Showing posts with label Shaklee Kangar Perlis. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Kangar Perlis. Show all posts

KEKAL JELITA & MUDA DENGAN SERBUK KOLAGEN DAN VITAMIN C

Penghasilan kolagen secara semulajadi menurun seiring dengan peningkatan usia, meyebabkan kehilangan keanjalan, ketegangan, penghasilan kedutan dan garis halus (1)Sementara itu, pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan tekanan mengurangkan tahap Vitamin C anda. 

Pengambilan secara konsisten Vitamin C dan Collagen telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam persepsi penampilan kulit dan pengurangan kedutan yang jelas. Kedua-dua sahabat baik kulit ini bekerjasama memberikan anda peningkatan kesihatan yang ketara!

KEKAL JELITA & MUDA DENGAN SERBUK KOLAGEN DAN VITAMIN C

Rujukan:
(1) Varani J et al. Decreased Collagen Production in Chronogically Aged Skin. The American Journal of Pathology. 2006 Jun; 168(6): 1861–1868.

KOLAGEN
  • Mengandungi 4000mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah), Kolagen yang terpilih dengan teliti dan diekstrak dari sisik Ikan Merah
  • Memberi lebih daripada kolagen, ditambah dengan vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil muda dan kekal jelita
  • Berat melokul rendah untuk penyerapan yang tinggi
  • Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja
KEKAL JELITA & MUDA DENGAN SERBUK KOLAGEN DAN VITAMIN C

VITAMIN C
  • Produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif
  • Sistem perlepasan berperingkat yang melepaskan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam
  • Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

Baca juga:
Info Kolagen Shaklee
Info Vitamin C

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Kolagen Shaklee dan Vitamin C, anda boleh hubungi Atul di 0195733761 atau tekan gambar dibawah ini


KEKAL JELITA & MUDA DENGAN SERBUK KOLAGEN DAN VITAMIN C


---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

MEAL SHAKES SHAKLEE UNTUK ANAK BERPUASA BUAT KALI PERTAMA

Tidak sampai sebulan lagi bulan Ramadhan akan menjelma dan seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ramai yang tidak sabar hendak berpuasa termasuk kanak-kanak juga. Cuma, apakah cara yang terbaik yang boleh diberikan untuk kuatkan semangat mereka menjalani ibadah puasa terutamanya buat mereka yang berpuasa untuk kali pertama.

MEAL SHAKES SHAKLEE UNTUK ANAK BERPUASA BUAT KALI PERTAMA

Selalunya untuk 2 hingga 3 hari pertama merupakan masa yang amat sukar bagi kanak-kanak uang cuba berpuasa buat kali pertama.

Dari perspektif nutrisi, berikut adalah beberapa idea untuk ibu bapa bantu memudahkan perjalanan berpuasa mereka:

MEAL SHAKES SHAKLEE UNTUK ANAK BERPUASA BUAT KALI PERTAMA

SAHUR

Untuk memudahkan anak-anak bangun bersahur, ibu bapa perlu memastikan anak-anak memperoleh tidur yang cukup. Oleh itu, mereka perlulah tidur awal. Kemudian, berikan mereka permulaan hari yang baik dengan menyediakan:
  • Pemakanan bertenaga tinggi. Susu dan telur adalah penggalak tenaga yang hebat
  • Segelas Meal Shakes yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak anda kenyang lebih lama
  • Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dan kurang dahaga dengan Performance dengan rasa oren yang enak
  • Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting


IFTAR

Setelah seharian anak-anak berpuasa, anda digalakkan memberi pujian kepada mereka sebagai tanda sokongan dan galakkan kepada mereka agar mereka terus bersemangat untuk menjalani ibadah puasa. Selain itu, anda juga boleh membelikan 1 jenis makanan kegemaran mereka untuk juadah berbuka nanti sebagai penghargaan buat anak-anak yang berusaha untuk berpuasa, di samping itu hidangkan mereka dengan makanan yang sihat seperti
  • Kurma dan air adalah cara mudah untuk berbuka puasa
  • Buatkan sup atau stew kaya dengan mineral dan garam
  • Sediakan segelas Meal Shakes untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak anda dari terlebih makan.
I jenis makanan kegemaran untuk berbuka puasa sebagai penghargaan

Kenapa Meal Shakes dikatakan membantu anak-anak menjalani ibadah Puasa dengan lebih mudah kerana:
  • Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
  • Membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama
  • Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif
  • Rasa yang sedap apabila ditambah ke dalam shakes, sup berkrim dan ais krim
  • Ibu dan ayah juga menyukainya

Di sini Atul sertakan 1 testimoni Meal Shakes buat anak yang berpuasa

"Baru-baru ni, Ani ada dapat feedback dari customer Ani, katanya anaknya berpuasa tak penat.

Seronok tengok kanak-kanak berpuasa begini :)

Anak pun suka sebab Meal Shakes ni memang sedap, rasa Fresh Vanilla"

MEAL SHAKES SHAKLEE UNTUK ANAK BERPUASA BUAT KALI PERTAMA


Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Meal Shakes, anda boleh hubungi Atul di 0195733761 atau tekan gambar dibawah ini


---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

CINCH SHAKE MIX


CINCH SHAKE MIX

Terokai dunia baharu dengan bentuk tubuh yang ideal. Ia bukan mengenai kecantikan kerana anda sememangnya cantik. Ia mengenai kesihatan dan menjadi lebih sihat. Shaklee membantu anda mengurus berat badan secara sihat.


Makan dengan bijak, Shake dengan sihat, lengkap dan pantas.

Cinch Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan “Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?” atau “Apa yang harus saya makan untuk makan tengahari?”. Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat tersebut. Jika anda ingin menurunkan berat anda dengan berkesan, inilah caranya.

Cinch Shake Mix merupakan minuman yang sungguh lazat, sangat enak, pantas dan berkhasiat untuk membantu anda sentiasa berasa kenyang dan kepuasan semasa mengurangkan berat badan. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
• Bebas Laktos
• Rendah glisemik
• Soya Bukan-GMO 

Cinch Shakes Mix minuman yang enak dan merupakan hidangan yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa kepuasan semasa menurunkan berat badan. 

Faedah utama
  • Memberi faedah seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut dengan khasiat penuh satu hidangan
  • Dengan Cinch Pro. Campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine – asid amino
  • Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas
  • Diperkaya dengan Leucine™ bagi memelihara dan mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
  • Tinggi kandungan serat, 6 gram serat setiap hidangan
  • Indek glisemik, 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Indeks glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih nilai harian kepada 21 jenis vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO iaitu soya yang tidak diubahsuai genetiknya
  • Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan


Tahukan Anda? 
Leusina membantu mengekalkan otot untuk mencapai berat badan sihat.

Keistimewaan Shaklee
CINCH SHAKE MIX
  • Kaya dengan protein dan kalsium.
  • Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian.
  • Makanan tanpa kolesterol.

Perbezaan Shaklee

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protein. 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. (dicadangkan diambil bersama 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolism dan juga membakar kalori. Makanan kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Laucine. Launcine adalah nutrisi pentinf didalam Cinch untuk keperluan tubuh kita

Fakta Nutrisi
CINCH SHAKE MIX
Saiz Hidangan: 2 Skup (48 g)

Hidangan Setiap Bekas : 15


Cinch® Shake Mix 

1 tong RM 181.25 (Beli Sekarang)
Kod Produk: 11010 - Vanilla (720 gram / 15 hidangan)

Kod Produk: 11011- Chocolate (765 gram / 15 hidangan)

Kod Produk: 11012 - Cafe Latte (750 gram / 15 hidangan)

Saranan penggunaan:
Campur 2 skup serbuk ini ke dalam 1 cawan susu tanpa lemak dan campur sebati.


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Cinch Shake Mix, anda boleh hubungi Atul di 0195733761 atau tekan gambar dibawah ini

---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

AKTIVITI UNTUK TULANG SIHAT



Makan, minum dan bermain dengan gembira untuk membina tulang. Ini adalah masa untuk bergembira.
Anda ceria, muda dan seronok melakukan apa yang anda lakukan setiap hari.
Teruskannya! Ia baik untuk tulang anda!
Setiap kali anda keluar menari, berlari, membeli-belah atau bermain bola sepak, anda sebenarnya sedang membina tulang.
Mempunyai tulang yang kuat adalah penting kerana inilah masanya untuk anda mencapai jisim tulang yang maksimum.
Sambil anda membesar, tulang anda akan terus mengumpul jisim tulang.
Jadi, semakin banyak jisim tulang yang anda kumpul, semakin kuranglah risiko anda menghidapi osteoporosis di kemudian hari.
Tetapi bagi kebanyakan orang, jisim tulang maksimum dibina sebaik mereka mencapai umur 30 tahun.

Boleh Patah
Osteoporosis adalah penyakit di mana anda kehilangan jisim tulang dan meningkatkan risiko keretakan.



Ia biasanya terjadi kepada mereka yang berumur lebih 50 tahun dan biasanya hanya dikesan selepas tulang mereka retak atau patah.
Jika anda fikir tulang anda akan pulih semula seperti sediakala seperti ketika anda jatuh basikal di zaman kanak-kanak, anda salah.
Rawatan bagi osteoporosis biasanya merangkumi melambatkan kemerosotan penyakit ini dan menghalang keretakan daripada berlaku lagi.
Tetapi, pada masa yang sama, anda perlu hidup dengan keretakan yang sedia ada.
Jika ada fikir bergerak dengan tangan atau kaki yang disimen menyusahkan, cuba hidup dengan pinggul yang retak sepanjang hayat anda. Pasti anda tidak mahu ini terjadi, bukan?
Jadi, penjagaan tulang adalah sangat penting dan anda perlu terus berusaha mencapai jisim tulang maksimum dari sekarang.
Jika anda seorang yang aktif dan sedang menikmati zaman muda anda, pastinya tiada masalah untuk anda mencapai matlamat ini.

Membina Tulang Sihat
Dengan berjalan, berlari, berjoging atau bersukan seperti bermain bola sepak dan badminton, anda sudah pun melakukan senaman menahan berat yang paling efektif dalam pembinaan tulang.
Senaman menahan berat adalah mana-mana aktiviti yang memaksa anda membawa berat badan sendiri dan meletakkan tekanan kepada tulang yang akan merangsang pembentukannya.



Jadi, teruskan bergerak kerana ia akan menguatkan tulang!
Pengambilan kalsium yang secukupnya juga merupakan sebahagian daripada pembinaan tulang sihat.
Bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun, saranan pengambilan kalsium harian adalah 1,000 miligram (mg) manakala 800 mg pula disyorkan kepada mereka yang berumur antara 19 hingga 29 tahun.
Sumber kalsium yang terbaik adalah produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju.
Tetapi ini bukan satu-satunya pilihan untuk anda. Terdapat pelbagai lagi makanan yang kaya dengan kalsium yang boleh anda ambil jika anda tidak suka meminum susu.
Ibu anda ada sebab yang baik menyuruh anda memakan sayur-sayuran.
Sayur-sayuran berwarna hijau gelap dan berdaun adalah sumber kalsium yang baik. Secawan kai lan atau pak choy Cina akan memberikan 100 mg kalsium manakala secawan brokoli pula memberi 40 mg.
Jadi, makanlah sayur-sayuran hijau seperti yang disuruh ibu anda!
Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari produk soya seperti tofu, taufu fah dan tempe.
Satu lagi cara mendapatkan kalsium adalah dengan mengambil ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti ikan sardin dan ikan bilis, tetapi awasi pengambilan natrium (sodium) anda juga. Garam yang terlalu banyak boleh menjejaskan tulang.
Bagi yang sentiasa sibuk dan memilih makanan sedia dimakan, anda boleh mengambil minuman yang diperkaya dengan kalsium seperti jus oren, minuman yogurt, minuman bermalt atau biskut dan bijirin yang kaya dengan kalsium.
Anda memerlukan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
Badan anda menghasilkan Vitamin D apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Melainkan anda jenis yang suka keluar malam, asyik terperap di rumah atau obses dengan pelindung sinaran matahari, anda biasanya sudah pun mendapat pendedahan kepada cahaya matahari yang mencukupi.


Walaupun anda kekurangannya, makanan seperti keju, mentega, marjerin, susu diperkaya dan ikan dapat memenuhi keperluan vitamin D anda.
Hidup kini sungguh menarik buat anda. Anda menerokai perkara baru, menikmati zaman muda dan kebebasan serta sedang menikmati hidup.
Ini tidak bermakna anda perlu mengabaikan penjagaan tulang.
Tetapi, tiada siapa yang menyuruh anda berhenti melakukan aktiviti kegemaran anda.
Malah, ia digalakkan kerana ia baik untuk tulang! Jadi nikmatilah hidup dan tulang yang sihat.

Gaya hidup tidak sihat
Kebanyakan remaja dan orang muda kini terlalu obses dengan berat badan mereka sehingga mengamalkan tabiat makan yang merbahaya.
Anorexia nervosa adalah masalah pemakanan di mana anda makan terlalu sedikit demi mengurangkan berat badan.
Bulimia nervosa pula adalah penyakit di mana seseorang makan mengikut nafsu tetapi kemudian memuntahkan semula makanan yang baru saja diambil.
Kedua-dua penyakit ini mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak yang bukan saja menjejaskan tulang, tetapi kesihatan anda secara keseluruhannya.
Apabila anda mempunyai status berat badan yang rendah, penghasilan hormon anda juga akan terjejas.
Kekurangan estrogen, sejenis hormon yang melindungi tulang, boleh menyebabkan anda kehilangan jisim tulang dan mengganggu kitaran haid anda.
Bukan itu saja, anda juga akan turut mengalami malnutrisi dan kekurangan kalsium.
Anda juga perlu mengurangkan pengambilan alkohol dan merokok.
Pengambilan alkohol berlebihan boleh menjejaskan sel tulang dan mengganggu penyerapan kalsium.
Dan walaupun tiada bukti kukuh tentang bagaimana merokok boleh menjejaskan tulang, adalah baik jika anda berhenti kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai penyakit lain.
Pilihlah untuk menjalani hidup yang sihat dan menjaga tulang anda.
Ia bukan saja memberi manfaat di kemudian hari tetapi juga menjadikan anda lebih sihat sekarang agar dapat melakukan apa juga aktiviti yang anda gemari.
Artikel Tulang Sihat Sepanjang Hayat oleh Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur ini disokong oleh geran pendidikan daripada Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd dan Rottapharm Madaus.

Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd 


Continue Reading

30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM



30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM


Banyak tanda menunjukkan kita kekurangan kalsium dan perlu diberi perhatian agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

Untuk makluman semua, kalsium adalah mineral yang paling banyak di dalam tubuh manusia. Merupakan yang paling terkenal kerana kalsium memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang dan perlindungan daripada berlakunya osteoporosis. Fungsi utama kalsium adalah membantu menguatkan tulang dan gigi. Selain itu, kalsium juga memainkan peranan penting sebagai pengantar di dalam sel tubuh dan ia perlu bagi memastikan fungsi sel normal, penghantaran isyarat saraf, rembesan hormon, pembekuan darah, pengecutan otot, dan kelonggaran otot dapat berlaku. Oleh itu, gejala kekurangan kalsium mungkin melibatkan kegagalan fungsi dalam pelbagai bentuk.

Punca Berlakunya Kekurangan Kalsium

Banyak faktor yang menyebabkan penyerapan kalsium terganggu sehingga menurunkan tahap kalsium dalam darah.  Faktor-faktor ini termasuk:
  1. Kekurangan vitamin D
  2. Kekurangan mineral dan magnesium
  3. Pengambilan mineral Natrium yang tinggi (contoh: garam)
  4. Pengambilan mineral Fosforus yang tinggi (terdapat banyak di dalam minuman gas seperti cola dan penambah makanan)
  5. Penyakit buah pinggang yang kronik
  6. Fungsi paratiroid yang tidak normal (disebabkan pembedahan leher / tiroid atau penyakit autoimun)
  7. Pembedahan bariatric (pintasan lambung)
  8. Pengambilan Ubat-ubatan (kemoterapi, ubat anti-serangan & lain-lain)



Gejala Kekurangan Kalsium

Tanda-tanda kekurangan kalsium boleh dilihat dari pelbagai sudut samada dari gejala yang ringan atau yang teruk. Kekurangan kalsium yang kronik dan tidak dirawat boleh menyebabkan banyak risiko yang perlu dihadapi seperti rakhitis , osteopenia, dan osteoporosis.

Berikut merupakan Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium yang berlaku terhadap tubuh kita. (Sumber:Universiti Health News)

1. Pengsan
2. Kegagalan jantung
3. Cepat penat dan letih
4. Sesak nafas
5. Sakit dada
6. Kerap kebas sekitar mulut, jari tangan dan kaki
7. Kekejangan otot, terutamanya di belakang dan kaki
8. Pernafasan berbunyi (wheezing)
9. Kesukaran untuk menelan
10. Perubahan suara disebabkan oleh laryngospasm
11. Menjadi Cepat Marah, tekanan perasaan, keupayaan intelektual tidak seimbang, kemurungan, gelisah dan perubahan personaliti
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
12. Sawan
13. Keletihan
14. Pergerakan yang sukar untuk dikawa
15. Sering kekejangan
16. Rambut kasar
17. Kuku rapuh
18. Psoriasis (sakit kulit)
19. Kulit kering
20. Kegatalan yang kronik
21. Gigi reput
22. Sering kesemutan di bahagian kaki
23. Kelemahan otot
24. Katarak
25. Paras kolesterol tinggi
26. Insomnia
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
27. Rheumatiod arthritis
28. Rakhitis
29. Tulang rapuh
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
30. Gejala-gejala Osteoporosis (sakit belakang, kehilangan ketinggian secara beransur-ansur dan postur yang merangkumi tulang belakang, tulang belakang, pergelangan tangan atau pinggul)
30 TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM



Banyakkan tanda-tanda kekurang kalsium yang boleh dihadapi oleh sesorang. Adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika YA pastikan anda dapatkan nasihat dari doktor dengan segera. Sekiranya doktor mengesyaki bahawa anda mempunyai tanda-tanda kekurangan kalsium, anda boleh menjalani saringan ujian darah untuk mengenalpasti tahap kekurangan kalsium dalam tubuh anda.

Tahukah anda? Lembaga Makanan dan Pemakanan Institut Perubatan telah mewujudkan Saranan Pengambilan (AIs) untuk kalsium, dan ia merupakan jumlah yang dianggap cukup untuk mengekalkan kesihatan tulang pada orang yang sihat. AIs untuk orang dewasa sehingga usia 50 tahun adalah 1,000 mg kalsium sehari dari makanan dan makanan tambahan apabila digabungkan. Bagi orang dewasa 51 tahun dan lebih tua, saranan pengambilan kalsium adalah 1,200 mg sehari.

Apabila umur kita semakin meningkat, semakin berkuranglah segala nutrien dalam tubuh kita, oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan tubuh kita mendapat nutrien yang cukup untuk dapatkan tubuh yang sihat dan tulang yang kuat.

Bagaimana Cara Meningkatkan Pengambilan Kalsium?

Sekiranya anda mengalami masalah paras kalsium yang rendah dalam darah, anda dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kalsium dalam badan dengan mengenalpasti sumber makanan yang kaya dengan nutrisi dalam diet harian anda. Dengan memilih makanan tinggi kalsium; Contohnya seperti ikan salmon dan sardin yang perlu dimakan dengan tulangnya sekali, kubis, sawi hijau, brokoli, sayur-sayuran, lobak hijau, sayur bok choy, dan biji bijan; barulah masalah kekurangan kalsium dalam tubuh dapat diatasi. Namun jika anda rasa sukar untuk mengambil kesemua makanan tersebut dalam diet harian anda setiap hari, anda boleh cuba mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan kalsium dan nutrisi yang menyokong penyerapan kalsium 100% ke dalam tubuh.

Jika nak tahu apakah makanan tambahan tersebut, anda boleh klik disini. Makanan tambahan untuk tulang sihat dan kuat. Anda juga boleh mengenalpasti apakah nutrien terbaik untuk dapatkan tulang yang sihat dan kuat disini


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)


---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

TULANG SIHAT UNTUK BADAN LEBIH KUAT



Tulang-tulang menyokong susuk tubuh kita, membantu kita bergerak bebas, melindungi keselamatan organ, juga turut menyimpan mineral yang diperlukan tubuh. Tulang merupakan dasar infrastruktur badan kita, dan memastikan ianya kuat dan kekal sihat serta lebih  muda dalam kita meningkat usia.

Keadaan tulang manusia berubah dan berkembang sepanjang hayat; ia mereput dan berganti dengan yang baru. Akan tetapi setelah sampai ke satu peringkat jisim tulang optimum di satu peringkat umur tertentu, lebih banyak jisim tulang yang hilang berbanding apa yang diperolehi. Dengan tulang yang kuat, anda kurang menghidap penyakit tulang seperti osteoporosis.


Gaya Hidup Sihat Membantu Ke Arah Kesihatan Tulang Yang Lebih Baik!

Bergerak Bebas

Gaya Hidup Sihat Membantu Ke Arah Kesihatan Tulang Yang Lebih Baik!

Senaman secara teratur memainkan peranan penting dalam meningkatkan kepadatan tulang dan mencegah kereputan tulang dalam kita meningkat usia. Latihan-latihan senaman angkat berat merupakan senaman terbaik untuk membina tulang serta badan yang sasa dan kuat


Berhenti Merokok

Gaya Hidup Sihat Membantu Ke Arah Kesihatan Tulang Yang Lebih Baik!
Kajian menunjukkan bahawa merokok meningkatkan risiko pereputan tulang dan menyebabkan komplikasi semasa proses penyembuhan. Berhentilah merokok dan pilihlah jalan untuk tulang lebih sihat.


Hadkan Pengambilan Alkohol

Gaya Hidup Sihat Membantu Ke Arah Kesihatan Tulang Yang Lebih Baik!
Penggunaan alcohol kronik (lebih daripada 2 pengambilan satu hari) meningkatkan risiko kesihatan tulang dan penyakit osteoporosis serta melambatkan proses penyembuhan. Kurangkan pengambilan alcohol anda untuk meningkatkan kesihatan tulang hari ini.


Bagaimana Membina Tulang Yang Kuat?

Kalsium memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang dan kekuatan seseorang. Malah, 99% daripada kalsium dalam badan kita disimpan di dalam tulang-temulang. Namun, kalsium sahaja tidak dapat melakukan segalanya. Bersama gabungan unik mineral yang lain diperlukan untuk menyokong pembentukan Kristal keras yang akhirnya menyokong tulang menghasilkan kerangka dan kekuatan


Mineral Penting Untuk Kesihatan Tulang:

Kalsium
Blok binaan utama untuk tulang yang sihat dan kuat. Ia memelihara kepadatan tulang normal untuk tulang yang sihat dan kuat sepanjang hayat

Magnesium
Kunci utama bafi asimilasi tubuh dan penggunaan kalsium yang baik. Ia melibatkan penukaran vitamin D ke dalam bentuk aktif supaya ia boleh merangsang penyerapan kalsium

Vitamin D
Menyokong penyerapan kalsium dan memelihara kalsium yang mencukupo dan tahap fosfat untuk proses pembentukan tulang normal

Boron
Menyokong proses metabolic tulang dan penggunaan pelbagai nutrienpembentukan tulang yang baik seperti kalsium, magnesium dan vitamin D

Zink, Tembaga, Mangan
Aktifkan enzim yang terlibat dalam proses pembentukan tulang. Nutrien trio ini juga merupakan mineral utama dalam mengekalkan tulang daripada kerosakan antioksidan

Mineral Penting Untuk Kesihatan Tulang

Dengan menggabungkan semua mineral ini ke dalam diet harian anda, ia dapat memberikan khasiat yang lebih daripada sekadar tulang yang lebih kuat. Ia juga membantu:
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf
  • Mengurangkan gejala-gejala PMS seperti mengembung, kejang, retensi air, kerengsaan dan  kemurungan
  •  Mengurangkan risiko osteoporosis

Nak tahu fakta menarik tentang tulang manusia, sila klik disini. Serta buat yang berminat hendak tahu apakah supplemen lengkap dan kaya dengan Nutrien untuk tulang kuat, serta elak dari tulang rapuh, boleh klik link dibawah ini.


1.             Supplemen terbaik untuk tulang sihat


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)



---------------------------------------------------------------




LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading