Kehamilan merupakan saat paling indah dalam setiap diri wanita, namun setiap yang manis pasti ada tawarnya. Kenapa? Kerana sepanjang proses kehamilan juga pasti ada cabarannya. Apakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh ibu hamil?
Pengalaman Atul mengandung anak pertama dan kedua adalah berbeza, yang pertama Atul alami sedikit alahan, manakala kehamilan anak yang kedua, atul mengalami alahan yang teruk.
Disini Atul sertakan 6 cabaran ketika hamil yang perlu anda tahu.
Pengalaman Atul mengandung anak pertama dan kedua adalah berbeza, yang pertama Atul alami sedikit alahan, manakala kehamilan anak yang kedua, atul mengalami alahan yang teruk.
Disini Atul sertakan 6 cabaran ketika hamil yang perlu anda tahu.
Biasanya berlaku pada waktu malam
dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh:
- Berat badan berlebihan yang di tampung oleh ibu hamil
- Kekurangan nutrisi
- Terlalu aktif
- Tidak cukup aktif
Tips untuk elakkan dari terkena
masalah kekejangan kaki adalah
- Alaskan kaki dengan bantal ketika duduk berehat dan tidur. Kedudukan kaki yang tinggi dapat melancarakan peredaran darah dibahagian kaki, & membantu ibu hamil dari terkena edema (bengkak kaki)
- Buat regangan gerakan pergelangan kaki dan jari kaki
- Kekal hidrasi dengan minum air yang mencukupi
- Pastikan pengambilan nutrisi seperti kalsium dan magnesium yang mencukupi
Berat badan ketika hamil
bertambah dengan banyak disebabkan oleh pengambilan kaborhidrat tanpa dikawal
serta kurang aktif ketika hamil seperti kurang bergerak dan tidak melakukan
senaman.
Tips mengawal berat badan
- Makan hidangan kecil tetapi kerap
- Pilih makanan ringan & sihat seperti protein dan buah
- Ibu hamil hanya perlukan kalori tambahan sebanyak 300 Kcal sehari
Keguguran rambut bukan hanya terjadi kepada wanita selepas bersalin sahaja tetapi ada juga sesetengah wanita hamil mengalami masalah keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang
Tips untuk elakkan keguguran
rambut ketika hamil
- Guna syampu dan perapi rambut yang lembut, organic dan natural, serta mengandungi Vitamin B7 (biotin) untuk menggalakan pertumbuhan rambut baru sesuai untuk masalah rmbut gugur
- Urutkan kulit kepala supaya dapat merangsang dan melancarakan peredaran darah dibahagian kepala
- Amalkan pemakanan yang sihat dan ambil vitamin prenatal seperti protein (untuk menguatkan rambut baru), zat besi, biotin (vitamin B7 berfungsi untuk membantu pertumbuhan rambut), Vitamin B, Vitamin C dan Zinc (Untuk diambil selepas bersalin membantu pertumbuhan rambut baru)
Tahukah Anda? Nutrisi prenatal boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut
Perubahan emosi boleh disebabkan oleh:
- Peningkatan hormon
- Tekanan
- Keletihan
Ingat, kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.
Tips untuk kawalan emosi
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Luangkan masa dengan pasangan anda
- Luahkan perasaan pada pasangan anda.
- Cuba bersenam yoga untuk ibu hamil atau aerobic exercise. Apabila anda melakukan senaman, pengeluaran hormone endorphin (hormon gembira) berlaku dan anda akan rasa lebih tenang dan emosi pun boleh dikawal
- Ambil makanan berkhasiat dengan GI (indeks Glisemik) yang rendah seperti makanan/minuman yang kurang manis. Mengikut kajian, apabila anda memakan makanan segera, dan manis, akan menyebabkan anda semakin tertekan, rasa nak marah dan sukar untuk kawal emosi
- Ambil vitamin prenatal seperti vitamin B (membantu mengurangkan tekanan perasaan), zat besi dan asid lemak omega 3 untuk dapatkan emosi yang lebih baik
Semasa hamil, bayi dalam
kandungan ibu hamil juga memerlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan
rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir. Jika ibu hamil tidak
mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukan
daripada tulang anda
Tips untuk pastikan jisim tulang sihat dan padat
- Amalkan gaya hidup yang sihat (elakkan diri daripada orang yang merokok, jangan merokok atau minum alcohol)
- Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki
- Dapatkan kalsium dan mineral yang cukup untuk pembina tulang
Untuk makluman anda, pernah terjadi kepada seorang ibu selepas bersalin iaitu ketika kelahiran anak yang kedua, yang mana beliau kehilangan 2 batang gigi akibat daripada tidak mengambil susu mahupun sumber kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan. Ini kerana sepanjang kehamilan, bayi dalam kandungan akan menyerap sumber kalsium dari ibu sebanyak mungkin, dan apabila proses bersalin berlaku, kalsium ibu akan berkurangan dengan banyak. Oleh itu, pengambilan sumber kalsium adalah sangat perlu ketika hamil.
MABUK HAMIL
Cabaran yang dialami terutamaya
pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlalu pada akhir trimester
pertama. Namun ada juga ibu hamil yang kena mabuk hamil sepanjang kehamilan dan di akhir kehamilan sahaja. Ia disebabkan oleh perubahan hormone yang menyebabkan kepekaan
menghidu ibu hamil sangat sensitif. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan
pemakanan ibu hamil
Tips mengurangkan masalah mabuk
hamil
- Makan sedikit tetapi kerap
- Jika muntah, minum air yang mencukupi.
- Cuba teh pudina
- Ambil vitamin prenatal terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil. Ibu hamil juga boleh menghisap Peppermint ginger ataupun chewable C untuk mengurangkan masalah mabuk hamil.
Sebenarnya bukan hanya 6 cabaran yang bakal dilalui oleh ibu hamil, tetapi banyak lagi cabaran yang mungkin dirasai oleh ibu hamil. Tetapi, tidak semua ibu hamil yang merasainya, ada juga ibu hamil yang bertuah kerana sepanjang proses kehamilan, mereka tidak didatangi cabaran dan dapat melalui proses kehamilan dengan selesa.
Buat anda yang sedang hamil, jangan letakkan cabaran yang anda sedang lalui sepanjang kehamilan ini sebagai satu bebanan, tetapi jadikan ia sebagai satu memori yang manis dan pengalaman yang sangat bermakna buat anda, kerana setiap kehamilan itu adalah berbeza. Dan kehamilan itu adalah satu anugerah yang terindah dari yang Maha Esa.
Adakah anda sedang hamil? Bagaimanakah perjalanan proses kehamilan anda? Jom kongsikan diruangan komen bersama Atul dan rakan-rakan yang lain.
Anda nak tahu perkembangan bayi dalam kandungan anda? Sila klik Perkembangan Bayi Dalam Kandungan dan nak tahu apakah nutrisi terbaik sepanjang proses kehamilan? Jika nak klik Nutrisi terbaik untuk ibu hamil.
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat
Buat anda yang sedang hamil, jangan letakkan cabaran yang anda sedang lalui sepanjang kehamilan ini sebagai satu bebanan, tetapi jadikan ia sebagai satu memori yang manis dan pengalaman yang sangat bermakna buat anda, kerana setiap kehamilan itu adalah berbeza. Dan kehamilan itu adalah satu anugerah yang terindah dari yang Maha Esa.
Adakah anda sedang hamil? Bagaimanakah perjalanan proses kehamilan anda? Jom kongsikan diruangan komen bersama Atul dan rakan-rakan yang lain.
Anda nak tahu perkembangan bayi dalam kandungan anda? Sila klik Perkembangan Bayi Dalam Kandungan dan nak tahu apakah nutrisi terbaik sepanjang proses kehamilan? Jika nak klik Nutrisi terbaik untuk ibu hamil.
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)