.
ReplyDeletekesedaran diri
DeleteAduh. Seramnya. Skrg byk fastfood n mudah Sgt dpt. Kat mana2 ada jual.
ReplyDeletepaling senang nak masak pun ye.
DeleteRasa paling utama ialah makan banyak tapi kurang lakukan aktiviti.
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian info. Terutama kalau mengamalkan makan lewat malam. Semakin membiak lah lemak tu. Safiena dah follow atul.
ReplyDeleteZumal pun insan obes tapi tak nak la ia berterusan
ReplyDeleteSy pon dah obese bru nk sedar diri..harap dapat berat yg ideal lepas ni
ReplyDeletePenat sebenarnye kalau berat badan berlebihan. Naik tangga penat. Jalan,tumit sakit
ReplyDeleteTakutnyer dah kurus gemok balik. Dah kurus lupa diri pulak ..😄 makan tak ingat dunia
ReplyDeleteSeram pulak baca ya.. kekadang bila stress kita tak sedar termakan banyak.. tu pun punca jugak kan..
ReplyDeleteMalaysia ni makanan semua sedao2, dahlah sedap senang pula nak beli atau nak masak (Ni ikut rajin koranglah).
ReplyDeleteKalau yg jenis balik kampung jumpa mak, ada berani x makan makanan yg mak sediakan. Sedap2 semua kan.
Banyak punca obesiti ni. Tapi macam malaysia syurga makanan hihii.. satu lagi kurang aktif
ReplyDeletebyak makan dan kurang bersenam tu betul sgat2.. huhu.. skrg cuba utk kurgkan makanan manis..
ReplyDeleteSaya pun dah masuk kategori obesity, mmg masalah berat badan sy berpunca dari hormon problem proses nak turun berat badan tu susah… kena semangat yg kuat yea hehehe
ReplyDeleteSekarang makanan di hujung jari, lapar order je. Stress pon order. Haha..bila nak turun berat badan ni ntah.
ReplyDelete