MENGEKALKAN KEKUATAN TULANG: PERANAN MIKRONUTRIEN

Atul Hamid
0



Mikronutrien ialah elemen atau bahan kimia yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk perkembangan dan pertumbuhan normal organisma hidup.

Terdapat pelbagai mikronutrien yang penting untuk kesihatan tulang dan manfaatnya kian dibuktikan oleh kajian. Mikronutrien ini termasuk: vitamin K; vitamin B dan homosistin; vitamin A; magnesium dan zink.

Kira-kira separuh daripada jisim tulang terkumpul semasa remaja.

Walaupun faktor genetik menyumbang sehingga 80% varians BMD maksimum, faktor-faktor boleh ubah seperti diet dan aktiviti fizikal juga boleh mempengaruhi pengumpulan jisim tulang. Jantina dan etnik juga memainkan peranan.

Umur kemuncak pengumpulan kalsium ialah 14 tahun bagi lelaki dan 12.5 tahun bagi perempuan.

Susu dan produk tenusu yang lain menyumbang sehingga 80% sumber pengambilan kalsium dalam makanan untuk kanak-kanak berumur dua tahun dan ke atas.

Kanak-kanak sekarang kurang minum susu berbanding dengan kanak-kanak 10 tahun lalu, dan penurunan ini mungkin dikaitkan dengan pengambilan minuman manis yang kian meningkat.

Anoreksia nervosa memberi kesan negatif terhadap BMD dan kekuatan tulang.

Kanak-kanak gemuk dan obes memiliki jisim dan luas kawasan tulang yang rendah untuk berat badan mereka dan ini menyebabkan mereka lebih cenderung mengalami fraktur berulang pada pergelangan tangan berbanding kanak-kanak yang mempunyai berat badan normal.

Berat badan sihat semasa kanak-kanak dan remaja menyumbang kepada kesihatan tulang optimum.

Sumber: iofbonehealth


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !