Anda gemar membaca buku? Apakah jenis bacaan yang anda baca? Di pasaran kini bermacam-macam jenis bahan bacaan yang boleh kita baca antaranya seperti motivasi,
perniagaan, novel, fiksyen, seram, dan keagamaan.
Hari ini Atul ingin kongsikan sedikit ulasan buku yang Atul
rasa anda WAJIB baca. Terutama sekali bagi anda yang ingin Berjaya, ingin
mencapai impian dan cita-cita, ingin mengecapi kebahagian, anda yang buntu
mencari jawapan kenapa anda tidak Berjaya, kenapa anda sukar nak bahagia, serta
untuk anda yang sentiasa inginkan motivasi dan semangat dalam kehidupan. Malah
buku ini sangat sesuai buat sesiapa sahaja.
Buku Motivasi ini ditulis oleh Zuhairi Nopiah dan Amin
Idris. Diterbitkan pada tahun 2012 oleh PTS Profesional Sdn. Bhd.. Buku ini mengisahkan tentang hukum tarikan universal yang berkuasa
menarik kebahagiaan dan kejayaan datang kepada kita.
Setiap insan mempunyai impian mahu berjaya dan bahagia.
Namun, bukan semua yang mencapai kejayaan dan kebahagian.
Kejayaan dan kebahagiaan seseorang bergantung pada cara kita
berfikir, berperasaan, dan bertindak. Tindakan yang positif membawa kesan
positif. Sebaliknya pemikiran, perasaan, dan tindakan yang negatif membawa
kegagalan bagi mengejar impian dalam kehidupan.
Minda manusia sentiasa membebaskan gelombang. Gelombang positif
akan menarik perkara positif dating kepada kita. Semakin tinggi focus yang
minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku. Law of Universal Attraction
merangsang minda supaya membebaskan gelombang positif dan menarik lebih banyak
kejayaan dalam hidup kita.
Betulkan cara kita berfikir, nescaya perasaan kita juga
turut menjadi positif. Apabila kita sentiasa memilih mahu berfikiran dan
berperasaan positif. InsyaAllah tindakan kita turut menjadi positif. Semua ini
membawa kita kepada kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Pernahkah harapan kita tidak menjadi kenyataan?
Lain yang
dimohon, lain yang diterima?
Lain yang diharap, lain yang berlaku?
Apa yang cuba dielakkan, itu yang bertandang?
Apa yang dibenci, itu pula yang sering datang?
Dimana silapnya? Bagaimana mahu memperbaikinya?
Jawapannya akan diperoleh dalam buku ini, InsyaAllah.
Untuk makluman anda, dalam buku ini ada 4 bahagian yang
disertai dengan 23 bab. Buku Law of Universal Attraction akan membongkar rahsia:
Bahagian 1: Mengenali Law of Universal Attraction (LUA)
Bahagian 2: LUA Mengukuhkan Konsep Ketuhanan
Bahagian 3: Keajaiban Zikir dan Doa
Bahagian 4: Menguasai Minda Segar
dan ada tambahan 1
bahagian bonus iaitu Magnet Kebahagian.
Oleh itu, kepada anda yang ingin tahu rahsia untuk berjaya dan berbahagia dalam kehidupan, buku ini memang sangat sesuai buat anda.
TERIMA KASIH
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)