APA ITU KOLESTEROL?
Tahukah anda? Kolesterol sering dikaitkan dengan lemak makanan. Sebenarnya, kolesterol terhasil melalui TUBUH kita sendiri. Yang mana, HATI menghasilkan 75% kolesterol dalam darah, dan lagi 25% kolesterol barulah terhasil dari MAKANAN. Kolesterol pada paras normal sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting iaitu untuk membantu sel-sel tubuh berfungsi.
TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI
Kolesterol tinggi tidak menunjukkan apa-apa tanda. Tetapi kolesterol akan mengakibatkan kerosakan untuk satu tempoh yang lama. Kandungan kolesterol yang tinggi akan membentuk lapisan/dinding didalam arteri yang dikenali sebagai aterosklerosis. Keadaan ini menyempitkan pengaliran darah dalam arteri dan akan menyebabkan berlakunya penyakit jantung. Berita baik tentang kolesterol tinggi ini adalah ia mudah dikesan dan ada pelbagai cara untuk mengurangkannya
UJIAN TAHAP KOLESTEROL
Individu yang melebihi umur 20-an sepatutnya melakukan pemeriksaan tahap kolesterol sekurang-kurangnya sekali untuk 4 hingga 6 tahun. Ianya boleh dilakukan dengan ujian darah yang mudah dan cepat. Ia bertujuan untuk mengukur perbandingan tahap kolesterol darah dalam badan selepas tempoh 9-12 jam selepas makan. Keputusan akan menunjukkan tahap kolesterol baik (HDL) atau kolesterol jahat (LDL) serta trigliserida.
KOLESTEROL JAHAT (LDL)
Kebanyakan kolesterol dalam darah dibawa oleh protein yang dipanggil kolesterol jahat (LDL). Ia dikenali sebagai kolesterol jahat kerana bersatu dengan unsur lain untuk membentuk lapisan /dinding pada arteri. Pengambilan diet yang tinggi terhadap makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans akan meningkatkan kolesterol jahat. Bagi kebanyakan individu, bacaan LDL dibawah 100 adalah sihat. Tetapi bagi individu yang ada masalah jantung, memerlukan bacaan yang lebih rendah daripada itu.
KOLESTEROL BAIK
Dikenali kolesterol baik (HDL) kerana membantu mengalihkan kolesterol jahat dan mengelakkan ia daripada membentuk lapisan/dinding didalam arteri. Bacaan HDL yang tinggi adalah baik. Namun, bagi individu yang mempunyai paras kolesterol baik yang rendah akan meningkatkan serangan jantung. Makan makanan yang mengandungi lemak baik seperti minyak zaitun akan membantu meningkatkan kolesterol baik.
TRIGLISERIDA
Badan menukarkan kalori kepada gula dan alkohol kepada trigliserida iaitu sejenis lemak yang dibawa didalam darah dan disimpan didalam sel lemak didalam tubuh. Individu yang mempunyai berat berlebihan, tidak aktif, merokok dan peminum tegar mempunyai tahap trigliserida yang tinggi. Kandungan trigliserida pada 150 atau lebih tinggi akan meletakkan individu dalam risiko sindrom metabolisma yang berkaitan sakit jantung dan diabetes
JUMLAH KOLESTEROL
Jumlah kolesterol adalah kombinasi antara LDL, HDL dan "Very-low-density lipoprotein" (VLDL). VLDL adalah penunjuk awal untuk LDL, iaitu kolesterol jahat. Jumlah tahap kolesterol dibawah 200 adalah sihat manakala bagi individu yang mempunyai tahap yang lebih tinggi meningkatkan risiko kepada penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang berada dibawah 200.
NISBAH KOLESTEROL
Nisbah kolesterol yang dicadangkan oleh doktor adalah 4:1 atau lebih rendah. Semakin kecil nisbah adalah lebih baik. Angka ini berguna untuk menentukan risiko penyakit jantung
KOLESTEROL DALAM MAKANAN
Makanan yang kaya dengan kolesterol seperti telur, udang dan lobster bukan lagi 1 benda yang perlu dirisaukan. Ujian menunjukkan kolesterol yang kita ambil dalam makanan di atas hanya membawa kesan yang kecil dalam tahap kolesterol di dalam darah bagi kebanyakan individu. Hanya sesetengah individu akan meningkat tahap kolesterol selepas memakan telur, tetapi bagi kebanyakan individu, pengambilan lemak tepu dan lemak trans adalah lebih merisaukan. Tahap pengambilan kolesterol sehari bagi individu sihat adalah 300mg dan 200mg bagi mereka yang berisiko tinggi. Tahukah anda, sebiji telur mempunyai 186mg kolesterol.
KOLESTEROL DAN SEJARAH KELUARGA
Kolesterol datang dari 2 sumber iaitu makanan dan tubuh kita sendiri. Dan yang mana satukah menghasilkan kolesterol yang lebih tinggi?
Bagi sesetengah individu, faktor genetik mempengaruhi penghasilan kolesterol yang tinggi dan sesetengah individu memperoleh kolesterol melalui makanan. Lemak tepu dan kolesterol terhasil daripada sumber makanan seperti daging, telur dan tenusu. Dalam banyak kes, kolesterol tinggi adalah kombinasi daripada kedua-duanya
APA YANG MENINGKATKAN RISIKO
Faktor yang meningkatkan kolesterol antaranya adalah:
1. Pengambilan lemak tepu
2. Sejarah keluarga yang ada masalah kolesterol
3. Berat badan berlebihan
4. Faktor penuaan
KOLESTEROL DAN JANTINA
Wanita biasanya mempunyai tahap kolesterol lebih rendah berbanding lelaki. Wanita kebiasaannya mempunyai tahap kolesterol baik (HDL) yang lebih tinggi berbanding lelaki. Salah satu puncanya adalah hormon estrogen. Hormon estrogen yang meningkat menyebabkan tahap HDL meningkat. Penghasilan estrogen mengikut umur dan berkurang sehingga monopos. Selepas umur 55 tahun, kebanyakan wanita akan mengalami masalah peningkatan tahap kolesterol
KOLESTEROL DAN KANAK-KANAK
Pelbagai bukti menunjukkan lapisan kolesterol mula terbentuk dilapisan arteri sejak kanak-kanak lagi dan mengakibatkan penyakit "artherosclerosi" dan penyakit jantung dalam kehidupan. The American Heart Association mencadangkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi mengambil langkah untuk mengurangkannya. Sebaiknya jumlah kolesterol adalah dibawah 170 bagi umur 2tahun hingga ke 19tahun
KENAPA PERLU PEDULI TENTANG KOLESTROL TINGGI?
Kolesterol tinggi adalah faktor utama untuk penyakit arteri koronari. Dimana ia juga merupakan penyebab utama kepada penyakit alzheirmers atau nyanyuk. Lapisan/dinding yang terbentuk di arteri mengakibatkan saluran menjadi sempit dimana sekiranya ia terus tertutup akan mengakibatkan serangan jantung dan strok.
KAEDAH PENGURANGAN KOLESTEROL
1. MAKAN LEBIH FIBER
* Fiber boleh mengurangkan kolesterol jahat
* Sumber utama fiber adalah gandum, roti gandum, kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan, buah kering
2. KENALI LEMAK ANDA
Pengambilan kalori sehari adalah tidak lebih 35% daripada lemak. Lemak trans dan lemak tepu dalam makan meningkatkan kolesterol jahat dan mengurangkan kolesterol baik. Kedua-kedua lemak ini boleh ditemui di dalam makanan yang dibakar dan digoreng. Lemak tidak tepu akan mengurangkan kolesterol jahat apabila bergabung dengan makanan sihat yang lain seperti avokado, minyak zaitun dan minyak kekacang
3. PENGAMBILAN PROTEIN
Daging dan susu penuh lemak mengandungi banyak protein tetapi ia juga merupakan sumber utama kolesterol. Anda boleh mengurangkan kolesterol jahat dengan pengambilan protein daripada soya sebagai contoh tauhu. Ikan adalah contoh terbaik seperti salmon yang mengandungi asid lemak omega-3, yang mana ia memperbaiki tahap kolesterol. The American Heart Association mencadangkan pengambilan ikan 2x seminggu.
Jika anda sukar untuk mendapatkan sumber ikan atau sukar untuk menyediakan hidangan ikan yang berkualiti tinggi, anda boleh mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Sumber ikan Omega guard ditemui dari laut dalam.
<<Klik untuk ketahui 10 manfaat Omega Guard>>
4. HIDANGAN KARBOHIDRAT YANG RENDAH
Untuk memperbaiki tahap kolesterol, pengambilan karbohidrat yang rendah adalah lebih baik berbanding pengambilan sumber makanan yang mengandungi lemak yang rendah
5. KURANGKAN BERAT
Mengurangkan berat badan secara automatik dapat mengurangkan tahap triglycerides, LDL dan jumlah keseluruhan kolesterol. Pengurangan beberapa kilogram berat turut meningkatkan tahap kolesterol baik
6. BERHENTI MEROKOK
Berhenti merokok akan menyebabkan kolesterol baik meningkat sekurang-kurangnya 10%
7. SENAMAN
Sekiranya anda sihat dan melakukan aktiviti pergerakan (senaman), ia dapat meningkatkan kadar kolesterol baik kira-kira 5% dalam masa 2bulan. Senaman sacara konsisten turut mengurangkan kolesterol jahat sebagai contoh berenang, berjalan laju dan berlari.
RAWATAN
1. UBAT-UBATAN
Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan, pengawalan pengambilan makanan dan senaman tidak cukup dalam menurunkan paras kolesterol jahat. Oleh itu, pengambilan tahap perubatan yang disarankan oleh pakar perubatan adalah satu daripada pilihan. Ubat-ubatan ini akan memberhentikan kolesterol dalam hati tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor
2. SUPLEMEN
Pengambilan suplemen dapat membantu meningkatkan kolesterol baik. Sebagai contoh suplemen Omega Guard Shaklee
3. HERBA
Herba juga dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat. Contohnya, bawang putih, Esktrak daun Articok, yarrow, selasih, biji halba
BERAPA RENDAH TAHAP KOLESTEROL YANG BOLEH DI CAPAI
Bagi mereka yang mempunyai diabetes, tahap kolesterol jahat dibawah 100 adalah mencukupi dan sekiranya ada penyakit jantung atau masalah arteri koronari, para doktor mencadangkan perlu menurunkan paras kolesterol jahat kepada 70 dan kebawah
Jadi jangan tunggu lagi. Ayuh uji tahap kolesterol anda sekarang, dan jangan biarkan kolesterol menjadi pembunuh senyap dikalangan diri kita.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)