Salam Ramadan Kareem 1441h | Alhamdulillah, hari yang dirindui kini sudah menjelma. Dengan rendah hati, saya Atul Hamid mengucapkan Salam Ramadan Kareem 1441h & selamat berpuasa seluruh ummat Islam di dunia ini. Semoga kita dapat berpuasa dengan penuh keberkatan dan ketaqwaan.
Semoga hikmah Ramadan kalini buat kita jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni.
Tiada hari seindah Jumaat
Tiada kata seindah Zikir
Tiada ibadah seindah Solat
Tiada bulan seindah Ramadhan
24 April 2020 bersamaan 1 Ramadan 1441h
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"
Di sini Atul sertakan sekali bacaan Niat berpuasa dan Doa berbuka puasa untuk memudahkan mereka yang mungkin tercari-cari untuk dibuat rujukan
Lafaz Niat Puasa
Doa berbuka Puasa
Atul doakan semoga Ramadan kali ini, memberi kegembiraan buat anda semua. Serta dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna dan agar amal ibadat kita diterima olehNYA di bulan yang mulia ini.
Set Puasa Shaklee | Hari ini 10 Syaaban, bermakna ada lagi 19hari nak ke Ramadhan.
Sudah bersediakah kita untuk melakukan ibadah puasa?
Di sini Atul ada beberapa cadangan untuk anda yang ingin berpuasa dengan penuh bertenaga, kekal terhidrasi, dan sentiasa bersemangat sepajang bulan Ramadhan
Set Puasa Shaklee: Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah serta memberi tubuh kekal bertenaga. Berperisa vanilla.
Mesti Baca; Info tentang ESP Shaklee
Set Puasa Shaklee: Performance Drink
Minuman isotonik tidak bergas, terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air. Mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka. Membuatkan anda tidak mudah dahaga. Berperisa oren & tidak bergula.
Set Puasa Shaklee: Meal Shakes
Sumber multivitamin terbaik. Apabila berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. Berperisa French Vanilla. Mesti Baca: Kenapa anak mesti berpuasa dengan Meal Shakes
Set Puasa Shaklee: Cinch Shake
Cinch Shake mengandungi satu protein khas, iaitu Leucine, berperanan untuk membina otot dan mengekalkan jisim otot semasa kita membuat sesuatu aktviti, atau semasa kita tidak makan. Jadi Cinch dengan formula khas LEUCINE dapat membantu anda untuk berpuasa dan diet dengan lebih bagus.
Ia juga membuat anda sentiasa berasa kenyang dan sebab itulah ia dikenali sebagai meal replacement & sangat sesuai diamalkan ketika berpuasa secara tak langsung membantu anda kuruskan badan. Pilihan perisa Vanilla / Chocolate / Cafe Latte.
Set Puasa Shaklee: Lecithin
Membantu mengawal nafsu makan, dan berperanan untuk memecahkan lemak yang tidak diperlukan.
Antara 2 sumber Protein yang dinyatakan tadi, anda boleh pilih samada Cinch Shake Mix atau ESP atau kedua-duanya sekali 😊 kerana setiap item ada kelebihannya tersendiri
Oh ya, set ini juga sesuai sangat diamalkan oleh individu yang mempunyai masalah Gastrik sehingga menyebabkan sukarnya melakukan ibadah puasa dengan lengkap.
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang
bertaqwa"
Dikesempatan ini Atul ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan ketaqwaan.
Di sini Atul sertakan sekali bacaan Niat berpuasa dan Doa berbuka puasa untuk memudahkan mereka yang mungkin tercari-cari untuk dibuat rujukan
Atul doakan semoga Ramadhan kali ini, memberi kegembiraan buat anda semua. Serta dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna dan agar amal ibadat kita diterima olehNYA di bulan yang mulia ini.
Selamat Berpuasa buat semua ummat Islam di dunia ini.
Jom dapatkan SET BERPUASA SHAKLEE? Klik pada gambar di bawah
Lagi beberapa hari seluruh umat islam di dunia ini bakal
menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sudah bersediakah kita untuk menyambut dan
meraikannya?
Disebabkan bulan puasa bakal menjelma, Atul ada dapat
beberapa pertanyaan tentang pengambilan air putih. Ramai yang nak tahu tips macam
mana nak minum air putih sampai 8 gelas sehari dalam puasa ini?
Kita sendiri sedia maklum, apabila berpuasa kita tidak akan
minum atau makan dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Perkara biasa
yang sering kita dengari adalah haus, dan tidak cukup air dalam tubuh asbab seharian
berpuasa. Ada juga yang hanya mengambil sekadar secawan air putih sahaja ketika
bersahur dan kadang-kadang ada yang tidak minum langsung kerana terlepas waktu
sahur.
Tahukah anda, walaupun di bulan Ramadhan kita diwajibkan
berpuasa, tetapi kita juga digalakkan untuk mengambil atau minum air putih
sebanyak 8 gelas sehari. Tidak termasuk air manis ya. Jadi di sini Atul
kongsikan tips minum 8 gelas air putih di bulan puasa. Tips ini dikongsikan
oleh Kementerian kesihatan Malaysia.
Tips Minum 8 Gelas Air Putih Di Bulan Puasa
1 gelas > Selepas bangun tidur untuk bersahur
1 gelas > Selepas sahur
1 gelas > Selepas azan Maghrib
1 gelas > Selepas solat Maghrib
1 gelas > Selepas Makan
1 gelas > Selepas solat Isyak
1 gelas > Selepas solat Terawih
1 gelas > Sebelum Tidur
Cuba anda kira, cukupkan 8 gelas air sehari? Jika anda berjaya
mengamalkan tips ini, bermakna anda telah berjaya cukupkan pengambilan air
putih walaupun anda perlu berpuasa disiang hari.
Tahukah anda, tips ini bukan sahaja boleh diamalkan ketika
berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi boleh juga diamalkan sekiranya anda berpuasa
sunat atau berpuasa ganti.
Disini Atul juga kongsikan panduan pengambilan air ketika
bersahur yang dicadangkan oleh Kevin Zahari.
Atul doakan semoga tips ini dapat membantu anda mengamalkan pengambilan air putih sebanyak 8 gelas sehari di bulan puasa agar anda sentiasa cukup air dalam tubuh dan kurang rasa haus ketika berpuasa nanti.
Tips Tambahan: Untuk kekalkan rasa kesegaran tubuh dan kekal
terhidrat sepanjang hari dibulan puasa, anda boleh ambil mengamalkan
Performance Drink yang kaya dengan OPTI-LYTE™, iaitu campuran elektrolit
ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan
berterusan disamping menyokong penghidratan optimum. Minuman ini boleh diambil ketika
bersahur dan berbuka.
Assalamulaikum & Selamat petang semua Memandangkan tidak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma, jadi hari ini Atul ingin kongsikan satu testimoni seorang kanak-kanak yang berpuasa buat pertama kalinya.
Tak Lapar sepanjang siang berpuasa! --------------------------------------------------
Pengalaman Faheem berpuasa dengan Meal Shakes
Berapa kali Faheem minum Meal Shakes sepanjang puasa ni?
1x Moreh 1x Sahur
Alhamdulillah, tidak penat dan tidak lapar sepanjang siang berpuasa
Ini bantu Faheem untuk penuhi permintaan berpuasa 30hari di bulan Ramadhan dengan sihat dan cergas
Tentunya Meal Shakes pilihan anak-anak yang riang 😊
Jom bantu anak cergas sepanjang Ramadhan dengan minum Meal Shakes
Tidak sampai sebulan lagi bulan Ramadhan akan menjelma dan
seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ramai yang tidak sabar hendak berpuasa
termasuk kanak-kanak juga. Cuma, apakah cara yang terbaik yang boleh diberikan
untuk kuatkan semangat mereka menjalani ibadah puasa terutamanya buat mereka yang
berpuasa untuk kali pertama.
Selalunya untuk 2 hingga 3 hari pertama merupakan masa yang
amat sukar bagi kanak-kanak uang cuba berpuasa buat kali pertama.
Dari perspektif nutrisi, berikut adalah beberapa idea untuk
ibu bapa bantu memudahkan perjalanan berpuasa mereka:
SAHUR
Untuk memudahkan anak-anak bangun bersahur, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak memperoleh tidur yang cukup. Oleh itu, mereka perlulah
tidur awal. Kemudian, berikan mereka permulaan hari yang baik dengan
menyediakan:
Pemakanan bertenaga tinggi. Susu dan telur
adalah penggalak tenaga yang hebat
Segelas Meal
Shakes yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan
anak-anak anda kenyang lebih lama
Minuman yang sihat bagi memastikan mereka
terhidrasi sepanjang hari dan kurang dahaga dengan Performance dengan rasa oren yang enak
Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai
sumber serat yang penting
IFTAR
Setelah seharian anak-anak berpuasa, anda digalakkan memberi
pujian kepada mereka sebagai tanda sokongan dan galakkan kepada mereka agar
mereka terus bersemangat untuk menjalani ibadah puasa. Selain itu, anda juga
boleh membelikan 1 jenis makanan kegemaran mereka untuk juadah berbuka nanti sebagai penghargaan buat anak-anak yang berusaha untuk berpuasa,
di samping itu hidangkan mereka dengan makanan yang sihat seperti
Kurma dan air adalah cara mudah untuk berbuka
puasa
Buatkan sup atau stew kaya dengan mineral dan
garam
Sediakan segelas Meal Shakes untuk melegakan
perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak anda dari terlebih makan.
I jenis makanan kegemaran untuk berbuka puasa sebagai penghargaan
Kenapa Meal Shakes dikatakan membantu anak-anak menjalani
ibadah Puasa dengan lebih mudah kerana:
Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium
dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
Membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih
lama
Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif
Rasa yang sedap apabila ditambah ke dalam
shakes, sup berkrim dan ais krim
Ibu dan ayah juga menyukainya
Di sini Atul sertakan 1 testimoni Meal Shakes buat anak yang
berpuasa
"Baru-baru ni, Ani
ada dapat feedback dari customer Ani, katanya anaknya berpuasa tak penat.
Seronok tengok kanak-kanak berpuasa begini :)
Anak pun suka sebab Meal Shakes ni memang sedap, rasa Fresh
Vanilla"