Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022

Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022

Kini, Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022 menjadi buah mulut para ibu bapa. 

Tahniah Atul ucapkan ☺ pada ibu bapa yang mempunyai anak yang telah layak membuat permohonan ke tahun 1.

Macam tahun ni Atul daftarkan untuk anak Atul sendiri dan anak saudara Atul. Mereka sebaya. Tapi untuk pendaftaran kali ini, Atul hanya buat dirumah je sebab tahun lepas dah pernah buat, jadi tahun ni, buat sendiri je.

Cerita permohonan tahun lepas

Jadi bagi ibu - bapa yang ada anak yang akan bersekolah untuk tahun 1 pada tahun 2021 dan tahun 2022 nanti, bolehlah mula mohon dari sekarang juga.

Tempoh permohonan dari 1hb Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Permohonan hanya dilakukan melalui dalam talian sahaja. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Maklumat Yang Diperlukan Untuk Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022

Untuk permohonan memerlukan beberapa maklumat seperti:

1. Nama Penuh dan No. kad pengenalan anak yang ingin di daftarkan

2.
Rekod imunisasi anak (boleh dapat pada buku kesihatan anak)

Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022

3. Maklumat penjaga seperti
🌻 Nama ibu/bapa/penjaga
🌻 No Kad Pengenalan
🌻 Butiran pekerjaan (Alamat tempat kerja/Majikan/Gaji)

Macam baru-baru ini, waktu Atul daftarkan anak saudara Atul, ada sedikit kekeliruan, yang mana abang ipar Atul seorang pesara kerajaan, tetapi di bahagian pekerjaan, tiada tulis "Pesara". Yang ada hanya Bekerja Sendiri, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta dan Tidak Bekerja.

Jadi, waktu isikan maklumat, dalam sistem, automatik keluar "Kakitangan kerajaan".

Sewaktu proses permohonan tersebut, Atul ada hubungi Pihak PPD (bahagian yang menguruskan e-rendah ini) Kata pegawai terbabit, isi apa yang keluar secara automatik tu, nanti waktu hantar borang permohonan, maklum pada kerani bertugas untuk masalah yang dihadapi, untuk elakkan masalah dikemudian hari.

Tapi andaikata ibu-bapa seorang pesara, tetapi bekerja sendiri atau bekerja dengan mana-mana jabatan, pilihlah yang bersesuaian ya.

Untuk ibu bapa yang bekerja sendiri, perlu dapatkan pengesahan juga daripada ketua kampung / Penghulu/ Pegawai 41 dan ke atas atau pihak yang berkenaan.

4. Nama sekolah yang dipohon & jarak sekolah dengan rumah

Untuk makluman ibu bapa, permohonan boleh dibuat melalui: https://public.moe.gov.my

Setelah siap isi maklumat yang dikehendaki, permohonan tersebut perlulah dicetak & dibawa ke sekolah yang di pohon untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari mendaftar. Juga, disertakan sekali sampul surat bersaiz A4 bersama-sama dengan setem seringgit yang siap ditampal dipenjuru sampul.

Dan perlu bawa beberapa dokumen yang diperlukan ketika menghantar borang permohonan seperti:

Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022

💕 Sijil Kelahiran Anak  (Asal & salinan)
💕 Bil utiliti terkini (bil air/elektrik/telefon & ..) (Asal & Salinan)
💕 Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga (Asal & Salinan)
💕 Surat nikah / Surat cerai (Salinan)
💕 Surat hak penjagaan (Asal)
💕 Laporan doktor & kad OKU jika berkaitan (Asal & Salinan)
💕 Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan & imunisasi (Asal)
Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022
Borang ini perlu dicetak ketika membuat permohonan
Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, rayuan atau apa sahaja permasalahan berkaitan permohonan, tuan/puan boleh bertanya pada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan atau sekolah yang berhampiran.

Itu sahaja maklumat yang boleh Atul kongsikan berkaitan permohonan murid Tahun 1 bagi tahun 2021 dan tahun 2022 ini.

Oh ya, berikut merupakan info tahun kelahiran untuk permohonan kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2020 dan tahun 2021

👉 Kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2021,
adalah yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015

👉 Kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2022,
adalah yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016


Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022

Sekiranya ada ibu/bapa/penjaga yang tidak pasti & atau yang tidak tahu hendak mengisi maklumat permohonan, ibu/bapa/penjaga boleh pergi ke sekolah berdekatan kawasan tempat tinggal. Di sekolah pasti ada menyediakan tempat untuk ibu bapa atau penjaga membuat permohonan murid tahun 1. 

Untuk rujukan dan garis panduan permohonan, boleh klik disini 👉 Garis Panduan SPATKPM

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada tuan puan.

Selamat membuat permohonan anak ke tahun 1 sesi 2021/2022

Continue Reading

PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021


PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

ALHAMDULILLAH lega rasanya 😁 

Pagi tadi selesaikan buat permohonan tahun 1 anak Atul, Dhiyaa Humayraa, Atul panggil kakak je. Walaupun kakak tahun 1 pada tahun 2021 nanti, tapi sudah boleh permohonan sekarang.

Tempoh permohonan sampai 30 April 2019. Permohonan hanya dilakukan melalui dalam talian sahaja. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Untuk permohonan memerlukan beberapa maklumat seperti:

1. No kad pengenalan anak yang ingin di daftarkan

2. Rekod imunisasi anak (boleh dapat pada buku kesihatan anak)

PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

3. Maklumat penjaga seperti
🌻 Nama ibu/bapa/penjaga
🌻 No Kad Pengenalan
🌻 Butiran pekerjaan (Alamat tempat kerja/Majikan/Gaji)

4. Nama sekolah yang dipohon & jarak sekolah dengan rumah

Untuk makluman tuan/puan, permohonan boleh dibuat melalui: https://public.moe.gov.my

Setelah siap isi maklumat yang dikehendaki, data tersebut perlulah dicetak & dibawa ke sekolah yang di pohon untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari mendaftar.

Dan perlu bawa beberapa dokumen yang diperlukan ketika menghantar borang permohonan seperti:

PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

💕 Sijil Kelahiran Anak  (Asal & salinan)
💕 Bil utiliti terkini (bil air/elektrik/telefon & ..) (Asal & Salinan)
💕 Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga (Asal & Salinan)
💕 Surat nikah / Surat cerai (Salinan)
💕 Surat hak penjagaan (Asal)
💕 Laporan doktor & kad OKU jika berkaitan (Asal & Salinan)
💕 Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan & imunisasi (Asal)

Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, rayuan atau apa sahaja permasalahan berkaitan permohonan, tuan/puan boleh bertanya pada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah yang berhampiran.

Itu sahaja maklumat yang boleh Atul kongsikan berkaitan permohonan murid Tahun 1

Oh ya, berikut merupakan info tahun kelahiran untuk permohonan kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2020 dan tahun 2021

> Kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2020,
adalah yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014

> Kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2021,
adalah yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015
PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

Macam pagi tadi, Atul buat pendaftaran kakak di sekolah kawan Atul mengajar. Walaupun tak pohon sekolah tersebut, tetapi sekolah itu ada buka tempat untuk ibu/bapa/penjaga buat pendaftaran murid tahun 1

Jadi, mudah bagi ibu/bapa/penjaga yang tidak pasti & atau yang tidak tahu nak isi maklumat permohonan, sebab guru yang bertugas, sedia memberi bantuan. Bagus sangat usaha sekolah tu kan 👍🏻👏🏻👏🏻 

Mungkin di sekolah berdekatan kawasan tempat tinggal tuan/puan ada juga menyediakan tempat untuk ibu/bapa/penjaga buat permohonan murid tahun 1. Tuan puan boleh cuba bertanya pada sekolah berdekatan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada tuan puan.

Selamat membuat permohonan anak ke tahun 1 sesi 2020/2021

Continue Reading