Tahniah Atul ucapkan ☺ pada ibu bapa yang mempunyai anak yang telah layak membuat permohonan ke tahun 1.
Macam tahun ni Atul daftarkan untuk anak Atul sendiri dan anak saudara Atul. Mereka sebaya. Tapi untuk pendaftaran kali ini, Atul hanya buat dirumah je sebab tahun lepas dah pernah buat, jadi tahun ni, buat sendiri je.
Cerita permohonan tahun lepas
Jadi bagi ibu - bapa yang ada anak yang akan bersekolah untuk tahun 1 pada tahun 2021 dan tahun 2022 nanti, bolehlah mula mohon dari sekarang juga.
Tempoh permohonan dari 1hb Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Permohonan hanya dilakukan melalui dalam talian sahaja. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
Maklumat Yang Diperlukan Untuk Permohonan Murid Ke Tahun 1 Untuk Tahun 2021 dan 2022
Untuk permohonan memerlukan beberapa maklumat seperti:
1. Nama Penuh dan No. kad pengenalan anak yang ingin di daftarkan
2. Rekod imunisasi anak (boleh dapat pada buku kesihatan anak)
3. Maklumat penjaga seperti
🌻 Nama ibu/bapa/penjaga
🌻 No Kad Pengenalan
🌻 Butiran pekerjaan (Alamat tempat kerja/Majikan/Gaji)
Macam baru-baru ini, waktu Atul daftarkan anak saudara Atul, ada sedikit kekeliruan, yang mana abang ipar Atul seorang pesara kerajaan, tetapi di bahagian pekerjaan, tiada tulis "Pesara". Yang ada hanya Bekerja Sendiri, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta dan Tidak Bekerja.
Jadi, waktu isikan maklumat, dalam sistem, automatik keluar "Kakitangan kerajaan".
Sewaktu proses permohonan tersebut, Atul ada hubungi Pihak PPD (bahagian yang menguruskan e-rendah ini) Kata pegawai terbabit, isi apa yang keluar secara automatik tu, nanti waktu hantar borang permohonan, maklum pada kerani bertugas untuk masalah yang dihadapi, untuk elakkan masalah dikemudian hari.
Tapi andaikata ibu-bapa seorang pesara, tetapi bekerja sendiri atau bekerja dengan mana-mana jabatan, pilihlah yang bersesuaian ya.
Untuk ibu bapa yang bekerja sendiri, perlu dapatkan pengesahan juga daripada ketua kampung / Penghulu/ Pegawai 41 dan ke atas atau pihak yang berkenaan.
4. Nama sekolah yang dipohon & jarak sekolah dengan rumah
Untuk makluman ibu bapa, permohonan boleh dibuat melalui: https://public.moe.gov.my
💕 Sijil Kelahiran Anak (Asal & salinan)
💕 Bil utiliti terkini (bil air/elektrik/telefon & ..) (Asal & Salinan)
💕 Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga (Asal & Salinan)
💕 Surat nikah / Surat cerai (Salinan)
💕 Surat hak penjagaan (Asal)
💕 Laporan doktor & kad OKU jika berkaitan (Asal & Salinan)
💕 Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan & imunisasi (Asal)
💕 Bil utiliti terkini (bil air/elektrik/telefon & ..) (Asal & Salinan)
💕 Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga (Asal & Salinan)
💕 Surat nikah / Surat cerai (Salinan)
💕 Surat hak penjagaan (Asal)
💕 Laporan doktor & kad OKU jika berkaitan (Asal & Salinan)
💕 Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan & imunisasi (Asal)
Borang ini perlu dicetak ketika membuat permohonan |
Itu sahaja maklumat yang boleh Atul kongsikan berkaitan permohonan murid Tahun 1 bagi tahun 2021 dan tahun 2022 ini.
Oh ya, berikut merupakan info tahun kelahiran untuk permohonan kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2020 dan tahun 2021
adalah yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015
👉 Kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2022,
adalah yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
Sekiranya ada ibu/bapa/penjaga yang tidak pasti & atau yang tidak tahu hendak mengisi maklumat permohonan, ibu/bapa/penjaga boleh pergi ke sekolah berdekatan kawasan tempat tinggal. Di sekolah pasti ada menyediakan tempat untuk ibu bapa atau penjaga membuat permohonan murid tahun 1.
Untuk rujukan dan garis panduan permohonan, boleh klik disini 👉 Garis Panduan SPATKPM
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada tuan puan.
Selamat membuat permohonan anak ke tahun 1 sesi 2021/2022
Nice info :)
ReplyDeleteTerima kasih 😊
DeleteRuby dah submit semalam. Tapi belum print lagi. Nanti g amik gambar dulu baru print baru hantar. Hehe
ReplyDeleteoh kena bawa gambar ye?
DeleteTahun hantar, takda gambar
Bestnyaa, nak repeat tahun satu balik boleh tak? haha :D
ReplyDeletesilakan... hahaha
DeleteWah.. detail info Atul bagi.. nice..
ReplyDelete:)
DeleteOodah Mula buka ye
ReplyDelete