KALSIUM
Kalsium
merupakan blok binaan utama dalam rangka kita; 99% daripada 1 kg kalsium dalam
badan manusia dewasa biasa tertumpu dalam tulang kita.
Tulang
bertindak sebagai takungan untuk mengekalkan tahap kalsium dalam darah, yang
penting untuk mengekalkan kesihatan otot dan saraf.
Jika
anda tidak membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh, tubuh akan bertindak
balas dengan menyerap kalsium daripada tulang anda, seterusnya melemahkan
struktur tulang.
Beberapa
penyakit tertentu mempengaruhi jumlah kalsium yang diserap oleh tubuh, iaitu
penyakit Crohn, selia (coeliac), intolerans dan ketakcernaan laktosa.
Susu
dan makanan tenusu yang lain adalah sumber kalsium yang paling mudah didapati.
![]() |
Kalsium: Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Kuat |
Sesetengah
orang menghadapi masalah untuk mencernakan laktosa dalam susu dan produk
tenusu, namun terdapat sumber kalsium dalam makanan lain termasuk sayur-sayuran
hijau (cth., brokoli, kubis kerinting, bok choy); ikan di dalam tin dengan
tulang lembut yang boleh dimakan seperti sardin atau pilkard; kekacang
(terutamanya kacang Brazil dan badam); dan tauhu yang ditambah kalsium.
Jumlah
kalsium yang kita perlukan adalah berbeza mengikut peringkat kehidupan.
Pengambilan
kalsium harian yang disyorkan adalah berbeza bagi penduduk setiap negara, namun
secara umumnya individu tidak mengambil kalsium yang mencukupi.
Bagi
mereka yang tidak boleh mendapat kalsium yang mencukupi melalui diet, suplemen
mungkin dapat membantu. Namun, ia perlu dihadkan kepada 500-600 mg setiap hari
dan secara amnya, kalsium disyorkan supaya diambil bersama vitamin D.
VITAMIN
D
Memainkan
dua peranan utama untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat: membantu
tubuh menyerap kalsium daripada usus; memastikan pembaharuan dan pemineralan
tulang yang sempurna.
Membantu
meningkatkan keseimbangan dan kekuatan otot, seterusnya mengurangkan risiko
jatuh.
Dihasilkan
oleh kulit apabila terdedah kepada sinaran UV-B dalam cahaya matahari.
Kita
tidak boleh bergantung kepada cahaya matahari untuk merangsang pembentukan
vitamin D: musim dan latitud, penggunaan pelindung matahari, asbut di bandar,
pigmentasi kulit, umur individu dsb. juga mempengaruhi jumlah vitamin D yang
dapat dihasilkan oleh kulit melalui cahaya matahari.
Kekurangan
vitamin D yang teruk pada kanak-kanak boleh menyumbang kepada pembantutan
tumbesaran dan kecacatan tulang yang dikenali sebagai riket. Kekurangan vitamin
D pada orang dewasa menyebabkan penyakit osteomalasia, iaitu ‘pelembutan’ tulang
disebabkan pemineralan yang tidak sempurna.
Tahap
vitamin D yang rendah dalam kalangan penduduk dunia adalah hakikat yang
membimbangkan kerana keadaan ini boleh meningkatkan kecenderungan berlakunya
osteoporosis.
Sumber
vitamin D dalam diet termasuk: ikan berlemak (seperti salmon, tenggiri dan
sardin), kuning telur dan hati. Di sesetengah negara, susu, marjerin dan
bijirin sarapan diperkaya dengan vitamin D.
Pengambilan
vitamin D yang disyorkan berbeza mengikut kumpulan umur dan keperluannya
meningkat seiring dengan peningkatan umur.
![]() |
Vitamin D: Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Kuat |
Setiap
orang perlu cuba mendapatkan pendedahan cahaya matahari selama 10–20 minit pada
kulit (muka, tangan dan lengan) ketika matahari tidak terik (sebelum 10 pagi
dan selepas 2 petang) setiap hari – tanpa menggunakan sebarang pelindung
matahari – dengan berhati-hati agar anda tidak mengalami selaran matahari.
PROTEIN
![]() |
Protein: Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Kuat |
Membekalkan sumber asid amino penting yang diperlukan untuk menyokong pembinaan tulang.
Pengambilan
protein yang tidak mencukupi akan mengganggu pembinaan jisim tulang maksimum
semasa kanak-kanak dan remaja – menjejaskan pertumbuhan rangka – dan juga
pengekalan jisim tulang semasa penuaan.
Bagi
orang dewasa yang lebih tua, pengambilan protein yang rendah dikaitkan dengan
kehilangan ketumpatan mineral tulang [bone mineral density (BMD) – salah satu
penunjuk kekuatan tulang – pada pinggul dan tulang belakang.
Penambahan
protein untuk pesakit patah tulang pinggul telah terbukti mampu mengurangkan
kehilangan tulang selepas fraktur, komplikasi perubatan dan tempoh rehabilitasi
di hospital.
Kekurangan protein juga mengakibatkan pengurangan jisim otot dan kekuatan yang menjadi
faktor risiko jatuh.
Sumber: iofbonehealth
Nak tahu fakta menarik tentang tulang manusia, sila klik disini. Serta buat yang berminat hendak tahu apakah supplemen lengkap dan kaya dengan Nutrien untuk tulang kuat, serta elak dari tulang rapuh, boleh klik link dibawah ini.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
2 Comments
Penting sangat untuk kita jaga kesihatan tulang dari muda kan. Tq atul share.
ReplyDeleteya. sangat penting. sama-sama kekna
DeleteTerima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)