KOLAGEN memang
tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Banyak produk kecantikan mengandungi
kolagen seperti krim, syampu, losen, serta makanan tambahan dan tidak lupa juga
dalam bentuk suntikan.
Suntikan kolagen
sering mendapat sambutan hangat untuk mereka nampak lebih cantik dengan cepat. Selain
itu, suntikan kolagen juga mampu menghilangkan bekas parut jerawat, garisan
halus, kedutan, membentuk bibir dan pipi lebih anjal.
Walaupun begitu, masih ramai yang keliru tentang keselamatan suntikan kolagen samada suntikan kolagen ini bahaya atau tidak. Tetapi
ramai jugak yang tidak tahu, sebenarnya pengambilan suntikan kolagen
ini memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebab itu sejak awal
tahun 2000, suntikan kolagen telah diharamkan penggunaannya dalam bidang
kosmetik. Hanya pengambilan dalam bentuk makanan tambahan sahaja dibenarkan.
7 bahaya suntikan
kolagen yang perlu di ketahui
1. Alahan
Suntikan kolagen
banyak menggunakan bahan yang berasal daripada jaringan kulit haiwan lalu
menyebabkan timbulnya alahan terhadap pengguna. Ini berkemungkinan ia tidak
sesuai dengan sel atau tisu badan manusia.
Ini kerana
prosesnya sama seperti memasukkan benda asing ke dalam tubuh, maka badan
manusia juga akan menolak kolagen itu disebabkan tidak keserasian.
Hal ini mungkin
membawa kesan seperti alahan teruk, atau lebih memudaratkan seperti kematian
Kaedah suntikan
fillers yang dihasilkan daripada bahan jenis Hyaluronic Acid sahaja di
benarkan. Ini disebabkan kesesuaiannya hampir 95 peratus dengan tisu dan sel
kulit manusia. Dan hanya doktor berdaftar sahaja dibenarkan untuk melakukan
suntikan ini.
2. Bahaya pada
wanita hamil dan yang menyusui bayi
Wanita hamil atau
menyusukan bayi tidak digalakkan untuk melakukan suntikan kolagen. Ini kerana
ia boleh menimbulkan komplikasi terhadap kehamilan ataupun kandungan air susu
yang diminum oleh bayi.
3. Bahaya pada
penderita penyakit autoimun
Penderita
penyakit autoimun juga tidak disarankan membuat suntikan kolagen kerana ia boleh
memudaratkan sistem pertahanan badan manusia, secara tidak langsung akan memberi
kesan yang sangat drastik kepada mereka. Contoh penyakit autoimun seperti Systemic
lupus Erythematous (SLE).
4. Kebersihan tidak
terjamin
Sekiranya
suntikan dilakukan oleh mereka yang tidak berdaftar, berkemungkinan peralatan
yang digunakan untuk suntikan tidak dijamin kebersihannya dan mengandungi
kotoran. Hal ini menyebabkan pengguna berisiko dijangkiti kuman dan radang bakteria
pada kulit sehingga meninggalkan kesan yang negatif
5. Meninggalkan Parut
Bagi yang tidak
sesuai dengan kaedah ini, ia membuat kulit mengalami perubahan pada bahagian
lapisan kedua hingga menyebabkan timbulnya parut.
Kesalahan dalam
teknik suntikan kolagen juga akan menyebabkan perkara sebegini sering terjadi.
Suntikan yang
silap akan mewujudkan gumpalan keras di bawah permukaan kulit dan menimbulkan parut
pada kulit.
Luka bekas
suntikan juga dapat menjadi salah satu penyebab timbulnya keloid pada kulit.
Keloid adalah parut keras yang timbul pada kulit dan kelihatan sangat hodoh.
6. Rasa Yang Menyakitkan
Kaedah untuk
cantik segera dengan suntikan kolagen akan menyebabkan diri terpaksa menahan
kesakitan yang sangat mengerikan. Mereka rela menanggung kesakitan kerana obses
untuk cantik dengan segera.
"Memang ngeri bila diingat kembali saat pembedahan dilakukan dan sesudah dilakukan. Muka saya bengkak teruk dan tidak boleh makan selama hampir dua minggu. Sementara tempoh penyembuhan mengambil masa enam bulan," – Sarina, pemilik produk Syok Cosmetics, menderita kerana suntikan kolagen
7. Pembaziran
Kos untuk
suntikan kolagen selalunya mencecah ribuan ringgit. Ada di antara mereka yang
sanggup melabur dan berhabisan ribuan ringgit untuk tampil dengan lebih cantik
dan menawan.
Kesimpulannya, kaedah segara
untuk kelihatan cantik dengan suntikan kolgen sangat popular pada masa kini.
Namun ada juga diantara mereka yang tidak dapat wajah yang diimpikan sebaliknya
membawa padah dan memudaratkan diri sehingga ada yang hampir membunuh diri kerana
telah memusnahkan kecantikan semula jadi mereka. Oleh itu, buatlah pilihan yang
bijak, pilihan ditangan anda.
Thanks for the info. Tak tau juga suntikan kologen ini berbahaya
ReplyDeleteitulah, kadang-kadang tak sesuai dengan badankan. Dari dapat efek teruk, baik elakkan
DeleteSuntik suntik ni mmg bahya. Makan collagen pun sama juga,makan makanan khasiat je dah cukup.
ReplyDeleteMakanan berkhasiat memang sangat perlu diamalkan.
DeleteTak berani nak suntik-suntik ni. Ambik darah pon sakit. Sintik-suntik lagi la
ReplyDeleteKan. Cukuplah masa mengandung banyak kali kena cucuk cek HB hehe
DeleteBetul tu, jangan nak cantik tetapi bahana bahaya dapat sekali. Kena ada ilmu pasal kesihatan yang mana baik atau tak. hehe
ReplyDeleteDari kena sakit & membahayakan diri, baik elakkan. Seram!
DeleteTakut jugak dengar pasal nak cantik main cucuk cucuk ni. Dulu macam teringin nak cucuk vitamin c sebab nak cantik macam artis hahahah. Nasib baik suami tak bagi
ReplyDeleteDah cantik dimata suami tu. Itu yang suami tak bagi.
DeleteBagus perkongsian ni... Dengar suntik² ni memang tak berani. Huhuu..
ReplyDeleteBiar laaa cantik semulajadi, nak cantik tapi mengundang parah buat apa, iyer tak..
Betul sangat! Tapi kalau nak cantik juga, carilah yang selamat & tak merbahayakan diri.
DeleteSuntikan kolagen hehehe takut dengar selalu kita tengok produk yang makan dan minum ada sekali kolagen tapi kalau suntik ni lebih cepat kot... Tapi betul lah kalau perkara perubatan tu cepat kesannya tu yang paling bahaya..
ReplyDeleteMemang cepat sebab ia terus masuk ke dalam sel. tapi reaksi tubuh kita tak pasti, kalau okay Alhamdulillah, kalau tak okay, nauzubillah. huhu jadi, dari kita tak pasti, baik ambil jalan selamat
Deletebila nampak jarum je dah memang takutla..ahha..memng takkan la nak buat suntikan kolagen ni..biorla pakai kolagen semulajadi..hehe
ReplyDeleteitu yang lebih baik. hehe
Deletetak suka suntik2 ni.. x suka jarum bagai... takpe la walau tak cantik bergetah kulit licin mcm dulu pun.. tak berani... hehe
ReplyDeletehehe.. dari sakit kan. Baik biasa-biasa je.
DeleteRawlins memang sejenis yang takkan ambil suntikan untuk kecantikan - penakut pada jarum walaupun akan ke hospital setiap 6 bulan. Haha.
ReplyDeleteRawlins minum BBplusCollagen je senang
Senangkan, minum-minum dah cantik. tak payah nak sakit-sakit kena cucuk.
DeleteBetul memang bahaya suntik kolagen ni. Baik consume kolagen dari bahan natural insyaAllah ok
ReplyDeletesetuju sangat. InsyaAllah
Deletenak cantik zaman sekarang ni dah mudah kan.. ada duit, semua boleh jadi.. hee~ saya sendiri takut nak suntik2.. kita makan kolagen jek lah ye..
ReplyDeletebetul-betul, tapi lebih baik consume daripada disuntik yang menyakitkan tu
DeleteMemang no-no untuk suntikkan collagen ni. Mouse mommy nampak multiple collagen injection kat bhg payudara kat pesakit, takut!
ReplyDeleteLagi ngeri cucuk di bahagian payudara. Memang tidak berani saya
DeleteBaru tau boleh terjadi parut timbul macamtu. Ish bahaya lah, memang taknak ambil suntikan collagen ni walau macam mana pun. Ada banyak lagi cara kalau betul nak increase collagen. Plus, at my age, collagen masih ada lagi heheh :p
ReplyDeleteMuda lagi takpa, nanti kalau nak ambil, pilihlah yang terbaik ya.
DeleteTB takut jarummm.. sedangkan nak checkup mengandung harraz dulu pun pejam mata bila nurse cucuk dan amik darah, inikan pulak nak tadah muka untuk dicucuk..aucchhh hahaha
ReplyDeleteBetul TB, cukuplah injection masa mengandung & lepas czer je. Itu pun dah sakit yakmat. Nak cantik ni, baik consume je. hehe
Delete