KOLAGEN memang
tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Banyak produk kecantikan mengandungi
kolagen seperti krim, syampu, losen, serta makanan tambahan dan tidak lupa juga
dalam bentuk suntikan.
Suntikan kolagen
sering mendapat sambutan hangat untuk mereka nampak lebih cantik dengan cepat. Selain
itu, suntikan kolagen juga mampu menghilangkan bekas parut jerawat, garisan
halus, kedutan, membentuk bibir dan pipi lebih anjal.
Walaupun begitu, masih ramai yang keliru tentang keselamatan suntikan kolagen samada suntikan kolagen ini bahaya atau tidak. Tetapi
ramai jugak yang tidak tahu, sebenarnya pengambilan suntikan kolagen
ini memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebab itu sejak awal
tahun 2000, suntikan kolagen telah diharamkan penggunaannya dalam bidang
kosmetik. Hanya pengambilan dalam bentuk makanan tambahan sahaja dibenarkan.
7 bahaya suntikan
kolagen yang perlu di ketahui
1. Alahan
Suntikan kolagen
banyak menggunakan bahan yang berasal daripada jaringan kulit haiwan lalu
menyebabkan timbulnya alahan terhadap pengguna. Ini berkemungkinan ia tidak
sesuai dengan sel atau tisu badan manusia.
Ini kerana
prosesnya sama seperti memasukkan benda asing ke dalam tubuh, maka badan
manusia juga akan menolak kolagen itu disebabkan tidak keserasian.
Hal ini mungkin
membawa kesan seperti alahan teruk, atau lebih memudaratkan seperti kematian
Kaedah suntikan
fillers yang dihasilkan daripada bahan jenis Hyaluronic Acid sahaja di
benarkan. Ini disebabkan kesesuaiannya hampir 95 peratus dengan tisu dan sel
kulit manusia. Dan hanya doktor berdaftar sahaja dibenarkan untuk melakukan
suntikan ini.
2. Bahaya pada
wanita hamil dan yang menyusui bayi
Wanita hamil atau
menyusukan bayi tidak digalakkan untuk melakukan suntikan kolagen. Ini kerana
ia boleh menimbulkan komplikasi terhadap kehamilan ataupun kandungan air susu
yang diminum oleh bayi.
3. Bahaya pada
penderita penyakit autoimun
Penderita
penyakit autoimun juga tidak disarankan membuat suntikan kolagen kerana ia boleh
memudaratkan sistem pertahanan badan manusia, secara tidak langsung akan memberi
kesan yang sangat drastik kepada mereka. Contoh penyakit autoimun seperti Systemic
lupus Erythematous (SLE).
4. Kebersihan tidak
terjamin
Sekiranya
suntikan dilakukan oleh mereka yang tidak berdaftar, berkemungkinan peralatan
yang digunakan untuk suntikan tidak dijamin kebersihannya dan mengandungi
kotoran. Hal ini menyebabkan pengguna berisiko dijangkiti kuman dan radang bakteria
pada kulit sehingga meninggalkan kesan yang negatif
5. Meninggalkan Parut
Bagi yang tidak
sesuai dengan kaedah ini, ia membuat kulit mengalami perubahan pada bahagian
lapisan kedua hingga menyebabkan timbulnya parut.
Kesalahan dalam
teknik suntikan kolagen juga akan menyebabkan perkara sebegini sering terjadi.
Suntikan yang
silap akan mewujudkan gumpalan keras di bawah permukaan kulit dan menimbulkan parut
pada kulit.
Luka bekas
suntikan juga dapat menjadi salah satu penyebab timbulnya keloid pada kulit.
Keloid adalah parut keras yang timbul pada kulit dan kelihatan sangat hodoh.
6. Rasa Yang Menyakitkan
Kaedah untuk
cantik segera dengan suntikan kolagen akan menyebabkan diri terpaksa menahan
kesakitan yang sangat mengerikan. Mereka rela menanggung kesakitan kerana obses
untuk cantik dengan segera.
"Memang ngeri bila diingat kembali saat pembedahan dilakukan dan sesudah dilakukan. Muka saya bengkak teruk dan tidak boleh makan selama hampir dua minggu. Sementara tempoh penyembuhan mengambil masa enam bulan," – Sarina, pemilik produk Syok Cosmetics, menderita kerana suntikan kolagen
7. Pembaziran
Kos untuk
suntikan kolagen selalunya mencecah ribuan ringgit. Ada di antara mereka yang
sanggup melabur dan berhabisan ribuan ringgit untuk tampil dengan lebih cantik
dan menawan.
Kesimpulannya, kaedah segara
untuk kelihatan cantik dengan suntikan kolgen sangat popular pada masa kini.
Namun ada juga diantara mereka yang tidak dapat wajah yang diimpikan sebaliknya
membawa padah dan memudaratkan diri sehingga ada yang hampir membunuh diri kerana
telah memusnahkan kecantikan semula jadi mereka. Oleh itu, buatlah pilihan yang
bijak, pilihan ditangan anda.