“Baru jam 10 pagi, mata nak pejam je, asyik menguap sahaja, mengantuk
sangat rasanya” Gara-gara tidur tidak lena hampir setiap malam, badan pun jadi
letih keesokan harinya, itulah yang seringkali terjadi pada sesetengah individu
apabila tidur malamnya terganggu. Walaupun ada diantara mereka yang tidur awal,
tetapi kualiti tidur tiada apabila mereka:
- Asyik
terjaga ketika tidur
- Tidur
yang terlalu banyak (hypersomnia)
- Tidur
yang terlalu sedikit (insomnia)
- Kerap
ke tandas di malam hari
- Kelakuan
yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan (sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding),
mengigau, dan sebagainya.
Tanda-tanda di atas inilah antara sebab kenapa tidur anda
terganggu di malam hari. Tidur yang tidak lena pasti akan menganggu dan membuatkan anda
berasa tidak selesa sekaligus akan mengganggu rutin harian anda keesokan
harinya.
Menurut
National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 daripada 10 orang warga Amerika
Syarikat mengalami insomnia dan masalah tidur terganggu dan sebanyak sebanyak
25 peratus orang di Amerika Syarikat menggunakan ubat-ubatan untuk membantu
mereka tidur. Tetapi, ubat tidur memberi banyak kesan
sampingan jika diambil terlalu kerap dan untuk jangka masa panjang.
Tahukah anda bahawa orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur
sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala
golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam
sehari.
Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.
Banyak perkara boleh menyebabkan anda mengalami gangguan tidur,
antara punca tidur terganggu dimalam hari adalah:
- Gaya
hidup – mungkin anda seorang yang bekerja
syif yang kerap dan jadual syif anda tidak teratur
- Masalah-masalah
fizikal seperti jatuh sakit, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
- Gangguan
psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan,
kebimbangan , stres dan lain-lain.
- Penyalahgunaan
dadah dan alkohol
- Faktor persekitaran
seperti terlalu bising, panas atau keadaan bilik tidur yang terlalu terang juga
mempengaruhi tidur anda
Masalah tidur boleh mengganggu corak pemikiran,emosi dan
tingkah laku anda. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan
interpersonal. Secara tidak langsung menyebabkan anda akan:
- Insomnia
yang kronik
- Letih
dan mengantuk pada siang hari
- Cepat
menjadi marah
- Sukar
mengawal emosi
- Sukar
memberi tumpuan/perhatian
- Kerap
membuat kesilapan
- Berisiko
terlibat dalam kemalangan dan kecederaan
Jadi
bagi mengelakkan anda daripada terus mengalami masalah gangguan tidur ini anda
perlu melakukan beberapa perkara bagi mencegah masalah ini. Antara
cadangan untuk mengatasi gangguan tidur adalah:
Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan
teratur
Anda perlu mengamalkan rutin tidur yang sihat
dan teratur. Sentiasa memastikan anda mendapat tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari.
Selain itu pastikan persekitaran tempat tidur anda selesa dan tiada sebarang
gangguan.
Mengamalkan gaya hidup sihat dan
pengurusan emosi yang baik
Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti
mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan, melakukan senaman agar badan
anda sentiasa cergas dan sihat, sentiasa tahu mengawal emosi agar terhindar
daripada tekanan perasaan.
Hindari dari gaya hidup yang tidak sihat
Untuk mendapatkan rutin tidur yang baik anda
perlu jauhi amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan merokok, penyalahgunaan
dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain. Hal ini kerana pengambilan
barangan-barangan terlarang ini sangat tidak baik untuk anda dan mampu
menganggu aktiviti anda
Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental
Sekiranya anda mengalami masalah fizikal atau mental pastikan
anda mendapatkan rawatan dengan pakar dengan kadar segera dan pastikan anda
mematuhi arahan-arahan rawatan yang diberikan kepada anda.
Selain
itu, salah satu cara lagi untuk bantu anda tidur lena adalah dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium.
Menurut pakar nutrisi, beberapa kajian penyelidikan telah
menunjukkan terdapat beberapa mineral tertentu berkesan dalam membantu mendapatkan tidur yang lena
dimalam hari.
James F. Balch, M.D., pengarang buku Prescription for Nutritional Healing menyatakan: "Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium akan
menyebabkan anda bangun selepas beberapa jam dan tidak dapat tidur kembali”
Selain itu, Penyelidik dalam European Neurology Journal mendapati bahawa tahap kalsium dalam badan lebih tinggi apabila anda tengah
tidur paling lena seperti dalam fasa REM (Rapid Eye Movement).
Kajian itu juga mendapati gangguan dalam tidur, terutamanya apabila
ketiadaan fasa REM adalah berkaitan dengan kekurangan kalsium. Jadi, untuk
dapatkan tidur yang lena pastikan tahap kalsium dalam tubuh anda adalah normal.
William Sears, M.D. menulis: "kalsium membantu otak
menggunakan asid amino tryptophan untuk mengeluarkan melatonin, iaitu sejenis
bahan untuk merangsang tidur. Ini membuktikan mengapa produk tenusu, mengandungi
kedua-dua bahan (tryptophan dan kalsium), yang mana merupakan makanan yang
menggakkan anda tidur"
Sebab utama Insomnia kronik berlaku adalah kekurangan
magnesium.
Sekiranya kandungan magnesium tinggi, dan aluminium rendah
dalam tubuh, ia sangat membantu anda untuk tidur yang lebih lena. Ini
dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota.
Secara keseluruhan, Kalsium dan Magnesium sangat berkait
rapat dengan kitaran tidur. Kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu
memberikan kesan terbaik bukan sahaja sebagai penyumbang kepada tidur yang
lebih lena tetapi untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Sumber: Medical News Today
Bagaimana OsteMatrix Shaklee membantu dapatkan tidur yang
lena?
OsteMatrix
Shaklee mampu membantu anda dapatkan tidur yang lebih lena kerana OsteMatrix
mengandungi kecukupan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk merangsang tidur
yang lena.
OsteMatrix
Shaklee diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan
boron. OsteMatrix merupakan Kaplet bersaiz kecil, dan mudah ditelan.
Antara
kebaikan OsteMatrix
- Membantu
tidur lebih lena sepanjang malam.
- Bertindak
seperti loceng penggera setelah anda dapat tidur yang cukup
- Membantu
badan rasa lebih segar keesokkan paginya
120 biji kaplet sebotol
Baca juga:
Testimoni Tidur lebih lena dengan OsteMatrix
Semoga tips tidur lena ini dapat membantu anda untuk
selesaikan masalah tidur terganggu dan sekaligus dapat meningkatkan kualiti
aktiviti anda disiang hari.
Semoga bermanfaat
*Produk-produk
ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah
sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.