CoQ10 Bantu Tingkatkan Tenaga Sel

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017. Bermakna akan bermulalah langkah baru ditahun baru iaitu tahun 2018. Menurut Shaklee Malaysia, bermula 1 Januari 2018, Shaklee akan membawa masuk satu produk Shaklee yang baru iaitu dikenali sebagai CoQ-Trol Plus. CoQ-Trol Plus ini menggantikan CoQ-Health yang telah lama tiada dipasaran. CoQ-Trol Plus muncul dengan formulasi yang dipertingkatkan dan sangat tinggi kualitinya.

Jelas menyatakan yang CoQ10 ini sangat bagus untuk kesihatan jantung. Namun begitu, sebenarnya bukan untuk kesihatan jantung sahaja, malah fungsi sebenar CoQ10 ini sangat banyak. Jom kita lihat video dibawah ini



Apakah itu CoQ10?

Coenzim Q10
merupakan nutrisi larut lemak yang hadir secara semulajadi dan boleh didapati dalam semua bahagian sel tubuh badan.

Coenzim Q10 bertindak sebagai

  • Antioksidan semulajadi yang berfungsi melindungi sel badan daripada serangan radikal bebas
  • Meningkatkan tenaga yang mana ia bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel. (Metabolisma tenaga).
CoQ10 banyak dijumpai dalam mitokondria dalam tubuh (Kilang tenaga untuk sel), Ia lebih banyak ditemui dalam organ-organ yang bekerja lebih keras seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini. Ia bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP)


Mengapa CoQ10 penting?




1. Kekal Bertenaga

CoQ10 meningkatkan tenaga

  • Menyokong gaya hidup aktif
  • Kekal bertenaga sepanjang hari
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka (Penghasilan sel baru memerlukan tenaga)
Penyelesaian kepada kesihatan tenaga yang baik memerlukan padanan duo sumber tenaga, Polifenol dan CoQ10

2. Membaiki Sistem Peredaran Darah Lebih Sihat

CoQ10 banyak ditemui dalam organ-organ yang bekerja lebih keras seperti
  • Jantung
  • Hati
  • Buah pinggang 
  • Paru-Paru dan
  • Pankreas
Antara organ di atas, CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Jika jantung lemah, maka jantung akan kekurangan tenaga dan memberi kesan kepada proses peredaran darah. Ini akan menyebabkan darah tidak dapat dipam ke seluruh tubuh dan akan mengakibatkan berlakunya masalah kardiovaskular seperti angin ahmar (strok), tekanan darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain lagi.


Carta menunjukkan bahawa penyakit jantung kekal merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Yang mana sebanyak 36% masalah berkaitan penyakit kardiovaskular dan merupakan antara peratus yang tertinggi.

Merujuk kepada American Heart Association, 80% penyakit jantung boleh dicegah jika kita mengubah tabiat pemakanan, bersenam, kawal tahap kolesterol, dan kawal tekanan darah.

Menurut tinjaun yang dilakukan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), mendapati 9,6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah (Berita selanjutnya)

Mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi dalam darah akan menerima ubat yang dikenali sebagai Statin. Statin akan mengurangkan pengahsilan enzim HMG-CoA (terbentuk sebelum Coq10 dihasilkan). Statin juga akan mengurangkan penghasilan CoQ10 dalam badan sebanyak 40%

Kesan Statin Terhadap CoQ10


Pengambilan Statin juga akan memberi kesan seperti:
  • Letih
  • Sakit dibahagian otot tangan, paha dan betis

CoQ10 memberi banyak manfaat kepada kesihatan jantung:
  • Menguatkan otot jantung
  • Peredaran darah yang sihat
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memberikan tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil Statin.
Penyelesaian kepada kesihatan jantung yang baik memerlukan padanan empat sumber. Sila rujuk disini.

3. Kesihatan Kesuburan

Kesihatan sperma adalah sangat penting untuk memastikan kesuburan meningkat. 

CoQ10 bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan membantu dalam meningkatkan jumlah sperma yang sihat dan aktif bergerak.

Amalkan merokok akan menghasilkan radikal bebas  dan menyebabkan berlakukan tekanan oksidatif hingga mengakibatkan berlakunya kerosakkan sel-sel sperma yang sihat serta menjejaskan kesuburan sperma.

Bilangan mitokondria yang paling tinggi adalah dibahagian 'leher' sperma. Untuk makluman, tidak semua sel sperma bergerak dengan normal. CoQ10 sangat diperlukan untuk memberi tenaga kepada sperma. Ini kerana, semakin banyak CoQ10 dalam mitokondria, semakin cepat pergerakan sperma dan semakin aktif sperma bekerja. Ini bermaksud, semakin suburlah para suami.

Mitokondria Menentukan Kualiti Sperma

Satu kajian telah dilakukan ke atas 220 lelaki yang mengalami masalah kesuburan. Yang mana, telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan 200mg CoQ10 setiap hari dan satu kumpulan lagi sebagai kawalan.

Hasil kajian telah menunjukkan pergerakkan dan jumlah sperma meningkat sebanyak 81% dalam tempoh enam bulan. Carta dibawah merupakan hasil kajian yang telah dijalankan.

Kajian Kesuburan Sperma
Kajian ini menunjukkan bahawa pergerakkan sperma semakin diperbaiki selepas tiga bulan. Ini bermakna, tahap kesihan dan kesuburan sperma semakin normal

Selain kesihatan sperma, kesihatan ovum juga sangat penting. Tahukah anda, telur wanita (ovum) adalah sel terbesar dalam tubuh manusia. Ia mengandungi sebanyak 200,000 iaitu bilangan mitokondria yang paling banyak berbanding dengan sel lain. 

Ini bermakna, kepekatan CoQ10 yang tinggi dalam ovum akan
  • meningkatkan tahap tenaga (semasa proses ovulasi)
  • memberikan kualiti ovum yang lebih baik untuk pembahagian sel (Persenyawaan)
Kesimpulannya, CoQ10 memberi banyak manfaat kepada kesihatan pembiakan iaitu:
  • Meningkatkan pergerakkan sperma
  • Meningkatkan Kuantiti sperma
  • Memperbaiki Kualiti Ovum
  • Peluang tinggi untuk persenyawaan

Kesihatan kesuburan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh kedua-duanya, bukan hanya berpihak pada seorang sahaja. Untuk penyelesaian kepada masalah kesuburan, boleh rujuk disini. 

4. Kulit Berseri

Kulit juga memerlukan CoQ10 kerana terdedah dengan
  • Sinaran UV
  • Bahan kimia produk kosmetik
  • Pencemaran
yang akan menyebabkan permukaan kulit rosak hingga berlakunya kulit kusam dan kulit kering.

CoQ10 banyak terdapat dipermukaan kulit lipid yang berada pada bahagian epidermis (iaitu bahagian paling atas)

Fungsi CoQ10 di bawah epidermis iaitu:
  • Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit
  • Memberi tenaga untuk pembaikan sel yang telah rosak dan penghasilan sel baru
  • Bertindak sebagai inner sunscreen - iaitu perlindungan kulit dari dalam (sunblock perlindungan dari luar)
  • Meningkatkan kandungan epidermal lapisan permukaan kulit dan lapisan dalaman epidermis
  • Memperbaiki potensi antioksidan kulit

Kajian penggunaan CoQ10 terhadap kulit wanita selama 12 minggu. Hasilnya didapati garisan gasris halus disekitar kawasan mata semakin berkurangan. Berikut merupakan hasil kajian:

Kajian Penggunaan CoQ10 untuk Kulit Berseri

CoQ10 bermanfaat kepada kulit wanita dari segi:
  • Kulit lebih tegang dan kurang kedutan
  • Kulit lebih halus
  • Mengekalkan keanjalan kulit
  • Kulit kelihatan lebih muda dan sihat
Nak tahu lebih lanjut, apa yang boleh berikan kulit anda sihat dan berseri dari dalaman & luar? Jom tengok disini, kulit sihat dan berseri dari dalaman & luaran

5. Ketajaman Minda

CoQ10 beri tenaga untuk:

  • Menyokong fungsi otak
  • Menyokong daya perhatian dan fungsi sel otak
  • Bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro dan mengurangkan plak amyloid
Usia yang meningkat menyebabkan tahap CoQ10 semakin berkurangan. Apabila CoQ10 berkurangan, boleh meningkatkan plak amyloid. Plak amyloid dalam sel otak boleh menyebakan berlakunya penyakit penuaan seperti alzheimer dikalangan mereka yang telah berusia.

CoQ10 memberi manfaat kepada minda warga tua seperti:
  • Lebih fokus
  • Kurangkan risiko berkaitan dengan penuaan seperti alzheirmer dan parkinson
  • Tingkatkan daya ingatan
  • Tingkatkan keupayaan pembelajaran

Untuk dapatkan minda yang tajam, anda perlu memberikan ia sumber terbaik. Penyelesaian untuk kesihatan minda hebat boleh diatasi dengan mengamalkannya setiap hari. Berikut merupakan 3 sumber terbaik untuk kesihatan minda.

Kenapa kita Perlukan CoQ10?

Tahukah anda, tubuh manusia memang boleh menghasilkan CoQ10 tetapi pengeluaran CoQ10 semakin berkurangan apabila usia meningkat. Ia bermula apabila umur manusia cecah 20-an.

Masalah menjadi semakin serius apabila berumur 40-80 tahun.

Organ-organ seperti:

➡Jantung
➡Paru-Paru
➡Hati
➡Buah pinggang
➡Pankreas

akan kehilangan banyak CoQ10.

Masalah yang sering diperkatakan kini lagi menyebabkan faktor penarik kepada kehilangan CoQ10 dalam tubuh. Berikut antara masalah yang menyumbang kepada kehilangan CoQ10 dalam tubuh manusia

➡ Gaya hidup tidak sihat
➡ Pencemaran alam
➡ Terdedah kepada radikal bebas
➡ Pengambilan ubat-ubatan

Dengan 30mg CoQ10 setiap hari boleh membantu kekalkan kesihatan peredaran darah. Tetapi, jika mengamalkan 100mg CoQ10 setiap hari, ia dapat meningkatkan kesihatan secara optimum

Selain itu, kita juga boleh dapatkan 100mg CoQ10 yang berkhasiat setiap hari melalui pemakanan harian kita

Jumlah makanan yang perlu diambil setiap hari untuk 100mg CoQ10

Persoalannya, mampukah kita ambil semua sumber makanan seperti dalam gambar diatas setiap hari? Jika ya jawapannya, anda tidak lagi perlukan suplemen.

CoQ-Trol Plus Shaklee

Di sini Shaklee ada keluarkan suplemen untuk membantu anda mendapatkan 100mg CoQ10 sehari tanpa perlu bersusah payah memperolehnya dari makanan yang banyak.

CoQ-Trol merupakan satu pembaharuan yang direformulasi daripada CoQ-Heart yang ada sebelum ini

CoQ-Trol merupakan formulasi baru yang lebih baik dengan campuran proprietari 100mg Coenzim Q10, Resveratrol dan Tokoferol (Vitamin E)



Keistimewaan CoQ-Trol Plus
  • Setiap sajian menyediakan 100mg CoQ10 (lebih 3x ganda berbanding CoQ-Health)
  • Mengandungi resveratrol sebagai agen antikeradangan untuk kurangkan masalah keradangan
  • Mengandungi tokoferol sebagai antioksidan
  • Memiliki sistem penyerapan berpaten dengan minyak zaitun untuk penyerapan yang lebih baik
  • Bebas gluten

Siapa yang perlukan CoQ-Trol Plus

CoQ-Trol Plus sesuai untuk:
  • Mereka yang inginkan jantung yang sihat
  • Pengguna ubat Statin
  • Mereka yang ingin meningkatkan kesuburan
  • Mereka yang inginkan cahaya mata
  • Mereka yang amalkan gaya hidup sihat
  • Mereka yang ingikan kulit sihat dan berseri
  • Mereka yang ingin mengekalkan ketajaman minda


Berminat untuk dapatkan CoQ-Trol Plus, boleh hubungi saya dengan klik gambar dibawah ini



Gaya hidup sihat sangat di galakkan untuk diamalkan dan menjadi ia amalan rutin harian kita. Shaklee telah membuktikan bahawa produknya boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, dan muda pada tahap selular. 

Kini pilihan ditangan anda, saya telah pilih yang terbaik, dan yakin inilah yang terbaik. Shaklee adalah pilihan saya.

Untuk dapatkan lebih penjimatan, jom sertai saya sebagai ahli Shaklee

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

3 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan komen :)