Showing posts with label Vitamin D. Show all posts
Showing posts with label Vitamin D. Show all posts

Sumber vitamin D dan fungsinya

Sumber vitamin D dan fungsinya


Sumber vitamin D dan fungsinya Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk memastikan tubuh berada pada tahap yang baik.

Fungsi vitamin D

Fungsi vitamin D pada tubuh adalah untuk membantu dalam penyerapan kalsium. Vitamin D mampu mencegah tulang dari berlakunya Osteoporosis. Ini kerana tugas vitamin D adalah memaksimumkan penyerapan dan penggunakan kalsium yang menjadi mineral penting kepada sistem tulang dan gigi manusia. Vitamin D juga akan mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Risiko terkena Osteoporosis jika kurang vitamin D

Baca: Nutrien untuk bina tulang yang kuat

Menurut SEANUTS Malaysia (2013), sebanyak 50% kanak-kanak kekurangan vitamin D dalam tubuh. Keadaan ini mungkin kerana kebanyakan kanak-kanaksangat memilih makanan, tidak gemar minum susu dan mereka banyak menghabiskan masa di dalam rumah seperti bermain video game, menonton televisyen daripada bermain diluar rumah untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari untuk menghasilkan vitamin D secara semulajadi.

Sumber vitamin D

Sumber utama untuk mendapatkan vitamin D secara percuma dan paling mudah adalah daripada cahaya matahari. Vitamin D boleh dihasilkan oleh tubuh sendiri apabila kulit terkena cahaya matahariHanya memerlukan pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan selama 5 hingga ke 10 minit kepada cahaya matahari tanpa menggunakan pelindung matahari antara jam 9 pagi ke 2 petang, sebanyak dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Sumber: Public Health Malaysia

Selain dari cahaya matahari, vitamin D boleh diperolehi daripada sumber makanan seperti susu, ikan sardine, telur, sayur berdaun hijau dan keju.

Sumber vitamin D dan fungsinya


Bagi anda yang bekerja dalam bangunan, jarang terdedah dengan cahaya matahari, anda boleh mengamalkan pengambilan suplemen yang menadungi vitamin D.

Menurut Washington Post, Manfaat vitamin D juga boleh diperoleh melalui pengambilan suplemen.

Salah satu cadangan suplemen yang boleh anda amalkan adalah OsteMatrix Shaklee. OsteMatrix Shaklee mengandungi vitamin D3 sebanyak 100ui per kaplet.

Sumber vitamin D dan fungsinya


Istimewanya OsteMatrix Shaklee ini, selain vitamin D, ia juga mengandungi lagi 6
nutrien penting termasuk kalsium, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Mesti baca: Info menarik tentang OsteMatrix

Kesimpulannya, vitamin D adalah vitamin larut lemak. Tubuh sangat memerlukan vitamin D untuk memastikan penyerapan kalsium secara maksima. Kekurangan vitamin D dalam tubuh akan menyebabkan kepadatan dan kualiti tulang berkurangan, jadi risiko untuk berlakunya Osteoporosis sangat tinggi. Oleh itu, pastikan mengambil vitamin D sehari mengikut sarananpengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM


Continue Reading

3 NUTRIEN UTAMA: NUTRIEN PENTING UNTUK MEMBINA TULANG YANG KUAT




KALSIUM 

Kalsium merupakan blok binaan utama dalam rangka kita; 99% daripada 1 kg kalsium dalam badan manusia dewasa biasa tertumpu dalam tulang kita.

Tulang bertindak sebagai takungan untuk mengekalkan tahap kalsium dalam darah, yang penting untuk mengekalkan kesihatan otot dan saraf.

Jika anda tidak membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh, tubuh akan bertindak balas dengan menyerap kalsium daripada tulang anda, seterusnya melemahkan struktur tulang.

Beberapa penyakit tertentu mempengaruhi jumlah kalsium yang diserap oleh tubuh, iaitu penyakit Crohn, selia (coeliac), intolerans dan ketakcernaan laktosa.

Susu dan makanan tenusu yang lain adalah sumber kalsium yang paling mudah didapati.

Kalsium: Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Kuat

Sesetengah orang menghadapi masalah untuk mencernakan laktosa dalam susu dan produk tenusu, namun terdapat sumber kalsium dalam makanan lain termasuk sayur-sayuran hijau (cth., brokoli, kubis kerinting, bok choy); ikan di dalam tin dengan tulang lembut yang boleh dimakan seperti sardin atau pilkard; kekacang (terutamanya kacang Brazil dan badam); dan tauhu yang ditambah kalsium.

Jumlah kalsium yang kita perlukan adalah berbeza mengikut peringkat kehidupan.

Pengambilan kalsium harian yang disyorkan adalah berbeza bagi penduduk setiap negara, namun secara umumnya individu tidak mengambil kalsium yang mencukupi.

Bagi mereka yang tidak boleh mendapat kalsium yang mencukupi melalui diet, suplemen mungkin dapat membantu. Namun, ia perlu dihadkan kepada 500-600 mg setiap hari dan secara amnya, kalsium disyorkan supaya diambil bersama vitamin D.


VITAMIN D

Memainkan dua peranan utama untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat: membantu tubuh menyerap kalsium daripada usus; memastikan pembaharuan dan pemineralan tulang yang sempurna.

Membantu meningkatkan keseimbangan dan kekuatan otot, seterusnya mengurangkan risiko jatuh.

Dihasilkan oleh kulit apabila terdedah kepada sinaran UV-B dalam cahaya matahari.

Kita tidak boleh bergantung kepada cahaya matahari untuk merangsang pembentukan vitamin D: musim dan latitud, penggunaan pelindung matahari, asbut di bandar, pigmentasi kulit, umur individu dsb. juga mempengaruhi jumlah vitamin D yang dapat dihasilkan oleh kulit melalui cahaya matahari.

Kekurangan vitamin D yang teruk pada kanak-kanak boleh menyumbang kepada pembantutan tumbesaran dan kecacatan tulang yang dikenali sebagai riket. Kekurangan vitamin D pada orang dewasa menyebabkan penyakit osteomalasia, iaitu ‘pelembutan’ tulang disebabkan pemineralan yang tidak sempurna.

Tahap vitamin D yang rendah dalam kalangan penduduk dunia adalah hakikat yang membimbangkan kerana keadaan ini boleh meningkatkan kecenderungan berlakunya osteoporosis.

Sumber vitamin D dalam diet termasuk: ikan berlemak (seperti salmon, tenggiri dan sardin), kuning telur dan hati. Di sesetengah negara, susu, marjerin dan bijirin sarapan diperkaya dengan vitamin D.
Pengambilan vitamin D yang disyorkan berbeza mengikut kumpulan umur dan keperluannya meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Vitamin D: Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Kuat

Setiap orang perlu cuba mendapatkan pendedahan cahaya matahari selama 10–20 minit pada kulit (muka, tangan dan lengan) ketika matahari tidak terik (sebelum 10 pagi dan selepas 2 petang) setiap hari – tanpa menggunakan sebarang pelindung matahari – dengan berhati-hati agar anda tidak mengalami selaran matahari.


PROTEIN

Protein: Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Kuat

Membekalkan sumber asid amino penting yang diperlukan untuk menyokong pembinaan tulang.

Pengambilan protein yang tidak mencukupi akan mengganggu pembinaan jisim tulang maksimum semasa kanak-kanak dan remaja – menjejaskan pertumbuhan rangka – dan juga pengekalan jisim tulang semasa penuaan.

Bagi orang dewasa yang lebih tua, pengambilan protein yang rendah dikaitkan dengan kehilangan ketumpatan mineral tulang [bone mineral density (BMD) – salah satu penunjuk kekuatan tulang – pada pinggul dan tulang belakang.

Penambahan protein untuk pesakit patah tulang pinggul telah terbukti mampu mengurangkan kehilangan tulang selepas fraktur, komplikasi perubatan dan tempoh rehabilitasi di hospital.

Kekurangan protein juga mengakibatkan pengurangan jisim otot dan kekuatan yang menjadi faktor risiko jatuh.


Sumber: iofbonehealth


Nak tahu fakta menarik tentang tulang manusia, sila klik disini. Serta buat yang berminat hendak tahu apakah supplemen lengkap dan kaya dengan Nutrien untuk tulang kuat, serta elak dari tulang rapuh, boleh klik link dibawah ini.




Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------



LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading