KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)

Assalamualaikum & Selamat pagi Semua ☺

Hari ini Atul nak share tentang apa yang orang selalu sebut sebagai healing crisis atau krisis pemulihan. Kadang-kadang apabila kita makan supplement, kita tak rasa lebih sihat malah rasa lebih teruk dari sebelumnya. Sebenarnya kita sedang mengalami healing crisis. Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth Swope dari Columbia Unversity ni.



Berasa lebih teruk selepas mengambil supplement?

Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan merupakan suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik berlaku, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini dimaksudkan sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan


Mengapa Berlakunya Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula


Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Tanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang sama semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat dan jangka panjang proses juga adalah berbeza.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada tahap kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari, 2-3 minggu atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik



Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

Tanda Krisis Penyembuhan
Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktif
Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersihrehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAllah.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------




LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Continue Reading

4 Cara Vivix Bertindak


VIVIX dihasilkan dari bahan yang telah diuji secara klinikal. Antara bahan yang terkandung dalam Vivix adalah anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberi Eropah dan Knotweed Jepun. Keempat-empat botani terpilih ini kaya dengan resveratrol dan juga polifenol. Hasil kepada mereka yang mengaamalkan Vivix akan kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.


Mesti baca: Ramuan Vivix

Vivix Shaklee membantu mereka yang menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, kencing manis (diabetes), strok (angin ahmar) & lain-lain penyakit lagi agar tidak menjadi bertambah teruk.

Menurut kajian, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada EMPAT mekanisma penting penuaan pada tahap sellular



4 Cara Vivix Bertindak


Empat cara Vivix bertindak atau mekanisma penuaan pada tahap sellular

Cara Vivix Bertindak: Pembaikan DNA


Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu kesilapan yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

Oleh itu. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada asal


Ramuan Vivix melindungi & memperbaiki sellular DNA


4 Cara Vivix Bertindak

Cara Vivix Bertindak: Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular

Sel yang tidak dibaiki akan menyebabkan kerosakan pada DNA sel, mewujudkan "typo" yang boleh menjejaskan fungsi sel dan ketahanan sel. Ini disebabkan oleh serangan radikal bebas ke atas sel tersebut

Di dalam satu pertemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular

4 Cara Vivix Bertindak

Cara Vivix Bertindak: Meningkatkan pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun oleh Sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan.
Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsinya, sel turut ikut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel

4 Cara Vivix Bertindak


Cara Vivix Bertindak: Penghalang penimbunan Protein AGE

Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glutican End products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel & panjang umur.

AGE terbentuk semulajadi dalam badan melalui gabungan gula dan juga protein. AGE dapat dilambatkan proses pembentukan dengan pengambilan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Bahaya AGE boleh menyebabkan penyakit seperti Diabetes, Strok, Alzheimer, Serangan jantung dan lain-lain lagi

Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (Kandungan unik anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE


4 Cara Vivix Bertindak

Oleh itu, untuk mendapatkan kesihatan yang baik & berkualiti, kita digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat . Selain itu, pemakanan yang kaya dengan nutrisi juga perlu di ambil setiap hari.

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Vivix setiap hari yang mana Vivix mempunyai anti oksidan & anti penuaan yang tinggi

** Satu bekalan 30-hari Vivix memberikan jumlah yang setara resveratrol ditemui dalam 3000 gelas wain merah. 

Tapi kita as a Muslim takkan nak minum wain pulak kan.. Jadi, minumlah Vivix Shaklee.

Mesti baca:



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di http://atulhamid.wasap.my

------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

Apakah kolesterol bahaya? Kolesterol Pembunuh Senyap Anda!



APA ITU KOLESTEROL?
Tahukah anda? Kolesterol sering dikaitkan dengan lemak makanan. Sebenarnya, kolesterol terhasil melalui TUBUH kita sendiri. Yang mana, HATI menghasilkan 75% kolesterol dalam darah, dan lagi 25% kolesterol barulah terhasil dari MAKANAN. Kolesterol pada paras normal sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting iaitu untuk membantu sel-sel tubuh berfungsi.

Kolesterol Pembunuh Senyap Anda!


TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI
Kolesterol tinggi tidak menunjukkan apa-apa tanda. Tetapi kolesterol akan mengakibatkan kerosakan untuk satu tempoh yang lama. Kandungan kolesterol yang tinggi akan membentuk lapisan/dinding didalam arteri yang dikenali sebagai aterosklerosis. Keadaan ini menyempitkan pengaliran darah dalam arteri dan akan menyebabkan berlakunya penyakit jantung. Berita baik tentang kolesterol tinggi ini adalah ia mudah dikesan dan ada pelbagai cara untuk mengurangkannya

Kolesterol Pembunuh Senyap Anda!


UJIAN TAHAP KOLESTEROL
Individu yang melebihi umur 20-an sepatutnya melakukan pemeriksaan tahap kolesterol sekurang-kurangnya sekali untuk 4 hingga 6 tahun. Ianya boleh dilakukan dengan ujian darah yang mudah dan cepat. Ia bertujuan untuk mengukur perbandingan tahap kolesterol darah dalam badan selepas tempoh 9-12 jam selepas makan. Keputusan akan menunjukkan tahap kolesterol baik (HDL) atau kolesterol jahat (LDL) serta trigliserida.

Kolesterol Pembunuh Senyap Anda!


KOLESTEROL JAHAT (LDL)
Kebanyakan kolesterol dalam darah dibawa oleh protein yang dipanggil kolesterol jahat (LDL). Ia dikenali sebagai kolesterol jahat kerana bersatu dengan unsur lain untuk membentuk lapisan /dinding pada arteri. Pengambilan diet yang tinggi terhadap makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans akan meningkatkan kolesterol jahat. Bagi kebanyakan individu, bacaan LDL dibawah 100 adalah sihat. Tetapi bagi individu yang ada masalah jantung, memerlukan bacaan yang lebih rendah daripada itu.

KOLESTEROL BAIK
Dikenali kolesterol baik (HDL) kerana membantu mengalihkan kolesterol jahat dan mengelakkan ia daripada membentuk lapisan/dinding didalam arteri. Bacaan HDL yang tinggi adalah baik. Namun, bagi individu yang mempunyai paras kolesterol baik yang rendah akan meningkatkan serangan jantung. Makan makanan yang mengandungi lemak baik seperti minyak zaitun akan membantu meningkatkan kolesterol baik.

TRIGLISERIDA
Badan menukarkan kalori kepada gula dan alkohol kepada trigliserida iaitu sejenis lemak yang dibawa didalam darah dan disimpan didalam sel lemak didalam tubuh. Individu yang mempunyai berat berlebihan, tidak aktif, merokok dan peminum tegar mempunyai tahap trigliserida yang tinggi. Kandungan trigliserida pada 150 atau lebih tinggi akan meletakkan individu dalam risiko sindrom metabolisma yang berkaitan sakit jantung dan diabetes

JUMLAH KOLESTEROL
Jumlah kolesterol adalah kombinasi antara LDL, HDL dan "Very-low-density lipoprotein" (VLDL). VLDL adalah penunjuk awal untuk LDL, iaitu kolesterol jahat. Jumlah tahap kolesterol dibawah 200 adalah sihat manakala bagi individu yang mempunyai tahap yang lebih tinggi meningkatkan risiko kepada penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang berada dibawah 200.

NISBAH KOLESTEROL
Nisbah kolesterol yang dicadangkan oleh doktor adalah 4:1 atau lebih rendah. Semakin kecil nisbah adalah lebih baik. Angka ini berguna untuk menentukan risiko penyakit jantung

KOLESTEROL DALAM MAKANAN
Makanan yang kaya dengan kolesterol seperti telur, udang dan lobster bukan lagi 1 benda yang perlu dirisaukan. Ujian menunjukkan kolesterol yang kita ambil dalam makanan di atas hanya membawa kesan yang kecil dalam tahap kolesterol di dalam darah bagi kebanyakan individu. Hanya sesetengah individu akan meningkat tahap kolesterol selepas memakan telur, tetapi bagi kebanyakan individu, pengambilan lemak tepu dan lemak trans adalah lebih merisaukan. Tahap pengambilan kolesterol sehari bagi individu sihat adalah 300mg dan 200mg bagi mereka yang berisiko tinggi. Tahukah anda, sebiji telur mempunyai 186mg kolesterol.

KOLESTEROL DAN SEJARAH KELUARGA
Kolesterol datang dari 2 sumber iaitu makanan dan tubuh kita sendiri. Dan yang mana satukah menghasilkan kolesterol yang lebih tinggi?
Bagi sesetengah individu, faktor genetik mempengaruhi penghasilan kolesterol yang tinggi dan sesetengah individu memperoleh kolesterol melalui makanan. Lemak tepu dan kolesterol terhasil daripada sumber makanan seperti daging, telur dan tenusu. Dalam banyak kes, kolesterol tinggi adalah kombinasi daripada kedua-duanya


APA YANG MENINGKATKAN RISIKO
Faktor yang meningkatkan kolesterol antaranya adalah:
1. Pengambilan lemak tepu
2. Sejarah keluarga yang ada masalah kolesterol
3. Berat badan berlebihan
4. Faktor penuaan

KOLESTEROL DAN JANTINA
Wanita biasanya mempunyai tahap kolesterol lebih rendah berbanding lelaki. Wanita kebiasaannya mempunyai tahap kolesterol baik (HDL) yang lebih tinggi berbanding lelaki. Salah satu puncanya adalah hormon estrogen. Hormon estrogen yang meningkat menyebabkan tahap HDL meningkat. Penghasilan estrogen mengikut umur dan berkurang sehingga monopos. Selepas umur 55 tahun, kebanyakan wanita akan mengalami masalah peningkatan tahap kolesterol

KOLESTEROL DAN KANAK-KANAK
Pelbagai bukti menunjukkan lapisan kolesterol mula terbentuk dilapisan arteri sejak kanak-kanak lagi dan mengakibatkan penyakit "artherosclerosi" dan penyakit jantung dalam kehidupan. The American Heart Association mencadangkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi mengambil langkah untuk mengurangkannya. Sebaiknya jumlah kolesterol adalah dibawah 170 bagi umur 2tahun hingga ke 19tahun

KENAPA PERLU PEDULI TENTANG KOLESTROL TINGGI?
Kolesterol tinggi adalah faktor utama untuk penyakit arteri koronari. Dimana ia juga merupakan penyebab utama kepada penyakit alzheirmers atau nyanyuk. Lapisan/dinding yang terbentuk di arteri mengakibatkan saluran menjadi sempit dimana sekiranya ia terus tertutup akan mengakibatkan serangan jantung dan strok.

KAEDAH PENGURANGAN KOLESTEROL

1. MAKAN LEBIH FIBER
* Fiber boleh mengurangkan kolesterol jahat
* Sumber utama fiber adalah gandum, roti gandum, kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan, buah kering

2. KENALI LEMAK ANDA
Pengambilan kalori sehari adalah tidak lebih 35% daripada lemak. Lemak trans dan lemak tepu dalam makan meningkatkan kolesterol jahat dan mengurangkan kolesterol baik. Kedua-kedua lemak ini boleh ditemui di dalam makanan yang dibakar dan digoreng. Lemak tidak tepu akan mengurangkan kolesterol jahat apabila bergabung dengan makanan sihat yang lain seperti avokado, minyak zaitun dan minyak kekacang

3. PENGAMBILAN PROTEIN
Daging dan susu penuh lemak mengandungi banyak protein tetapi ia juga merupakan sumber utama kolesterol. Anda boleh mengurangkan kolesterol jahat dengan pengambilan protein daripada soya sebagai contoh tauhu. Ikan adalah contoh terbaik seperti salmon yang mengandungi asid lemak omega-3, yang mana ia memperbaiki tahap kolesterol. The American Heart Association mencadangkan pengambilan ikan 2x seminggu.
Jika anda sukar untuk mendapatkan sumber ikan atau sukar untuk menyediakan hidangan ikan yang berkualiti tinggi, anda boleh mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Sumber ikan Omega guard ditemui dari laut dalam.
<<Klik untuk ketahui 10 manfaat Omega Guard>>

4. HIDANGAN KARBOHIDRAT YANG RENDAH
Untuk memperbaiki tahap kolesterol, pengambilan karbohidrat yang rendah adalah lebih baik berbanding pengambilan sumber makanan yang mengandungi lemak yang rendah

5. KURANGKAN BERAT
Mengurangkan berat badan secara automatik dapat mengurangkan tahap triglycerides, LDL dan jumlah keseluruhan kolesterol. Pengurangan beberapa kilogram berat turut meningkatkan tahap kolesterol baik

6. BERHENTI MEROKOK
Berhenti merokok akan menyebabkan kolesterol baik meningkat sekurang-kurangnya 10%

7. SENAMAN
Sekiranya anda sihat dan melakukan aktiviti pergerakan (senaman), ia dapat meningkatkan kadar kolesterol baik kira-kira 5% dalam masa 2bulan. Senaman sacara konsisten turut mengurangkan kolesterol jahat sebagai contoh berenang, berjalan laju dan berlari.

RAWATAN

1. UBAT-UBATAN
Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan, pengawalan pengambilan makanan dan senaman tidak cukup dalam menurunkan paras kolesterol jahat. Oleh itu, pengambilan tahap perubatan yang disarankan oleh pakar perubatan adalah satu daripada pilihan. Ubat-ubatan ini akan memberhentikan kolesterol dalam hati tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor

2. SUPLEMEN
Pengambilan suplemen dapat membantu meningkatkan kolesterol baik. Sebagai contoh suplemen Omega Guard Shaklee

3. HERBA
Herba juga dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat. Contohnya, bawang putih, Esktrak daun Articok, yarrow, selasih, biji halba

BERAPA RENDAH TAHAP KOLESTEROL YANG BOLEH DI CAPAI
Bagi mereka yang mempunyai diabetes, tahap kolesterol jahat dibawah 100 adalah mencukupi dan sekiranya ada penyakit jantung atau masalah arteri koronari, para doktor mencadangkan perlu menurunkan paras kolesterol jahat kepada 70 dan kebawah


Jadi jangan tunggu lagi. Ayuh uji tahap kolesterol anda sekarang, dan jangan biarkan kolesterol menjadi pembunuh senyap dikalangan diri kita.



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------



LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Continue Reading

10 Manfaat Omega Guard Shaklee



BAIK UNTUK JANTUNG, MINDA DAN TUBUH BADAN.
1 HIDANGAN OMEGA GUARD DAPAT MEMBEKALKAN 905mg
ASID-ASID LEMAK OMEGA-3 EPA dan DHA.

10 Manfaat Omega Guard Shaklee


antara manfaat2 omega guard shaklee adalah:



1. MELINDUNGI JANTUNG.

membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi
ultratulen dengan spektrumpenuh bergred farmaseutikal.

2. MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.

pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh kurangkanrisiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Plus, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak,penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

3. MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK.

DHA dan EPA bole menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

4. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN.

DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.

5. MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI.

DHA dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah menyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain.

6. MENINGKATKAN SISTEM IMUN & MENYIHATKAN PARU-PARU.

mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis,demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis,SLE (system lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

7. MENENTANG KANSER.

kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

8. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI.

paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.


9. MENCEGAH INSOMNIA.

EPA dan DHA membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

10. MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN.

kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi


so..tunggu apa lagi?
kalau anda ada masalah2 di atas,
jangan segan silu sms atau pm saya ye



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------



LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Continue Reading

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)


Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan) | Tahukah anda, bahawa alternatif semulajadi untuk mengurangkan alahan adalah dengan mengamalkan pengambilan sumber makanan yang tinggi dengan kandungan vitamin C


Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)

Definisi Alahan


Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Alahan muncul apabila sistem imunisasi tubuh manusia bertindakbalas dengan persekitaran seperti bulu kucing, habuk, kulat, debunga atau habuk

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)

Cara Alahan Berlaku

Virus atau bakteria alahan mula menyerangi sistem imunisasi manusia dengan mengeluarkan biokimia yang dipanggil histamin

Tindak balas imun sensitif berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk.

Hal ini menyebabkan gatal-gatal, bengkak, kerengsaan kulit/ruam, batuk, hidung berair, kerap bersin, & kekejangan otot.


Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)
Tanda-tanda umum alahan

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)
Simptom Alahan
Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Tanda-Tanda Alahan?

Jika tubuh manusia kekurangan vitamin C, kandungan histamin dalam darah akan berada pada paras yang lebih tinggi

Baca juga: Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

Dengan mengamalkan pengambilan vitamin C, ia boleh membantu kita memberhentikan pelepasan histamin dari berterusan

Kandungan vitamin C yang tinggi dapat membantu memusnahkan histamin dengan lebih cepat sebaik sahaja ia dilepaskan di dalam darah

Oleh sebab itu, disarankan kepada mereka yang menghidapi alahan mengamalkan pengambilan vitamin C lebih 500mg sehari kerana penyerapan vitamin C dalam tubuh bergantung sangat dengan jumlah vitamin C yang diambil samada melalui sumber makanan atau suplemen

Keterangan ini telah dikaji oleh penyelidik Kompauer et. al. (2007), kajian telah membuktikan dan menyokong peranan suplemen vitamin C terhadap mereka yang mengamalami alahan.

Jika anda nak tahu, sumber makanan yang kaya dengan vitamin C perlu dimakan dengan segera ketika segar, kerana jika terlebih masak atau kurang masak, kandungan vitamin C akan hilang

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)
Buah Yang Kaya Vitamin C

Tahukah anda juga, bahawa pengambilan vitamin C bersama-sama bioflavanoids sebenarnya meningkatkan lagi tindakan dalam memusnahkan pelepasan histamin & melegakan gejala alahan

Cadangan Vitamin C tambahan untuk atasi alahan

Sustained Released Vita-C Plus 500mg dari Shaklee mengandungi bioflavnoids. Oleh itu, vitamin C ini sangat-sangat dicadangkan dan bagus diamalkan oleh individu yang ada alahan untuk mengurangkan masalah alahan yang dihadapinya.

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)
Perbezaan Vitamin C Shaklee

Kelebihan vitamin C Shaklee, antaranya:
  • Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  • Mencerahkan kulit.
  • Membantu mengecutkan dan menghilangkan jerawat
  • Menaikkan seri wajah muka kerana collagen dalam badan telah bertambah
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Pengganti "Panadol"
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.
  • Menghilangkan jerawat yang teruk
  • Mengecilkan lubang pori di muka
  • Melicinkan tumit kaki yang merekah.
  • Membantu kulit sensitif seperti eczema dan resdung.
  • Menggantikan tisu yang rosak.
  • Melindungi badan dari radikal bebas.

Maklum Balas Pengguna Yang Telah Mengamalkan Vitamin C

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)
Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)
Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Simptom Alergi (Alahan)
Jadi, bagi anda yang ingin atasi masalah alahan, bolehla cuba mengamalkan Vitamin C Shaklee ini.

Baca juga: Info tentang Vita C Plus Shaklee

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Rujukan:

1. PreventionMag. "3 Supplements For Allergies." Prevention. N.p., 2015. Web. 26 Oct. 2016. 
2. Brawn, A. (2016). Vitamin C For Allergy Relief - MyVitamins. Retrieved October 26, 2016, from http://www.myvitamins.com/articles/abcs-of-good-health/vitamin-c-for-allergy-relief/
3. Kompauer, I., Heinrich, J., Wolfram, G., & Linseisen, D. (2007). Association of caratenoids, tocopherols and vitamin C in plasma with allergic rhinitis and allergic sensitisation inadults. Public Health Nutrition 9(4) 472-479.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di http://atulhamid.wasap.my

------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading