Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021 | Tahun 2020 semakin ke penghujunugnya Ini bermakna, tahu 2021 akan menghadirkan diri. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2020 banyak mengajar kita semua erti bersyukur. Jadi, untuk harungi tahun 2021 yang akan datang, perancangan yang sangat teliti amatlah diperlukan
Memandangkan Surat Pekeliling Akauntan Negara berkaitan dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulan tahun 2021 telah dikeluarkan, jadi untuk memudahkan segala urusan anda pada tahun 2021, hari ini Atul ingin kongsikan tentang Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021
Berdasarkan kepada Jadual Gaji 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, terdapat 6 kali kakitangan awam akan menerima gaji awal iaitu bulan Februari, bulan Mac, bulan Mei, bulan Jun, bulan Julai, dan bulan Ogos
Oleh itu, dengan adanya jadual ini, bolehlah anda membuat ringkasan pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik agar semuanya berjalan dengan lebih lancar pada tahun 2021 nanti.
Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2021:
![]() |
Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021 |
![]() |
Bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya |