Terdapat
beberapa punca yang menyebabkan proses penuaan kulit berlaku dengan lebih cepat
sehingga menjejaskan kesihatan kulit.
Antara punca berlakunya tanda penuaan seperti kedutan di kulit adalah:
- Peningkatan usia
- Merokok
- Radikal bebas
- Pendedahan kepada cahaya matahari
- Sukar mengawal emosi - Sedih, Marah dan Stres
- Kekurangan Zat nutrisi
- Tidak Mendapatkan Tidur yang Secukupnya
- Makan Makanan Tinggi Kandungan Gula.
- Pengambilan Minuman Beralkohol
Disebabkan itu, di sini ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk elakkan kedutan dari muncul terlalu awal pada kulit. Antara tips mengurangkan kedutan adalah:
- Menggunakan sarung bantal yang kurang kadar geseran terhadap kulit bagi mengelakkan proses garis-garis halus yang berlaku
- Pastikan tidur berkualiti, cukup antara 6-8 jam sehari
- Posisi Tidur Yang Betul
- Elakkan Tekanan. Sentiasa memastikan pengawalan emosi terjaga
- Bersenam
- Amalkan Gaya Hidup Sihat
- Amalkan diet seimbang
- Berhenti Merokok
- Gunakan Krim Pelindung Matahari. Pastikan mengandugi SPF seperti yang disyorkan
- Pengambilan protein & omega 3 dalam menu harian
- Lebihkan pengambilan Buah-buahan dan Sayur-Sayuran
- Elakkan membasuh muka terlalu kerap
- Pemakaian masker semulajadi sebagai amalan
- Mengamalkan pengambilan kolagen tambahan
Kenapa dan
bagaimana kolagen boleh membantu mengurangkan kedutan di kulit?
Dalam entri ini, atul akan fokuskan kenapa dan bagaimana kolagen boleh bantu mengurangkan sekaligus menghilangkan kedutan pada kulit. Seperti
yang kita tahu, kulit banyak terdedah dengan pelbagai faktor yang boleh
menurunkan kadar kolagen dalam tubuh sehingga boleh menjejaskan kesihatan kulit.
Walaupun kolagen terletak di lapisan dalam yang di kenali sebagai dermis, namun
ia tetap boleh rosak. Oleh itu, dengan menambahkan suplemen berasaskan kolagen dalam
diet harian dapat menggantikan balik kadar kolagen yang rosak sekaligus
dapat memastikan kesihatan kulit terjamin.
Menurut
Jaliman. "Lapisan tengah kulit dipanggil dermis, dan di sinilah kolagen
dan tisu elastin berada. Ini adalah lapisan yang membuatkan kulit kelihatan
kenyang dan kenyal". Oleh sebab itu, keanjalan kulit manusia bergantung kepada jumlah kolagen di dalam tubuh
Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), "kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal".
Ahli dermatologi
Debra Jaliman, M.D., turut menerangkan, kolagen adalah "protein yang paling banyak di
kulit, yang membentuk 75% hingga 80% kulit manusia."
Beliau juga menyatakan dengan mengambil kolagen telah terbukti mempunyai sifat antioksidan yang berfungsi melindungi kulit dengan menghadkan pengeluaran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
Walaupun tubuh manusia menghasilkan kolagen secara semulajadi setiap hari. Tetapi dari
masa ke masa, pengeluaran itu semakin berkurangan. "Terdapat enzim dalam
kulit yang dipanggil kolagenase, bertindak merosakkan kolagen," kata Debra
Jaliman, MD, pengarang "Peraturan Kulit: Rahsia Perdagangan dari Ahli
Dermatologi New York". "Setelah usia 25 tahun, kolagen dalam tubuh
kita semakin berkurangan, sebab itulah garis-garis halus dan kedutan mula
kelihatan."
Kajian
telah menunjukkan bahawa sekiranya kerap meminum kolagen hidrolisis, ia dapat
menyokong kesihatan kulit secara keseluruhan dan mengurangkan kesan penuaan. Ia
boleh mengurangkan kedutan, meningkatkan penghidratan kulit dan kelancaran, dan
menyokong keanjalan kulit. "Penggunaan kolagen dapat meningkatkan
keanjalan kulit dan dapat membantu proses pembaikan kulit tubuh anda, sehingga
mendorong tubuh anda membentuk kolagen baru," kata Jaliman
Jadi, dengan adanya kolagen, ia
akan menghalang kulit kendur dari terus berlaku, ini kerana kolagen bertindak menyimpan
kulit yang anjal, berisi, terhidrat dan lembut.
Satu
kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cosmetic Dermatology mendapati bahawa, secara kerap mengambil suplemen peptida kolagen mampu "meningkatkan penghidratan
kulit" dengan ketara selepas lapan minggu dan "kepadatan kolagen"
selepas empat minggu. Satu lagi kajian melaporkan bahawa "selepas sembilan
minggu pengambilan kolagen, terdapat pengurangan ketara dalam kedutan dan
peningkatan penghidratan dan keanjalan kulit".
Oleh sebab itu, untuk pastikan
kulit bebas dari tanda-tanda penuaan yang tidak sihat, pengambilan suplemen
berasaskan kolagen adalah sangat perlu.
Kini, terdapat pelbagai lambakan makanan tambahan berasaskan kolagen di pasaran. Namun, jika tersalah buat pilihan pasti akan memberi kesan sampingan yang memudaratkan pada diri. Oleh itu, adalah penting untuk ambil tahu ciri-ciri terbaik ketika memilih sumber kolagen.
Salah satu sumber kolagen terbaik yang membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit yang boleh Atul cadangkan adalah Shaklee Collagen Plus Powder.
Kenapa dan bagaimana kolagen Shaklee dapat membantu mengurangkan tanda penuaan di kulit?
Collagen powder sangat membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit seperti garis halus dan kedutan. Ia juga membantu menggalakkan pembentukan tisu yang sihat, serta mempercepatkan proses penyembuhan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga membantu menegangkan, mencerahkan dan menganjalkan kulit. Semua orang tahu, salah satu yang tidak dapat kita elakkan adalah penuaan, tetapi seelok-eloknya biarlah kita mengalami proses penuaan yang sihat.
Shaklee
Collagen Plus Powder membekalkan kolagen premium
4,000mg Red Snapper Scales Collagen yang tulen dan berkualiti tinggi dan sangat
cepat diserap oleh tubuh
Keistimewaan
kolagen Shaklee adalah saiz molekul yang lebih kecil dan ringan berbanding
kolagen lain iaitu 1,000 Dalton. Jadi molekul
kecil ini menyebabkan kadar penyerapannya sangat optimum dan lebih tinggi serta
mudah diserap oleh tubuh. Ia juga membantu kepada peningkatan sintesis
kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Kelebihan Kolagen Shaklee mengandungi
Vitamin C
Merangsang
pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang akan merosakkan kulit
Vitamin
B2, B6
bergabung
dengan lemak, karbohidrat dan metabolisme protien untuk membekalkan tenaga yang
penting di dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel-sel tubuh.
Kolagen
ikan
membekalkan
elastin untuk mengekalkan kulit yang lebih anjal
“Kolagen ikan yang boleh diserap: Kolagen ikan mengandungi 90% Type I dan 10% Type III collagen, yang merupakan dua jenis kolagen utama dalam kulit. Kedua-dua ini juga jenis kolagen terbaik untuk kedutan dan kulit kendur.”
Collagen
Powder ini disokong oleh kajian klinikal. Hasil dari ujian klinikal, 71% orang
merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan Shaklee Collagen Plus Powder
selama 8 minggu secara berterusan (lebih kurang penggunaan sebanyak 3-4
kotak).
Amalkan
Collagen Powder Shaklee setiap hari secara konsisten. Dan rasailah perbezaannya
seawal 3 hari. Kulit lebih moist dan mulus. Lama kelamaan tanda-tanda penuaan
akan mula pudar dan hilang, dan kulit menjadi lebih sihat, anjal dan gebu.
Ramai telah berjaya mendapatkan kulit muda tanpa kedutan dan jeragat. Semoga info
ini dapat membantu anda dalam menjaga kulit wajah dan melalui penuaan yang sihat. Pentingnya kecantikan yang
bermula dari dalam.
Testimoni Pengguna Shaklee Collagen Plus Powder yang telah dapat Shaklee Effect selepas mengamalkan Collagen Shaklee
Testimoni Collagen Shaklee: Pigmentasi berkurangan |
Testimoni Collagen Shaklee: Kedutan di mata berkurangan |
Testimoni Collagen Shaklee: Tanda Penuaan Berkurangan |
Baca juga: Koleksi Testimoni Collagen Shaklee yang lain
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Kolagen Shaklee, anda boleh hubungi Atul di 0195733761 atau tekan gambar dibawah ini
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)