17 GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN

Atul Hamid
0

AMARAN BUAT WANITA SELEPAS BERSALIN! 17 GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN - DR ZUBAIDI

Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan
Menurut perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di akaun facebooknya terdapat 17 gejala selepas bersalin yang perlu diberi perhatian oleh wanita dan tidak boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, Selepas bersalin, kebiasaannya wanita akan melalui tempoh berpantang bagi memulihkan tenaga sekaligus mengembalikan kesihatan luaran dan dalaman mereka. Sepanjang tempoh ini,sebenarnya terdapat tanda-tanda tertentu yang perlu diambil berat oleh wanita dan diperhatikan agar tidak mengundang bahaya kepada diri mereka. Sekiranya tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu wujud, pemeriksaan segera perlu dilakukan.

Berikut merupakan perkongsian beliau:

Tanda paling bahaya:

1. Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku

2. Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin
kesan sampingan suntikan epidural, terutamanya duduk atau berdiri.

3. Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.

Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan

4. Sakit di bahagian atas abdomen mungkin mengalami sindrom  HELLP (berlaku jika  melahirkan kira-kira 48 jam lalu) bersama tanda-tanda berasa amat penat, muntah, dan berasa loya.

5. Nafas pendek selepas selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru  (embolisme pulmonari).

6. Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau  ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga  mungkin tanda embolisme pulmonari.

7.Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan  boleh membawa maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa  panas di bahagian tersebut.

8. Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.

Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan

9. Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada  disertai dengan menggigil atau tidak. Ia  adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum  (perineum), luka  pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.

10. Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.

11. Lendiran  faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.

12. Sakit perut yang luar biasa terutama pada sekeliling jahitan  pembedahan caesarean.

Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan

13. Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.

14. Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).

15. Terlintas untuk membunuh diri.

16. Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat  jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.

16. Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh  koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.

17. Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.

Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.

Antaranya Ekstrak Kacip Fatimah, Kunyit dan Madu selama tempuh ini. Minum air secukupnya dan makan makanan seimbang. 

#tempuhberpantangdrzubaidi

Sumber: FB Dr Zubaidi

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !