5 Tips kurangkan lemak dalam badan dengan cepat dan berkesan

Tips kurangkan lemak dalam badan

Tips kurangkan lemak dalam badan | "Badan banyak lemak lah. Tengok bahagian lengan, peha dan pinggul ni, besar! Belum kat perut ni lagi. Hurmm, stress betul dibuatnya. Macam mana nak kurangkan lemak-lemak dalam badan ni ye?"

Siapa ada masalah diatas? Baik mengaku sekarang. Hehe

Sebelum atul kongsikan tips yang sangat membantu kurangkan lemak dalam badan, atul nak kita faham, apakah sebenarnya lemak ni?

Lemak adalah bahan yang sukar dipecah oleh air dan merupakan sumber tenaga utama bagi tubuh, selain daripada protein dan karbohidrat. Tidak dinafikan, kita terima lemak daripada makanan yang dimakan setiap hari.

Lemak terbahagi kepada dua iaitu lemak sayuran dan lemak haiwan .

Lemak seringkali dikaitkan sabagai punca utama hadirnya pelbagai jenis penyakit, tetapi tahukah anda, sebenarnya lemak juga penting untuk tubuh.

Fungsi lemak terhadap tubuh

👉 Berfungsi untuk meningkatkan proses penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E & K yang terdapat dalam badan

👉 Berfungsi untuk membekalkan asid–asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.

👉 Sebagai sumber tenaga dan melindungi kesihatan tubuh dan semua organ badan.

👉 Membantu otak berfungsi dengan lebih baik. Lemak berperanan menjadikan sel otak terus tumbuh dan membentuk lapisan sel yang sihat.

👉 Sebagai sumber pertumbuhan sel. Lemak memberikan perlindungan pada lapisan luar sel atau membran sel, sehingga tubuh tidak mudah terkena penyakit.

Namun begitu pengambilan lemak secara berlebihan perlulah dielakkan kerana ia boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan, serta menjadi punca utama hadirnya pelbagai jenis penyakit seperti obesiti, kolesterol tinggi, masalah jantung, tekanan darah meningkat, alzheimer dan banyak lagi.

Tips kurangkan lemak dalam badan

Entry kali ini Atul akan kongsikan beberapa tips kurangkan lemak dalam badan yang pasti akan membuatkan anda teruja dengan hasilnya jika mengamalkannya

Tips Kurangkan Lemak Dalam Badan


1. Elak makan lewat

Pastikan paling lewat untuk makan malam adalah 3 jam sebelum tidur. Seelok-eloknya hendaklah makan antara jam 6 petang hingga 8 malam sahaja. Selepas jam 8 malam, sekiranya masih lapar, anda boleh ambil buah sebagai alas perut.

Jika makan terlalu lewat, anda tidak memberi ruang kepada tubuh untuk berehat. Selain itu, akan menyebabkan proses sistem pencernaan akan menjadi tidak lengkap dan lambat.

Keadaan ini akan menyebabkan lebih banyak lemak tepu akan terperangkap dalam tubuh. Lebih memburukkan lagi, sistem percenaan boleh mengundang masalah dan kemudian menyebabkan berlakunya perut buncit, sembelit serta pengeluaran gas perut (asid) yang mengganggu keselesaan dalam perut.

Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku adalah sebaik-baiknya amalkan makan malam lebih awal dan jika boleh tetapkan masa yang sama setiap hari.

Amalan, dapat membantu dan memastikan sistem percernaan dan penghadaman saling membantu dan sekali gus membuat kadar metabolisme berfungsi dengan sempurna semasa anda sedang tidur. Tubuh anda juga dapat berehat dengan aman ketika waktu tidur.

2. Katakan Tidak pada GULA


Seelok-eloknya elakkan pengambilan gula dalam diet seharian. G
ula berlebihan adalah sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Gula dalam darah dikawal oleh hati pada had tertentu. Apabila melebihi had kapasiti tersebut, ia akan ditukarkan menjadi lemak yang akan terkumpul di seluruh badan termasuk perut.

Untuk elak gula sepenuhnya dalam hidup mungkin agak sukar. Namun, anda boleh elakkan minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat yang tidak berkhasiat.

Menurut American Heart Association (AHA), jumlah maksimum yang dibenarkan untuk pengambilan gula dalam sehari:

Lelaki: 150 kalori per hari

Wanita: 100 kalori per hari

Semakin kurang pengambilan gula dalam diet seharian, semakin sihat tubuh badan anda. Ini kerana selain menjadi lemak, pengambilan gula berlebihan juga akan menyebabkan berat anda sukar untuk turun, jerawat yang aktif dan berisiko mendapat penyakit merbahaya seperti Diabetes


3. Ubah Cara Masakan Anda

Semua sedia maklum, terdapat pelbagai kaedah memasak seperti menggoreng, kukus, merebus dan panggang. Kaedah menggoreng adalah yang paling popular dalam masayarat kita. Jadi, cara yang paling utama untuk kurangkan lemak berlebihan ialah dengan ubah cara masakan kita, dan seboleh-bolehnya menggoreng dengan menggunakan minyak yang banyak perlu dikurangkan.

Cara ini sekaligus dapat mengurangkan lemak dalam masakan seharian kita. Sebab kita tahu punca utama wujudnya lemak berlebihan ini ialah dari apa yang kita makan setiap hari.

Antara cara yang boleh digunakan;

👉 Gunakan ‘Air Fryer’ untuk menggoreng

👉 Kalau tak ada ‘air Fryer’, minimumkan penggunaan minyak, dan pastikan minyak betul2 dah panas sebelum menggoreng. Ni utk mengurangkan minyak yang terserap dalam makanan.

👉 Buang bahagian kulit dan lemak pada daging atau ayam sebelum dimasak.

👉 Banyakkan guna kaedah mengukus, merebus atau memanggang.

👉 Elakkan makanan ringan dan makanan yang telah diproses.

👉 Gunakan kuali yang tidak melekat

👉 Gunakan kertas penyerap sebaik selesai menggoreng makanan

Cara-cara ini boleh menapis kalori dan lemak jahat yang berlebihan dari berada dalam makanan kita.


4. Banyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buah-buahan


Sayur dan buah adalah makanan yang rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.

Banyak hasil kajian menunjukkan, individu yang makan lebih banyak sayur dan buah didapati lebih sihat berbanding mereka yang tidak memakannya

Buah adalah sejenis makanan yang tinggi dengan khasiat yang boleh memberikan rasa kenyang lebih lama kerana serat buah tidak dicerna oleh badan kita. Selain itu, serat juga membantu mencegah sembelit dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah.

Apabila anda rasa lebih kenyang, secara automatik anda tak perlu risau tentang pengambilan kalori.

Anda digalakkan untuk makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita.

Tips tambahan: Makan banyak sayur (dua saiz penumbuk) setiap kali anda makan pagi, petang dan malam. Dan makan buah tidak lebih sebiji sehari.


5. Amalkan pengambilan protein

Protein adalah sangat  penting untuk membentuk otot, tendon, organ, enzyme, hormon dan banyak lagi fungsi protein untuk tubuh kita. Protein juga didapati mampu mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga yang banyak.  Tapi adakah anda tahu yang protein juga boleh mengurangkan lemak-lemak degil dalam badan kita?

Kajian yang disiarkan di Junal Nutrisi dan Metabolism membuktikan bahawa diet protein boleh membantu untuk mengurangkan lemak sekaligus memainkan peranan utama dalam proses mengurangkan berat badan.

Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak. Selain itu, selera makan juga akan berkurangan apabila mengambil protein dalam diet harian.

Jika anda minum anggaran 300gm minuman berprotein sebelum tidur, ia terbukti dapat membantu meningkatkan jumlah kalori yang dibakar semasa anda sedang lena tidur. Di samping itu, protein juga dapat membantu dalam pemulihan otot. Jika terdapat lebih banyak jisim otot, lebih banyak kalori yang akan dibakar semasa sedang tidur.

Dalam satu kajian pada lelaki obes, protein sebanyak 25% kalori memberi rasa lebih kenyang, mengurangkan keinginan makan lewat malam dan kurang berfikir pasal makanan setinggi 60% kalori.

Anda boleh amalkan pengambilan protein dari sumber makanan seperti daging, ikan, ayam, udang, telur, brokoli, produk tenusu (mentega, keju, yougurt, air, susu kambing, susu lembu,) kekacang, oat dan banyak lagi.

Tetapi adalah lebih baik mengamalkan sumber protein yang bebas kolesterol, mempunyai indeks glisimik yang rendah, bebas gula, rendah lemak, bebas bahan kimia berbahaya dan dari sumber semulajadi


Tips memilih sumber protein berkualiti

👉 Seeloknya perlulah pilih protein berasas tumbuhan-tumbuhan seperti protein soya. Antara protein soya yang dicadangkan dalam diet harian adalah protein soya bukan gmo yang lengkap dengan asid amino perlu

👉 Protein soya bukan-GMO yang dicadangkan ini dihasilkan dibawah satu program yang digelar Identify Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari aktiviti menanam hingga kerja pemprosesan.

👉 Protein soya yang Atul maksudkan adalah Energizing Soy Protein atau ESP keluaran produk Shaklee. ESP Shaklee diiktiraf seluruh dunia kerana memiliki kajian klinikal yang sangat ekstensif & komprehensif serta mempunyai kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan.

👉 Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "bukan-GMO" (non Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar sangat rendah. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi

Mesti Baca: Tips Memilih sumber protein berkualiti


Setiap 1 tong ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya

Baca juga: Info lanjut tentang ESP Shaklee


Extra tips Atul nak bagi kepada anda

Tahniah sebab anda berjaya baca sampai habis. Okay, extra tips ini sangat best di amalkan kerana ia sangat-sangat efektif mengurangkan lemak dalam badan anda. 

Tipsnya, anda boleh mengamalkan pengambilan Lecithin dan Omega Guard setiap hari.

Lecithin dan Omega Guard adalah supplement terbaik dari Shaklee untuk mengurangkan lemak dalam badan. Setiap supplement mempunyai fungsi yang berbeza

Lecithin - 👉 Berfungsi untuk mengemulsi lemak dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran. Ayat yang lebih mudah, Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil supaya mudah bergerak dan disingkirkan dalam sistem pencernaan.

Omega Guard 👉 Berfungsi untuk membantu pembakaran lemak termendap. Omega guard mengandungi minyak ikan omega 3 yang bertindak membakar lemak dan membantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil leptin. Leptin memberitahu otak kita untuk mengurangkan dan mengawal selera makan supaya boleh kekalkan atau kurangkan berat badan.

Jadi anda nampak kan, bagaimana gabungan antara Lecithin dan Omega Guard saling membantu? 

Kesimpulannya, setelah lemak dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil oleh Lecithin, ia mudah di bakar oleh Omega Guard. Sekaligus, membantu anda mengurangkan lemak dalam badan dengan lebih efektif dan berkesan. 

5 Tips kurangkan lemak dalam badan dengan cepat dan berkesan 

Menarikkan extra tips yang Atul berikan ini?

Akhir kata, hanya diri kita sendiri yang dapat mengawal kandungan lemak dalam badan kita. Kita sendiri yang tentukan samada ingin ambil lemak berlebihan atau disebaliknya. Semoga tips kurangkan berat badan yang Atul kongsikan ini memberi manfaat kepada semua.

Oh ya, kalau anda nak order ESP, Omega & Lecithin boleh whatsapp Atul ya. 👉 0195733761 👈

Atul Hamid
Pengedar Shaklee Anda
Berpengalaman sejak 2013

3 comments:

  1. tak sabar nak tunggu air fryer sampai ke rumah.
    dan saya pun ambil lecithin dan omega juga, tapi bukan brand shaklee.
    apapun, kita mesti jaga kesihatan.
    lagi2 mcm kak pip yg dah masuk 4 series ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)