Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee


KOLAGEN sangat penting untuk tubuh. Semakin meningkat usia anda, semakin berkurangan tahap kolagen dalam tubuh anda. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai yang mula mencari supplement berasaskan kolagen setelah meningkat ke usia 25 tahun.

Begitu juga dengan Shaklee Collagen Powder. Ramai yang puas hati dan telah jatuh cinta terhadap keberkesanannya. Jadi, sehingga kini ia tetap menjadi rebutan ramai. 

Namun, ia sering dihujani dengan pelbagai persoalan, terutamanya daripada mereka yang belum dan ingin mencuba collagen Shaklee

Jadi, disini Atul sertakan FAQ Collagen Shaklee atau soalan lazim tentang Collagen Shaklee yang sering ditanya oleh orang ramai.

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Soalan: Apakah keistimewaan collagen Shaklee?

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder adalah

⇨ Sumber Berkualiti Tinggi: Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.

⇨ Penyerapan yang hebat: Shaklee Collagen Plus Powder mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1,000 Dalton yang mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap dan berkesan.

⇨ Bahan-bahan yang diperkaya: Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.

⇨ Mudah dalam pek: Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen

 Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal).


Soalan: Apakah ramuan Collagen Shaklee


Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Ramuan collagen Shaklee termasuk Kolagen dari sisik Ikan Merah, Vitamin C dan Vitamin B



Soalan: Macam mana bentuk collagen Shaklee? Serbuk atau pil?

Collagen Shaklee berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman kegemaran anda


Soalan: Bagaimanakah packaging collagen Shaklee?

Collagen Shaklee disediakan dalam bentuk sachet. Mudah dibawa kemana sahaja anda berada.

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee


Soalan: Berapakah kandungan collagen Shaklee?
Dalam sekotak Collagen Shaklee mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg.


Soalan: Berapa lamakah tempoh penggunaan Kolagen Shaklee untuk sekotak?

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari.
Jadi untuk satu kotak penggunaan adalah untuk 15 hari.


Soalan: Adakah pengambilan kolagen menyebabkan berat badan bertambah?

Kolagen tidak menyebabkan berat badan mahupun lemak badan anda bertambah. Sebaliknya, ia membantu mengekalkan metabolisma badan anda untuk membakar lemak. Seiring dengan peningkatan usia, jisim otot kita semakin berkurangan dan biasanya digantikan dengan lemak.
Dengan mengambil suplemen yang kaya protein seperti kolagen, anda membina lebih banyak jisim otot yang membakar kalori dengan lebih cepat.


Soalan: Adakah badan saya mula menghasilkan kolagen yang semakin berkurangan apabila saya mula mengambil kolagen, kerana ia sudah mendapat kolagen dari sumber luar? Jika saya berhenti mengambil kolagen, adakah tahap kolahen saya lebih rendah berbanding sebelumnya?

Secara semulajadi, badan anda akan menghasilkan kolagen yang semakin berkurangan seiring dengan usia anda, tidak kira anda mengambil kolagen atau tidak. Walaubagaimanapun, pengambilan suplemen kolagen boleh membantu menambah jumlah kolagen yang hilang. Jika anda berhenti mengambil kolagen, badan anda mula menunjukkan tanda-tanda penuaan dengan lebih cepat. Oleh itu, cadangan terbaik adalah anda digalakkan untuk mengambil suplemen kolagen secara berpanjangan


Soalan: Berapa lama saya perlu mengambil kolagen untuk melihat kesannya?

Adalah disyorkan untuk mengambil satu paket kolagen setiap hari selama 8 minggu untuk melihat perubahan yang ketara. Ini kerana melalui ujian klinikal, ia terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu. Walaubagaimanapun, anda boleh mula melihat perubahan seawal 7 hari selepas pengambilan  kolagen

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee


Soalan: Adakah kolagen menyebabkan Cyst Ovari atau Fibroid Rahim?

Fibroid rahim disebabkan oleh Faktor Hormon dan bukan disebabkan oleh pengambilan supplemen kolagen atau sebarang suplemen nutrisi.

Mengambil suplemen kolagen tidak akan meningkatkan saiz fibroid rahim, cyst ovari atau menyebabkan sebarang masalah berkaitan rahim


Soalan: Bilakah waktu sesuai untuk mengambil collagen Shaklee dan bagaimanakah caranya?

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran.
Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit atau diwaktu pagi, sebelum sarapan iaitu ketika perut kosong.

Anda boleh ambil begitu sahaja atau dibancuh dengan air.

Jika anda sudah amalkan Vivix, ESP atau Meal Shakes, boleh dibancuh bersama-sama

Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah:
- Jus Twister Tropicana + collagen
- Milo/Serbuk Coklat Cadbury + collagen
- Any fruit juice + collagen
- Minuman kegemaran anda

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Pengguna bebas untuk campurkan collagen dengan mana-mana minuman yang anda suka


Soalan: Siapa yang sesuai ambil collagen Shaklee?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:
⇒ Individu yang telah muncul garis-garis halus kesan daripada ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
⇒ Gusi yang tidak sihat
⇒ Rambut kering dan bercabang di hujung.
⇒ Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering.
⇒ Garis halus pada leher.
⇒ Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
⇒ Payudara dan punggung kurang anjal.
⇒ Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
⇒ Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan.
⇒ Otot mengendur, kurang anjal, kurang tegang, sukar untuk bina otot
⇒ Kecederaan lutut, tisu lutut koyak


Soalan: Umur berapakah sesuai ambil collagen Shaklee?

Bermula dari umur 18 tahun dan ke atas.


Soalan: Ibu menyusu boleh tak ambil collagen Shaklee?

Kolagen adalah sumber protein. Protein sememangnya diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Jadi, pengambilan kolagen tidak akan mengganggu penghasilan susu.

Namun begitu, ibu-ibu perlu tahu bahawa produk kolagen tidak diuji terhadap wanita hamil dan ibu menyusu. 

Selain itu, para ibu perlu lihat ramuannya dahulu. Seperti collagen Shaklee sumber utamanya adalah kolagen dari Sisik ikan merah laut dalam, jadi, para ibu perlu tahu, adakah anak yang ibu susukan itu ada alahan ikan atau bebas daripada alahan ikan.

Sekiranya, anak ibu-ibu tiada alahan atau bebas alahan ikan, ibu-ibu boleh teruskan mengambil kolagen. Tetapi, jika disebaliknya, ibu-ibu perlu hentikan daripada pengambilan.

Jadi, para ibu perlu cuba dan perhatikan kesannya terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 4 hari berturut-turut. (Rules of 4 days)

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee
Testimoni Collagen Shaklee: Susu Banyak

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee
Testimoni Collagen Shaklee: Susu Banyak


Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee
Testimoni Collagen Shaklee: Susu Banyak


Soalan: Mengapa kolagen dari Sisik Ikan Merah Laut Dalam ?

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.


Ada yang trial pack tak ?
Tiada


Soalan: Macam Mana Nak Beli Collagen Powder Shaklee ?
Anda boleh hubungi Atul di 0195733761. ⇐ klik untuk WhatApps Atul 😉


Jadi, inilah antara FAQ Collagen Shaklee Powder yang sering ditanya oleh orang ramai yang ingin mencubanya. Ramai yang berpuas hati selepas mengamalkannya. Bukti disini


------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Read More

Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit

Seawal usia 25 tahun, proses pengurangan kolagen mula berlaku hingga menyebabkan munculnya tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, jeragat, kusam dan tidak bermaya. Ini adalah proses penuaan yang tidak dapat dielakkan. 


Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan proses penuaan kulit berlaku dengan lebih cepat sehingga menjejaskan kesihatan kulit.

Antara punca berlakunya tanda penuaan seperti kedutan di kulit adalah:
  • Peningkatan usia
  • Merokok
  • Radikal bebas
  • Pendedahan kepada cahaya matahari
  • Sukar mengawal emosi - Sedih, Marah dan Stres
  • Kekurangan Zat nutrisi
  • Tidak Mendapatkan Tidur yang Secukupnya
  • Makan Makanan Tinggi Kandungan Gula.
  • Pengambilan Minuman Beralkohol

Disebabkan itu, di sini ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk elakkan kedutan dari muncul terlalu awal pada kulit. Antara tips mengurangkan kedutan adalah: 



  • Menggunakan sarung bantal yang kurang kadar geseran terhadap kulit bagi mengelakkan proses garis-garis halus yang berlaku
  • Pastikan tidur berkualiti, cukup antara 6-8 jam sehari
  • Posisi Tidur Yang Betul
  • Elakkan Tekanan. Sentiasa memastikan pengawalan emosi terjaga
  • Bersenam
  • Amalkan Gaya Hidup Sihat
  • Amalkan diet seimbang
  • Berhenti Merokok
  • Gunakan Krim Pelindung Matahari. Pastikan mengandugi SPF seperti yang disyorkan
  • Pengambilan protein & omega 3 dalam menu harian
  • Lebihkan pengambilan Buah-buahan dan Sayur-Sayuran
  • Elakkan membasuh muka terlalu kerap
  • Pemakaian masker semulajadi sebagai amalan
  • Mengamalkan pengambilan kolagen tambahan


Kenapa dan bagaimana kolagen boleh membantu mengurangkan kedutan di kulit?

Dalam entri ini, atul akan fokuskan kenapa dan bagaimana kolagen boleh bantu mengurangkan sekaligus menghilangkan kedutan pada kulit. Seperti yang kita tahu, kulit banyak terdedah dengan pelbagai faktor yang boleh menurunkan kadar kolagen dalam tubuh sehingga boleh menjejaskan kesihatan kulit. Walaupun kolagen terletak di lapisan dalam yang di kenali sebagai dermis, namun ia tetap boleh rosak. Oleh itu, dengan menambahkan suplemen berasaskan kolagen dalam diet harian dapat menggantikan balik kadar kolagen yang rosak sekaligus dapat memastikan kesihatan kulit terjamin.

Menurut Jaliman. "Lapisan tengah kulit dipanggil dermis, dan di sinilah kolagen dan tisu elastin berada. Ini adalah lapisan yang membuatkan kulit kelihatan kenyang dan kenyal". Oleh sebab itu, keanjalan kulit manusia bergantung kepada jumlah kolagen di dalam tubuh


Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), "kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal".

Ahli dermatologi Debra Jaliman, M.D., turut menerangkan, kolagen adalah "protein yang paling banyak di kulit, yang membentuk 75% hingga 80% kulit manusia."

Beliau juga menyatakan dengan mengambil kolagen telah terbukti mempunyai sifat antioksidan yang berfungsi melindungi kulit dengan menghadkan pengeluaran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.

Walaupun tubuh manusia menghasilkan kolagen secara semulajadi setiap hari. Tetapi dari masa ke masa, pengeluaran itu semakin berkurangan. "Terdapat enzim dalam kulit yang dipanggil kolagenase, bertindak merosakkan kolagen," kata Debra Jaliman, MD, pengarang "Peraturan Kulit: Rahsia Perdagangan dari Ahli Dermatologi New York". "Setelah usia 25 tahun, kolagen dalam tubuh kita semakin berkurangan, sebab itulah garis-garis halus dan kedutan mula kelihatan."


Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit


Kajian telah menunjukkan bahawa sekiranya kerap meminum kolagen hidrolisis, ia dapat menyokong kesihatan kulit secara keseluruhan dan mengurangkan kesan penuaan. Ia boleh mengurangkan kedutan, meningkatkan penghidratan kulit dan kelancaran, dan menyokong keanjalan kulit. "Penggunaan kolagen dapat meningkatkan keanjalan kulit dan dapat membantu proses pembaikan kulit tubuh anda, sehingga mendorong tubuh anda membentuk kolagen baru," kata Jaliman

Jadi, dengan adanya kolagen, ia akan menghalang kulit kendur dari terus berlaku, ini kerana kolagen bertindak menyimpan kulit yang anjal, berisi, terhidrat dan lembut.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cosmetic Dermatology mendapati bahawa, secara kerap mengambil suplemen peptida kolagen mampu "meningkatkan penghidratan kulit" dengan ketara selepas lapan minggu dan "kepadatan kolagen" selepas empat minggu. Satu lagi kajian melaporkan bahawa "selepas sembilan minggu pengambilan kolagen, terdapat pengurangan ketara dalam kedutan dan peningkatan penghidratan dan keanjalan kulit".

Oleh sebab itu, untuk pastikan kulit bebas dari tanda-tanda penuaan yang tidak sihat, pengambilan suplemen berasaskan kolagen adalah sangat perlu.

Kini, terdapat pelbagai lambakan makanan tambahan berasaskan kolagen di pasaran. Namun, jika tersalah buat pilihan pasti akan memberi kesan sampingan yang memudaratkan pada diri. Oleh itu, adalah penting untuk ambil tahu ciri-ciri terbaik ketika memilih sumber kolagen.

Salah satu sumber kolagen terbaik yang membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit yang boleh Atul cadangkan adalah Shaklee Collagen Plus Powder.


Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit


Kenapa dan bagaimana kolagen Shaklee dapat membantu mengurangkan tanda penuaan di kulit?

Collagen powder sangat membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit seperti garis halus dan kedutan. Ia juga membantu menggalakkan pembentukan tisu yang sihat, serta mempercepatkan proses penyembuhan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga membantu menegangkan, mencerahkan dan menganjalkan kulit. Semua orang tahu, salah satu yang tidak dapat kita elakkan adalah penuaan, tetapi seelok-eloknya biarlah kita mengalami proses penuaan yang sihat.

Shaklee Collagen Plus Powder membekalkan kolagen premium 4,000mg Red Snapper Scales Collagen yang tulen dan berkualiti tinggi dan sangat cepat diserap oleh tubuh

Keistimewaan kolagen Shaklee adalah saiz molekul yang lebih kecil dan ringan berbanding kolagen lain iaitu 1,000 Dalton. Jadi molekul kecil ini menyebabkan kadar penyerapannya sangat optimum dan lebih tinggi serta mudah diserap oleh tubuh. Ia juga membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit


Kelebihan Kolagen Shaklee mengandungi

Vitamin C
Merangsang pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang akan merosakkan kulit

Vitamin B2, B6
bergabung dengan lemak, karbohidrat dan metabolisme protien untuk membekalkan tenaga yang penting di dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel-sel tubuh.

Kolagen ikan
membekalkan elastin untuk mengekalkan kulit yang lebih anjal

“Kolagen ikan yang boleh diserap: Kolagen ikan mengandungi 90% Type I dan 10% Type III collagen, yang merupakan dua jenis kolagen utama dalam kulit. Kedua-dua ini juga jenis kolagen terbaik untuk kedutan dan kulit kendur.”
Collagen Powder ini disokong oleh kajian klinikal. Hasil dari ujian klinikal, 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan Shaklee Collagen Plus Powder selama 8 minggu secara berterusan (lebih kurang penggunaan sebanyak 3-4 kotak). 




Amalkan Collagen Powder Shaklee setiap hari secara konsisten. Dan rasailah perbezaannya seawal 3 hari. Kulit lebih moist dan mulus. Lama kelamaan tanda-tanda penuaan akan mula pudar dan hilang, dan kulit menjadi lebih sihat, anjal dan gebu.

Ramai telah berjaya mendapatkan kulit muda tanpa kedutan dan jeragat. Semoga info ini dapat membantu anda dalam menjaga kulit wajah dan melalui penuaan yang sihat. Pentingnya kecantikan yang bermula dari dalam.


Testimoni Pengguna Shaklee Collagen Plus Powder yang telah dapat Shaklee Effect selepas mengamalkan Collagen Shaklee


Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit
Testimoni Collagen Shaklee:  Pigmentasi berkurangan

Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit
Testimoni Collagen Shaklee: Kedutan di mata berkurangan

Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit
Testimoni Collagen Shaklee: Tanda Penuaan Berkurangan


Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Kolagen Shaklee, anda boleh hubungi Atul di 0195733761 atau tekan gambar dibawah ini

Punca Kedutan dan Tips Mengurangkan Kedutan Di Kulit


---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com

atau sms (wa) +6019-5733761

Read More

Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


LUTUT adalah anggota yang sangat penting buat manusia. Lutut merupakan salah satu sendi terbesar dalam tubuh. Lutut manusia merupakan organ tubuh yang menyokong hampir keseluruh berat badan manusia. Terutamanya ketika anda berjalan, berlari, melompat, atau melakukan pelbagai aktiviti. Maka, tidak hairanlah kenapa lutut mudah mengalami kecederaan.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


Oleh sebab itu, memelihara kesihatan sendi lutut adalah amat perlu. Jika lutut tidak di jaga dengan baik, pelbagai risiko akan muncul walaupun masih dalam usia muda.

Berikut merupakan cadangan nutrisi dan jenis vitamin Shaklee yang boleh membantu anda memelihara kesihatan sendi lutut.


Kalsium

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tubuh berisiko mengalami pelbagai penyakit, antaranya seperti gangguan terhadap kesihatan sendi lutut. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Manakala magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Walaupun ramai orang mengambil sumber kalsium setiap hari, tetapi pengambilan sumber magnesium masih tidak mencukupi dan ada juga yang tidak disertai dengan vitamin D.

Sebenarnya, “pemilihan sumber kalsium terbaik adalah yang mengandungi kalsium, magnesium & vitamin D. Ketiga-tiga nutrien ini bekerjasama dalam menggalakan penyerapan ke dalam tubuh kita" (Sumber: The Real Vitamin & Mineral Book)

Oleh itu, untuk mendapatkan sumber kalsium terbaik, anda boleh mengamalkan Ostematrix. 


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


Ostematrix mengandungi mengandungi 7 nutrisi lengkap seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Zink, Mangan dan kuprum yang diperlukan oleh tubuh:

Ostermatrix juga berfungsi untuk
  • Membantu mengekalkan kesihatan tulang
  • Membantu mengekalkan kesihatan sendi lutut
  • Membantu menguatkan tulang dengan meningkatkan ketumpatan tulang
  • Membantu memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot
  • Membantu mengurangkan risiko masalah arthritis.
Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


Harga OsteMatrix: RM61.25 / 120 biji 



Vitamin B

Vitamin B terlibat dalam banyak proses biologi yang terdiri daripada pengeluaran sel darah merah, penjanaan tenaga dan saraf yang betul dan fungsi otot.

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan keletihan, kesulitan kognitif, kerosakan saraf dan anemia.

Vitamin B12 membantu dengan pelbagai masalah dan kekurangan, termasuk kesakitan sendi pada penghidap arthritis. Vitamin B12 adalah salah satu daripada lapan vitamin B.

Berikut adalah tiga cara vitamin B12 membantu orang dengan sakit sendi dan arthritis.
  1. Menurut Livestrong, vitamin B12 adalah penting untuk tubuh menghasilkan sel-sel darah merah yang baru dan sihat, yang membantu dalam pertempuran melawan anemia yang banyak mengalami penghidap arthritis rheumatoid
  2. Kekurangan vitamin B adalah lazim bagi mereka yang mempunyai arthritis rheumatoid. Dengan mengambil lebih daripada itu, pesakit boleh melawan radikal bebas yang merosakkan sel dan menyumbang kepada masalah seperti itu, kata WebMD.
  3. Sesetengah penyelidikan menunjukkan suntikan vitamin B12 dapat membantu mengurangkan bursitis, yang mana ia merupakan keradangan yang berlaku pada bahagaian sendi, yang disebut bursa. Kesakitan sedemikian berlaku di pinggul, lutut, siku, bahu, dan juga tumit.

Vitamin B yang bagus adalah yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Anda boleh dapatkan sumber vitamin B daripada B-Complex Shaklee. 


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


B-Complex Shaklee lengkap dengan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Malah, ianya mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien kritikal iaitu asid folik. Ini yang membezakan B-Complex Shaklee dengan jenama vitamin B lain yang berada di pasaran.

B-Complex dikenali sebagai vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan tekanan akibat sakit sendi lutut serta membantu dalam melancarkan peredaran darah.

Harga B-Complex Shaklee: RM58.75 / 120 biji 


Asid Lemak Omega 3

Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi tubuh.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Minyak ikan adalah satu bentuk asid lemak yang berasal dari tisu ikan yang berminyak. Ia mengandungi asid lemak omega-3, termasuk asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).


EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi, terutamanya dibahagian lutut.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
  • Mengurangkan keradangan dengan menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam arthritis
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi berkeriut serta bergerak dengan lancar.
  • Menggalakkan badan mengeluarkan cecair yang membantu mengawal keradangan
  • Mengurangkan kekakuan yang disebabkan oleh keradangan pada bahagian yang berlaku arthritis rheumatoid,

Untuk dapatkan sumber asid lemak omega yang lengkap dengan EPA dan DHA, anda boleh amalkan Omega Guard Shaklee.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Minyak ikan Omega Guard berfungsi
  • Melambatkan degradasi tulang rawan
  • Membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi lalu membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  • Bertindak sebagai pelincir sekaligus membantu anda bergerak dengan lebih bebas dan lancar tanpa rasa sakit.
Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut
“Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja”
Harga Omega Guard: RM136 / 90 biji

Baca juga:


Kolagen

Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung dalam badan yang memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung, seperti tulang rawan, tulang, tendon,  ligamen dan kulit. Walaupun kolagen sangat dikenali untuk kecantikan kulit, namun kolagen juga sangat memainkan peranan penting terhadap kesihatan sendi lutut.

Kekurangan kolagen akan mengakibatkan tulang lutut lebih besar daripada rangka lutut sehingga keradangan lutut terjadi. Sekaligus akan menyebabkan sakit sendi lutut berlaku

Antara fungsi kolagen terhadap sendi adalah:
  • Memberi keselesaan terhadap sendi
  • Menjaga rangka lutut
  • Memelihara tulang rawan daripada terhakis
  • Melancarkan pergerakan sendi lutut agar lebih selesa dan lancar.
  • Menguatkan tulang lutut
  • Kolagen bertindak meningkatkan fleksibiliti tulang dan sendi.


Sumber kolagen yang boleh anda amalkan untuk memelihara kesihatan sendi lutut anda adalah Shaklee Collagen Plus Powder (SCP)


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Collagen Powder membekalkan kolagen premium 4,000mg Red Snapper Scales Collagen, yang sangat cepat diserap oleh tubuh.

Shaklee Collagen Powder juga menyediakan molekul yang kecil iaitu sebanyak 1000 dalton. Molekul kecil ini mempunyai penyerapan yang lebih tinggi dan memiliki kadar penyerapan paling optimum.

Kadar penyerapan yang maksima ke dalam tubuh sangat membantu proses baikpulih tulang rawan, otot dan ligamen pada lutut yang tidak sihat, sekaligus beri kelegaan pada sakit lutut tanpa sebarang kesan sampingan.

Harga Kolagen Shaklee: RM298 / 15 sachet

Baca :


Resveratrol (sebatian polifenol)

Resveratrol yang mengandungi sebatian Polifenol merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan.

Resveratrol, sebatian polifenol, adalah sumber yang kaya dengan antioksidan dan kuat dengan ciri-ciri anti-radang yang luar biasa. Keradangan dan kesakitan memainkan peranan penting dalam patogenesis osteoartritis lutut (OA) dan boleh menyebabkan kerosakan tisu dan morbiditi.

Kajian dalam Journal Medicinal Food (2018) mendapati Resveratrol mungkin merupakan pilihan "tambahan" yang berkesan dengan meloxicam dalam rawatan pesakit dengan lutut sederhana hingga sederhana OA.


Cara paling mudah untuk dapatkan nutrisi yang mengandungi Resveratrol, sebatian Polifenol adalah dengan mengamalkan Vivix.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Campuran Sempurna Polifenol daripada botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu, telah memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel.

Baca: Ramuan Vivix

Terdapat banyak kajian klinikal dan sains telah merekodkan bagaimana Resveratrol, sebatian polifenol dapat memberi kesan positif kepada sel-sel di dalam badan kita.

Resveratrol, sebatian Polifenol yang terkandung dalam Vivix dapat membantu:

  1. Membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan bahagian sendi lutut
  2. Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi lutut.

Baca: Info tentang Polifenol

Seterusnya mengekalkan penyelengaraan yang baik pada sendi normal juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah faedah yang positif daripada segi;

  • Membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi lutut
  • Melancarkan pergerakkan dibahagian sendi lutut
  • Mengurangkan kekakuan (Stiffness) dan ketegangan dibahagian sendi lutut
  • Mengurangkan rasa ketidakselesaan di bahagian sendi lutut

Kandungan Elderberi Eropah yang terdapat di dalam Vivix juga digunakan secara tradisional untuk mencegah dan membantu masalah arthritis.

Minuman botani lazat ini lebih sesuai dan  mudah diambil terutama mereka yang sudah berumur. 

Harga Vivix: RM475 / 150 ml

Baca juga:
Cara Vivix Bertindak
Kebaikan Vivix


Sayangilah lutut anda, lutut yang sihat membantu melancarkan serta memudahkan pergerakan anda. Namun, jika kesihatan lutut mula terjejas, aktiviti harian anda juga turut terjejas. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Berminat untuk dapatkan cadangan vitamin Shaklee untuk pelihara kesihatan sendi lutut anda? 

Untuk dapatkan ebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli! (Klik Disini) atau anda juga boleh hubungi Atul dengan klik gambar di bawah ini


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

----------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Read More