30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM

Atul Hamid
0


30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM


Banyak tanda menunjukkan kita kekurangan kalsium dan perlu diberi perhatian agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

Untuk makluman semua, kalsium adalah mineral yang paling banyak di dalam tubuh manusia. Merupakan yang paling terkenal kerana kalsium memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang dan perlindungan daripada berlakunya osteoporosis. Fungsi utama kalsium adalah membantu menguatkan tulang dan gigi. Selain itu, kalsium juga memainkan peranan penting sebagai pengantar di dalam sel tubuh dan ia perlu bagi memastikan fungsi sel normal, penghantaran isyarat saraf, rembesan hormon, pembekuan darah, pengecutan otot, dan kelonggaran otot dapat berlaku. Oleh itu, gejala kekurangan kalsium mungkin melibatkan kegagalan fungsi dalam pelbagai bentuk.

Punca Berlakunya Kekurangan Kalsium

Banyak faktor yang menyebabkan penyerapan kalsium terganggu sehingga menurunkan tahap kalsium dalam darah.  Faktor-faktor ini termasuk:
  1. Kekurangan vitamin D
  2. Kekurangan mineral dan magnesium
  3. Pengambilan mineral Natrium yang tinggi (contoh: garam)
  4. Pengambilan mineral Fosforus yang tinggi (terdapat banyak di dalam minuman gas seperti cola dan penambah makanan)
  5. Penyakit buah pinggang yang kronik
  6. Fungsi paratiroid yang tidak normal (disebabkan pembedahan leher / tiroid atau penyakit autoimun)
  7. Pembedahan bariatric (pintasan lambung)
  8. Pengambilan Ubat-ubatan (kemoterapi, ubat anti-serangan & lain-lain)



Gejala Kekurangan Kalsium

Tanda-tanda kekurangan kalsium boleh dilihat dari pelbagai sudut samada dari gejala yang ringan atau yang teruk. Kekurangan kalsium yang kronik dan tidak dirawat boleh menyebabkan banyak risiko yang perlu dihadapi seperti rakhitis , osteopenia, dan osteoporosis.

Berikut merupakan Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium yang berlaku terhadap tubuh kita. (Sumber:Universiti Health News)

1. Pengsan
2. Kegagalan jantung
3. Cepat penat dan letih
4. Sesak nafas
5. Sakit dada
6. Kerap kebas sekitar mulut, jari tangan dan kaki
7. Kekejangan otot, terutamanya di belakang dan kaki
8. Pernafasan berbunyi (wheezing)
9. Kesukaran untuk menelan
10. Perubahan suara disebabkan oleh laryngospasm
11. Menjadi Cepat Marah, tekanan perasaan, keupayaan intelektual tidak seimbang, kemurungan, gelisah dan perubahan personaliti
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
12. Sawan
13. Keletihan
14. Pergerakan yang sukar untuk dikawa
15. Sering kekejangan
16. Rambut kasar
17. Kuku rapuh
18. Psoriasis (sakit kulit)
19. Kulit kering
20. Kegatalan yang kronik
21. Gigi reput
22. Sering kesemutan di bahagian kaki
23. Kelemahan otot
24. Katarak
25. Paras kolesterol tinggi
26. Insomnia
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
27. Rheumatiod arthritis
28. Rakhitis
29. Tulang rapuh
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
30. Gejala-gejala Osteoporosis (sakit belakang, kehilangan ketinggian secara beransur-ansur dan postur yang merangkumi tulang belakang, tulang belakang, pergelangan tangan atau pinggul)
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM



Banyakkan tanda-tanda kekurang kalsium yang boleh dihadapi oleh sesorang. Adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika YA pastikan anda dapatkan nasihat dari doktor dengan segera. Sekiranya doktor mengesyaki bahawa anda mempunyai tanda-tanda kekurangan kalsium, anda boleh menjalani saringan ujian darah untuk mengenalpasti tahap kekurangan kalsium dalam tubuh anda.

Tahukah anda? Lembaga Makanan dan Pemakanan Institut Perubatan telah mewujudkan Saranan Pengambilan (AIs) untuk kalsium, dan ia merupakan jumlah yang dianggap cukup untuk mengekalkan kesihatan tulang pada orang yang sihat. AIs untuk orang dewasa sehingga usia 50 tahun adalah 1,000 mg kalsium sehari dari makanan dan makanan tambahan apabila digabungkan. Bagi orang dewasa 51 tahun dan lebih tua, saranan pengambilan kalsium adalah 1,200 mg sehari.

Apabila umur kita semakin meningkat, semakin berkuranglah segala nutrien dalam tubuh kita, oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan tubuh kita mendapat nutrien yang cukup untuk dapatkan tubuh yang sihat dan tulang yang kuat.

Bagaimana Cara Meningkatkan Pengambilan Kalsium?

Sekiranya anda mengalami masalah paras kalsium yang rendah dalam darah, anda dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kalsium dalam badan dengan mengenalpasti sumber makanan yang kaya dengan nutrisi dalam diet harian anda. Dengan memilih makanan tinggi kalsium; Contohnya seperti ikan salmon dan sardin yang perlu dimakan dengan tulangnya sekali, kubis, sawi hijau, brokoli, sayur-sayuran, lobak hijau, sayur bok choy, dan biji bijan; barulah masalah kekurangan kalsium dalam tubuh dapat diatasi. Namun jika anda rasa sukar untuk mengambil kesemua makanan tersebut dalam diet harian anda setiap hari, anda boleh cuba mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan kalsium dan nutrisi yang menyokong penyerapan kalsium 100% ke dalam tubuh.

Jika nak tahu apakah makanan tambahan tersebut, anda boleh klik disini. Makanan tambahan untuk tulang sihat dan kuat. Anda juga boleh mengenalpasti apakah nutrien terbaik untuk dapatkan tulang yang sihat dan kuat disini


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)


---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !